Popular Post

Ahad, 26 Disember 2010

Niat itu paling utama


"Setiap amalan bergantung pada niat. Jika seseorang berniat berubah kerana seseorang (wanita yang ingin dia nikahi) maka niatnya hanya sampai setakat itu saja (dapat itu saja). Jika seseorang berubah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka niatnya akan sampai kepada Allah dan rasul-Nya (bukan setakat apa yang dia mahu tetapi lebih dari itu dia akan dapat)"

Terkadang kita terlupa memasang niat dengan betul. Kita melakukan sesuatu hanya kerana untuk memperolehi perkara tersebut sahaja, tanpa ada niat yang lebih jauh dari itu. Bagi kita mendapat apa yang kita hajati sudah cukup besar maknanya.

Namun, kita tidak sedar bahawa setiap amal yang kita kerjakan tanpa niat kerana Allah, ia tidak sekali-kali dikira sebagai amalan di sisi Allah. Maka, rugi bukan? Kita hanya berpenat lelah berusaha, namun ia hanya di kira setakat itu sahaja. Tidakkah kita mahu apa yang kita perolehi itu mendapat berkat yang berpanjangan? Maka, ingatlah, setiap yang kita buat, pasanglah niat kerana Allah.

Begitulah dengan setiap detik kita menghela nafas, mengerdipkan mata, setiap butir kata-kata yang kita lontar, maka berniatlah kerana Allah. Hidup kita akan terasa bahagia apabila disertai keberkatan itu. Apa lagi yang kita mahu selain dari kehidupan abadi; syurga yang indah dan tenteram.

Sedarkah kita? Selalunya apabila niat kita telah tersasar dari niat sebenar, perkara yang kita lakukan itu kurang menjadi, tidak menjadi atau cacamarba. Pernah rasai? Saya pernah. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha membetulkan niat agar tercapai apa yang dinamakan nikmat.

Ingat ya.. sertai perbuatan kita kecil ataupun besar semuanya kerana Allah, maka kita akan beroleh hal itu dan yang selanjutnya... Pahala dan ganjaran dari Allah yang lebih utama... Hati-hati agar kita tidak tersasar niat lagi selepas ini. Moga-moga hati kita sentiasa dipelihara oleh Allah dari hasutan syaitan yang membelenggu kapilari kita.

Saya menulis kerana Allah,

Sabtu, 25 Disember 2010

"Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain"

Assalamualaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah; Tuhan Penguasa Alam. Bukan itu saja, malah kita amat berharap agar segala urusan kita sehari-hari berjalan dengan lancar dan baik. :)

"Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain"... saya suka dengan konsep pepatah ini. Dek seperti kita bertatih2, lama-lama boleh berjalan... Anda semua pasti tertanya-tanya apa yang ingin saya katakan di sini... Sebenarnya, beberapa bulan yang lalu saya telah tergerak hati untuk menyertai 1 demo membuat dekorasi kek. Oh, saya memang seorang yang sukakan seni. Jadi, apabila saya menyertai kelas tersebut (sepetang je) saya amat teruja dan minat saya mula terasah.

Walaupun begitu, saya tidaklah terus merialisasikan apa yang telah saya pelajari itu.. heee Selalunya, segala ilmu kemahiran seperti ini, apabila saya perolehi saya mesti "peram" dulu dalam kepala otak dan imaginekan yang saya sudah teror buat! hahaha Nanti apabila sudah cukup tempoh matang, saya akan keluarkan sedikit demi sedikit dari otak saya ni.. :) Tidak rugi, sebab jadi menjadi-jadi! Alhamdulillah, begitu rupanya kaedah pembelajaran saya (tapi tak boleh diaplikasikan dalam ilmu akademik,sebab lama juga masa yang diambil,nanti exam tak sempat matang pula ilmu 2..macam mana nak jawab exam..hua3)

Saya sudah membuat beberapa percubaan dekorasi kek... Tidaklah cantik mana, tapi ada pembaikan setiap kali saya melakukannya. Saya harap saya akan berjaya membuatnya dengan baik dan cantik sekali pada masa-masa mendatang. Di bawah ini ada saya sertakan dekorasi yang telah saya hasilkan (jangan gelakkan saya yea..) Saya budak baru belajar, kalau salah itu kan perkara biasa dalam proses pembelajaran.. (nak sedapkan hati sendiri) Sekurang-kurangnay, tidaklah mematahkan semangat saya untuk terus maju dalam seni dekorasi ini... Saya sangat berminat! :)





ini percubaan pertama saya, beberapa minggu yang lalu...(aduh, malu juga) :p















ini percubaan kedua yang saya hasilkan semalam...



















ini pun saya buat semalam.. Bersungguh-sungguh betul. :)


















Saya buat semua ini hanya menggunakan plastik yang dipotong bucunya..Sebab percubaan pertama yang menggunakan mata itu, kurang memuaskan hati..heee Nanti saya akan cuba semula guna mata untuk melakar bunga dan tulisan tersebut.

Bukankah apabila kita lakukan sesuatu yang kita suka dengan semangat dan kesungguhan kita akan beroleh kepuasan dan kejayaan??? Lagipun, bila kita buat apa yang kita suka, kita tidak akan jemu, malah hidup akan lebih bermakna... :)

Bagi sesiapa yang pakar dan tidak pakar, komen anda amat-amat dialukan...
Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya yang indah ini! :)

Jiwaku Berseni,


Rabu, 22 Disember 2010

Sedap makan mee kuning buatan sendiri

Salam sejahtera peminat Cinderella semua. Saya tahu anda kerinduan apabila saya tidak mencatatkan sesuatu disini(sengaja angkat bakul rambutan sendiri) ;p Pagi tadi anda semua sudah pasti telah menjamah makanan yang di hidangkan oleh isteri, anak, ataupun kedai makan yang anda minati. Ingat, kalau nak berdiet pun, sarapan pagi amatlah penting sebab kita nak memulakan hari dengan tenaga yang banyak dan tugas yang sudah pasti banyak. Jadi, makan tau.. Saya makan mee goreng.. Sedap! Tambahan pula, mee buatan tangan saya sendiri! Teruja saya, anda tak percaya? Cinderella kan seorang yang berdikari, jadi kenalah belaja buat Mee Kuning untuk meningkatkan pengetahuan. :)

Saya baru saja pulang dari menyertai satu kursus pembuatan mee kuning yang dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Damia Aisyah Enterprise yang beroperasi di Mertakab, Pahang. Kami semua diberi peluang untuk membuat praktikal selama seharian. Dari pagi, kami mendengar sedikit ceramah sebelum memulakan kerja-kerja membuat mee. Kemudian seorang demi seorang mengikut kumpulan, kami menyukat bahan, mendohkan tepung, meleper, mesin menjadi mee, sehinggalah ke proses penguraian dan pembungkusan. Menakjubkan! dalam sehari saja, selesai mee yang dibuat oleh tangan-tangan kami sendiri.

Sejak dulu kite semua makan mee yang dibuat oleh orang lain. Lagi-lagi mee yang dibuat oleh bukan bumiputera... Bukan nak syak, tapi kita tidak pasti kesucian dan kebersihannya. Tapi, apabila kita yang hasilkan sendiri, kita tahu bahan dan kronologi mee itu diproses. Sekurang-kurangnya hasil kita sendiri. Kalaupun tidak sampai tahap menjual, kita masih lagi boleh membuatnya untuk makan sendiri dan sekeluarga. Kita belajar berjimat. ;)

di bawah saya sertakan gambar2 kami memproses mee kuning... yang pasti bengkel 3hari 2 malam ini cukup seronok, dan bermakna dalam hidup saya...

tengok,semangat betul menguli tepung... nak buat doh la 2.


















wah3,dah leper doh tadi dimesin...sukenye hati Cinderella time 2... (bermee2..hik3)




dah jadi pun mee...











mee yang sudah siap dimesin,
dikumpulkan di dalam tray.













melumur mee dengan minyak dan mengurai mee.















setelah siap kesemua proses tadi, mee ditimbang dan dibungkus. Siap untuk dijual! :)













ni saya, bergambar kenangan dengan Pn. Rohaida Kasim; cikgu yang memberikan tunjuk ajar. Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan. Banyak ilmu yang saya perolehi dari bengkel ini.




Seronok bukan? semoga industri mee bumiputera terbuka luas. Kita semua pun kena buka mata luas2,jangan terpedaya dan tertipu lagi dengan taktik bangsa lain yang cuba mengelirukan dan mengaburi pemikiran kita. Kita ada pilihan, mengapa kita biarkan diri kita terus diperdaya? Fikir-fikirkan bersama. :)

Cinderella pandai buat mee,

Rabu, 15 Disember 2010

Aku Cinderella Era Ini

Penatnya seharian membuat kuih tempahan untuk majlis perkahwinan. Musim cuti sekolah kebiasaannya begitulah; ramai yang membuat tempahan kuih-muih samada untuk dijadikan hantaran ataupun berkat pengantin. Bagi kami pula, inilah lubuk rezki. Seronok walaupun penat.

Pagi tadi saya bertungkus-lumus seorang diri menyiapkan kuih sepit, ada juga orang gelar kuih kepit (bentuknya kadang2 digulung macam gelung) 1 besen bancuhan memerlukan saya memperuntukkan sehingga 3jam (maka bertapalah saya di depan dapur) Lebih mudah sekiranya dapur diletakkan pada aras bawah agar kita boleh duduk. Walaupun duduk, kematu jugalah. Kebas tak usah cakap (tak boleh duduk style "gadis melayu" lah) ;D

Dugaan makin hebat bila minyak makin panas. Apabila dimasukkan saja acu yang telah berisi, maka minyak akan merecik-recik. Kira nasib lah kalau terhinggap pada tangan saya yang mulus ni, merah dan saya pun menggeletik sekali lah.. hahaha (kira dah banyak jugalah "cop mohor raja China pada tangan saya ni) e'eh, tapi tak jatuh saham yea, sekali saya hembus, hilang lah! ;p Merapulah pula...

Yang best bila kira masukkan dalam tin (tin biskut yang dah licin kat kedai Cik Ah) Satu round, dah cukup untuk capai 500 biji (tapi malam tadi dah buat separuh tau...saya tak tipu anda) jadi, cepatlah selesai kerja saya. Cinderella bolehlah sambung buat kerja lain. :)

Opss, sesi petang Cinderella buat kuih sepit lagi lah.. Tapi untuk tempahan seterusnya... Selesai jam5... kira semakin pantaslah Cinderella buat kuih sepit. hahaha Maaflah yea, saya tak sempat nak tangkap gambar kuih sepit yang comel macam saya 2, jadi dikesempatan lain, saya akan upload yea...

Lagi best hari ini, dapat tempahan baju juga. Jadi, income Cinderella berlambah lagiiii... Jangan jelous tau... Kalau anda diluar sana nak macam yang Cinderella dapat, buat la apa yang anda tahu dan mahu. Anda pasti beroleh kelebihan di situ. Masih tak percaya? Mesti cuba, baru tahu hasilnya.

Cinderella Pantas,

Selasa, 14 Disember 2010

Gadis Melayu: Wajah Baru, Jiwa Baru... :)



Sengaja menukar imej.. Bosan mungkin dengan imej lama... ;p
Tak salah, asalkan kita masih tahu menjaga aurat, dan sopan santun orang Melayu yang memang deketahui keadabannya.
Selagi kita tidak melanggar kebiasaan 'uruf ( persekitaran)
Bila berwajah baru, semangat "top up" tinggi lagi dari biasa. Lihat kesan yang positif bukan? :)
Nak jadi gadis melayu.. hehehe tetibe teruja nak sertai program realiti Gadis Melayu, ;p siapa sokong saya? wiwiwiwi
Tapi, ingat 1 perkara...buat apa pun matlamatnya tidak boleh tidak mesti jelas! Saya sudah tahu matlamat saya. :)

Wajah Baru yang Bermatlamat,

Rabu, 8 Disember 2010

Api oh Api...


Hai semua, cerianya sampai nampak gigi... Mesti setiap orang ada cerita tersendiri disebalik senyum dan tawanya. Ada juga rahsia yang terkadang kelakar dan buat kita senyum seorang diri (orang tengok, macam otak tak center) ;p Tapi apa pun yang anda semua lalui, semoga semuanya baik-baik saja...

Saya dan Cik Min baru berjinak-jinak untuk menggoreng sendiri kuih muih buatan kami( selama ini tau buat je, mak yang goreng) huh, terpaksa membongkarkan rahsia ni sebab nak bagitau anda semua yang kami berdepan dengan kebakaran yang tidak disengajakan.. huhuhu

Pelaras api pada dapur gas tercabut(ngada-ngada je nak tercabut time 2) Cik Min minta tolong saya betulkan sebab dia sibuk mentus minyak dari kuih yang diangkatnya... Saya pun buat pandai, atas arahan Cik Min yang minta saya tutup kepala gas pada tong gas, saya pun menurut(adik yang baik kan?) :) Tapi termalang, saya terpusing 180 darjah, tercabutlah kepala gas dari tong tersebut... Disebabkan masih ada api kecil di dapur tadi, gas yang keluar menyambar dan terbakar di atas tempat penyambung kepala gas tadi. Nyaris-nyaris saya terbakar sama, sebab muka saya masih lagi menghala ke tong gas. Nasib tak terbakar muka saya yang comel ni... (sempat lagi nak fikir macam 2)

Kami berdua panik! Apa patut kami buat ni??? Saya kah yang bersalah? Oh, bukan masanya lagi untuk fikirkan semua itu.. Sekarang cepat fikir apa patut dilakukan??? Neuron.... Impuls dah terhasil... Fire Extinguisher! Saya menjerit pada Cik Min. Sepantas Cik Sima berlari mencapai pemadam api.... Tapi Cik Min kena bantu sekali sebab beratnya lebih dari berat saya..huhuhu Kena jadi Wonder Pets, baru kerja jadi mudah! :)

Aduh, macam mana ni? Nak tarik picunya pun saya xberdaya... Saya suruh Cik Min talakan paip pemadam api pada tempat terbakar... Tapi gagal.. panik menguasai diri. Tapi kami gagahkan juga, mana tidaknya bunyi gas yang terbakar di udara, amat menakutkan... berdesing ditelinga. Dalam fikiran telah terbayang macam-macam perkara tak sedap didengar... Mungkin itu? mungkin ini? Ishh, jangan sebut.. berdoa dan bertawakallah...

Saya pinta Cik Min panggilkan jiran bengkel kami yang jaraknya selang 2buah pintu bengkel yang lain. Sebaik Cik Min yang kecut perut 2 berlari macam kilat, saya telah berjaya! YA, saya berjaya memadamkan api itu. Saya kembali menjerit memanggil Cik Min (sebenarnya saya juga takut kalau mak cik tersebut marahkan kami bila dia tahu) huhuhu :( Alhamdulillah, selamat... Eh, xselamat lagi. Macam manaa dengan tong gas yang masih menghambur keluar gas 2???? Saya gapai kepala gas yang berhampiran dan memasangnya... Barulah selamat... Kaki tangan saya menggeletar dan masih ada kesan panik.

Sekarang tekak kami kering kesan dari gas yang kami hidu. Kami buka semua tingkap dan kipas dengan laju agar udara cepat beredar dan silih berganti. Tapi apa yang perlu saya lakukan untuk meneutralkan kembali badan yang dah tersedut gas? YA! minum air garam! Walaupun begitu saya hanya makan butir-butir garam. Tak berdyaa sudah kami untuk melakukan apa-apa.

Segera kami selesaikan kerja, kemas apa yang patut dan pulang ke rumah... Takut... hahahaha

Jadi, bagi anda yang tidak biasa dengan kerja-kerja dapur seperti yang kami lakukan tadi, jangan memandai buat seorang diri. Sekurang-kurangnya bawalah seorang teman bersama. Kerana ketika panik dan gelabah, otak kita sering kali "blank" dan hilang punca. Kita akan terlupa melakukan apa yang mesti dilakukan... Setidak-tidaknya bila ada 2otak yang bekerja memikirkannya, dapat juga 1 idea. Bukankah itu salah satu "back up". :)

Selain itu, ingat! Bagi kes yang berkaitan dengan bahan kimia atau racun, cepatlah bertindak memberikan air garam yang likat kepada mangsa. Itu adalah tindakan awal yang paling berkesan untuk diambil tindakan...

Jaga diri semua...

Hati-hati jangan sampai mati,

Khamis, 18 November 2010

Ceritera de Hari Raya Korban



Selamat hari raya kepada semua yang menyambut raya Aidil Adha. Walaupun tidak ramai yang dapat cuti pulang ke kampung halaman masing-masing, saya pasti sambutan di mana jua anda berada pasti masih meriah dengan adanya korban di serata tempat. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melakukan amal jariah tersebut. Tahniah yea... :)

Adik beradik saya pun tak ramai yang dapat balik beraya bersama sebab raya puasa yang lepas, kami semua dapat berkumpul jadi raya haji ini, "turn" rumah mertua lah pula.. Lagipun masih ada sekolah yang akan menyambung sesi persekolahan pada esok hari, jadi ralat jika mereka pulang hanya untuk sehari kemudian pulang ke rumah masing-masing dan kembali semula ke kampung, itu hanya akan meningkatkan kos kehidupan. Jadi bersabarlah untuk 2 hari, lusa baliklah kampung dan bercuti sepuas hati... :D

Bagi saya, raya tidak banyak bezanya dengan hari-hari biasa. Hanya berkisar di dalam rumah, hanya 1@2 buah saja rumah jiran yang akan saya pergi, kemudian "bertapa" di dalam bilik atau membasuh pinggan mangkuk di dapur. Maklumlah anak dara.. ;p

Raya korban tahun ini, di tempat saya ramai juga yang mengorbankan lembu. Namun, kami sekeluarga masih belum mampu untuk melaksanakan ibadat korban tersebut. Walaupun begitu, syaa sering berharap moga tahun akan datang kami dapat menunaikannya.

Anak buah yang pulang beraya kali ini pun hanya 6orang, kurang meriahlah rumah keluarga besar arwah Tok Wan Murad ini. Seronok berbual, Athirah cakap nak jadi "kecik kenet" sebab semua orang sibuk dengan badan dia yang bagai dipam-pam... Biasalah berbadan besar diusia 5-12 tahun. Badan tengah semangat nak membesar, jangan ditegur-tegur... Sebab saya pun dulu begitu! Tapi sekarang??? tidak lagi.. ;) Mungkin sedikit terasa dihatinya, malu juga bila menjadi buah mulut yang lain. Tapi tekadnya bersungguh-sungguh. Itu satu dari cabang pengorbanan :) Tahniah Tiyah, moga besar jadi kurus macam model dalam tV! (^^)

Apa pun, semoga semangat korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Anaknya dalam peristiwa korban dapat memberi kite suntikan semangat, pengajaran, pengalaman, dan panduan untuk kehidupan mendatang. Setiap yang kita ingin capai pasti ada pengorbanan. Jika tidak banyak, sedikit. Jika tidak sedikit maka sebaliknya.


Korban Jiwa demi Agama,

Ahad, 14 November 2010

Selamat Jalankan Duty Anda!


Moga-moga setiap dari kita dapat menimati hidup dengan cara terbaik menurut kita ataupun menurut agama khususnya. Dalam melakukan sesuatu duty, berniatlah kerana Allah, agar ia dikira mengikut perhitungan Allah yang teramat baik. Malah, saya berharap hari ini lebih baik dari semalam buat kita semua.


Setelah beberapa hari tidak sihat dan tidak dapat melakukan kerja dengan baik, hari ini saya sudah mula aktif kembali. Tidak seperti siput duduk dalam cangkerang lagi! Saya bersyukur atas limpahan kurnia ini, walaupun masih berkerja lebih kurang macam siput, setidak-tidaknya kerja masih berjalan. ok sangatlah... :)

Sejak dari pagi, seawal bangun tidur, saya terus melaksanakan kerja-kerja saya yang telah lama terbengkalai di rumah. Walaupun begitu, sehingga petang ini, masih ada lagi kerja yang berbaki... Saya sedang berusaha menyiapkan semuanya sebelum esok melihatkan wajahnya...

Begitu juga anda, sebaiknya kita selesaikan duty hari ini, untuk hari ini. dan esok sudah pasti tersedia duty nya yang tersendiri... Sekiranya duty hari ini kita delay pada esok hari, kita hanya menempa penat dan kesuntukan untuk hari esok. Jadi, bersegeralah dalam melakukan duty anda. Melainkan ada aral yang menghalang duty anda, maka bersabarlah. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menyiapkannya. Maka itu, cari dan peruntukkanlah waktu dengan baik bagi setiap duty anda. Kalau ramai orang boleh, kenapa mesti kita tidak boleh? :)

Selamat menunaikan amanah pada diri, ibu bapa, keluarga, majikan dan masyrakat serta negara yang tercinta. Jangan culas, kerana padahnya pasti menyusul datang. Berwaspada, agar kita terselamat dan sejahtera selalu.

Duty siap, Hati kan Senang,

Jumaat, 12 November 2010

Bila motivasi diri merosot

Saya masih tercari-cari kenapa dan mengapa saya tiba-tiba jadi begini. Motivasi diri yang lemah dan semangat hilang. Menghadapi hari ini tidak seperti hari-hari yang sebelumnya. Hambar sekali.

Musykil... tiba-tiba rasa hendak menangis semahu-mahunya, tapi sebab apa??? keliru difikirkan... mustahil tanpa sebab, tapi sebabnya saya sendiri tidak tahu menahu... setahu saya tidak ada apa-apa yang membuatkan saya sedih semalam, tambahan pula sampai membuat saya menangis. Dimarah emak> tidak mungkin, semalam baru saja saya dan mak bergurau senda... Kami sama-sama menyiapkan tempahan kek di bengkel... saya teman emak sampai petang, walaupun saya tidur setelah selesai semua tugas, emak menunggu pak cik yang membuat tempahan datang. Cuma yang saya rasa; penat... bukan nak marah dan bukan nak menangis.... hmmmmmm

Baru pagi semalam saya memberitahu kawan saya bahawa "hari ini, hari yang best dan bersemangat", tapi kenapa ini yang terjadi petang hari??? Tiba-tiba motivasi saya hilang.. entah ke mana... fikiran saya kosong, berfikir tentang sebab musabab semua ini, tapi saya gagal menemui jawapan pasti. Adakah sekadar kerana motivasi diri yang kurang? atau saya terlalu penat sehingga ingin menangis? atau saya sakit yang membuatkan saya menangis??? entah... saya tidak tahu.

Kelmarin saya baru menerima kad jemputan perkahwinan kawan baik, saya cukup gembira. Tiada tanda-tanda saya sedih atas berita tersebut. Malah, saya menyatakan kepada dia bahawa saya sangat-sangat seronok sebab kawan saya mahu mendirikan masjid. Tak mungkin itu sebabnya???

Semalam, di sekolah juga saya tidak begitu berseronok dan berguarau seperti hari-hari lain,, kurang kedengaran gelak tawa dan gurauan saaya kepada teman guru yang lain. Jadi kenapa saya bersedih? bukankah orang-orang tua cakap, kalau ketawa lebih-lebih, orang itu akan menangis nanti.. tapi bukankah saya tidak ketawa dan gembira lebih-lebih semalam??? hmmmm

Semangat, cepatlah datang. bertandang dalam jiwaku yang murung duka ini. Aku tidak betah begini, aku tidak tegar terusan dalam keadaan ini. aku hanya akan mengundang sedih yang lebih parah jika begini lagi... Kembalilah warna-warna yang sering memenuhi ruang hidupku. Warnailah mindaku, warnailah kalamku, warnailah pandanganku lagi... agar aku segar sesegar daunan di dahan utuh. Sebugar seperti dedaun yang melambai dek tiupan angin. seindah panorama yang terbentang menjadi permaidani alam... Oh Tuhan yang Maha Mengetahui, kembalikanlah kenikmatan hidupku, hapuskanlah duka yang menerpa kalbuku, cernakanlah lara agar ia tandus dan sirna dari diriku... Ya Allah Rabbul Alamin, perkasakanlah jiwaku, cekalkanlah jiwaku, kentalkanlah sanubariku, agar bisa aku tempuhi mehnah hidup ini. Agar bisa aku tangani sedikit ujian ini... Duhai Allah, janganlah Engkau lemahkan aku dalam memperjuangkan hidupku ini. Janganlah Engkau bebankan aku ke atas yang lain. Janganlah hal itu terjadi, melainkan itu yang terbaik untuk ku... Aku berserah diri...

Pergilah duka,

Khamis, 11 November 2010

Maafkan saya,awak...

saya marah2 awak kelmarin,
saya cari gaduh,
saya tak puas hati dengan awak,
saya mengamuk-ngamuk tak tentu pasal,
tapi...
awak bersabar je,
awak diam je,
awak iyea kan je,
awak mengaku je itu salah awak,
walaupun itu semua salah saya...

Kenapalah saya layan awak macam tu??? teruknye saya... saya tak pernah mengaku salah, saya saja yang nak menang. bila awak menang, saya terus merajuk dan tarik muka... saya salahkan awak lagi...

Kenapa diri saya macam ni???? awak ada jawapan???? maafkan saya,

:(

Rabu, 10 November 2010

Duhai Mawar...


Semalam,
kau setanggi yang kudup rapat,
malu disinari mentari terik,
memeluk kelopak-kelopak rindu,
menyimpan seluruh kesyahduan,
mengumpul warna kekuatan,
menggenggam janji sang kumbang,
tapi bukan sembarangan,
melainkan yang melepasi,
tembok syariat,
berbekalkan suntikan ijab kabul,
bermaharkan ketaqwaan,
bila telah mekar dijambangan...

Hari ini,
kelopakmu menebar,
menyerlahkan anggun rona,
memuja memuji meniti kata,
kau megah bagai tiada noktah,
sedang kau leka,
kau diulit mimpi-mimpi nista sang bunga...

Aduhai Bunga,
kau ibarat permaisuri taman syurga,
bersemayam ditahta sergam megah,
disaluti kemewahan indah zinnah,
zihab bertatah mahkota teragung,
menjadi santap mata yang ghairah,
aduh, jangan pasrah...

Mawar berduri,
kau membuka ruang sang kumbang,
mencecap madu yang dirindui,
memadu manisnya cairan hani,
menikmati panas lenteramu,
kala nur menjamah setanggi mekar mewangi,
liur akan menggiuri kuntummu,
tanpa engkau sedari...

Wardah merah,
bak nyata api ditengah sahara,
awasilah sisip-sisipmu dengan pagar berduri aqidah,
tajamkanlah dengan duri iman,
agar tercalar sayap si kumbang yang rakus,
dicarik deduri tombak malumu,
ditusuk deduri solehah,
perelokkanlah kelopak akhlakmu,
agar terus mekar dihati,
moga terus mewangi ditaman firdausi,
tersemat dikamar fuadi...

Esok,
mungkin kau akan gugur ditanah tandus,
tandus iman dan amal,
gersang pedoman dan pengajaran,
kontang mata air penyejuk mata,
kering pijar ditengah-tengah tamadun mereka...
namun jangan layu duka,
jangan kering tanpa erti,
jangan jadi debu...

Tapi,
jadi ingatan sampai sudah,
jadi ikutan semekar wangimu,
jadi indah dalam benak-benak generasi,
jadi pedoman turun temurun,
jadi titian bibir yang merah,
menjadi buah fikiran yang bernas,
menurut semua tamadun terkemudian...

Aku Mawar Berduri Taqwa,

Ahad, 7 November 2010

Hati...aku merayu

Hati,
jangan sedih lagi,
saat bahagia yang kau lalui dulu telah berlalu,
jauh pergi,
meninggalkan dirimu dalam sepi,
tiada lagi gurau senda,
hilang segala gembira,
senyum tidak lagi bisa mewarnai parasmu,
hanya yang bisa,
air mata berteman duka...

Hati,
telah dulu kau bersedia,
menelan segala lara yang bakal tiba,
menerima apa adanya keadaan,
mengunyah luka yang menyapamu,
menggenggam duri dalam pilu...

Hati,
aku rayu kamu,
bertenanglah,
bukan inikah yang engkau mahukan?
bukankah ini bisa membuat kau bahagia?
redhalah apa terjadi,
pasrahlah apa berlaku,
relaikanlah beku duka dalam kalbu,
bahagia kan menyapa lagi...

Hati,
tunggulah tika bulan madu,
engkau kan berseri seperti dulu lagi,
terpancar cahayamu yang bersinar,
terpamer pada raut,
terserlah pada tingkah,
terlukis pada fitrah,
terlakar dalam bola mata,
segala impian bahagia yang pernah kau patrikan,
semua angan-angan masa depan yang telah kau rancangkan,
setiap dikir kasih yang telah kau rakamkan,
secangkir kenangan yang telah kau sudahi,
bersabarlah hati...

Hati,
aku memujukmu,
senyaplah dari kesedihan,
aku akan cuba membaiki keadaan ini,
aku kan sedaya,
meleraikan gejolak mu,
merungkai gelora parah yang melanda...

Hati,
keliru tidak menyenalmu,
celaru tidak tahu arah,
beban kan datang,
bila ia mahu,
dan pergi bila ia hendak,
hinggap dalam tahta hati,
membarah dalam relung yang gelita,
dalam gelung saraf merah,
berdarahkan kekusutan,
melahirkan haru biru kekalutan diri...

Hati,
desaklah segala parasit jiwa pergi,
membelah liku-liku,
memotong detik waktu yang kian singkat,
pergilah menginap di kota barah,
pergilah bermastautin di medan kebencian,
kerana,
tiada ruang untuk parasit dalam dirimu,
duhai hati yang lemah,
bertahanlah,
sedikit masa saja lagi...

Hati,
aku ingin melihatmu bagai dulu,
tidak sabar menanti detik itu,
engkau menguntum senyum,
menyimpul kasih,
melaram indah kemesraan,
memadu bait-bait di bibir,
semanis untaian cinta Ilahi...

Akan tiba saat itu... kesabaran kuasailah hati, yang masih dirundung luka derita...

Hati yang terluka dihiris duka,

Ahad, 31 Oktober 2010

Doaku Buatmu Kekasih



Ya Rabbi,
hari ini aku merafa'kan rasa penuh kesyukuran kepadaMu,
atas segala limpah kurnia yang telah Engkau berikan kepadaku...
aku hanya insan lemah yang diciptakanMu,
tanpa kudrat dan daya upaya tanpaMu,
tanpa sebarang kesempurnaan disisiMu,
sesungguhnya Engkau lah Maha Sempurna lagi Maha Terpuji...

Duhai Tuhan yang Maha Mendengar,
aku titipkan senandung kasih buatMu,
aku kirimkan jambangan cinta suci tak terperi kepadaMu,
aku hiasi kamar hati dengan harum wardah yang memekar,
aku bajai dengan baja dari cabang2 sungai Nil,
melimpah dalam hati sanubari,
bergenang menjadi kolam fuadi,
bercahaya gemilang tika disimbah damar wulan...

Oh Tuhan,
aku insan yang tidak pernah sepi dari nista,
tidak pernah sunyi dari noda,
tidak pernah lunas dari dosa,
aku menghadapMu...
aku mengharapkan pertolonganMU,
aku hadir dikala ini,
memohon sembah munajat,
mengharapkan belasMu duhai Allah,
dalam melakar nubari yang damai,
sepermai taman firdausi yang Engkau gambarkan...

Ya Allah,
Penguasa sekalian hati2,
pencipta naluri yang dalam,
pelakar kisah jiwa yang maha Hebat,
pencetus perasaan yang tidak diketahui arah datangnya,
pembolak balik naluri dari sasarannya,
kasihilah aku Tuhan...
tetapkanlah jiwa dan hatiku,
dari berpaling selain dariMu,
dari mendaratkan ilham sayang buat yang selainMu,
dari keliru pada kejadian jiwa yang unik ini,
dari menarik hela yang beban,
dari bernafas dalam prasangka,
ampunilah aku Allah...

Ya Rabbi,
andai telah Kau titipkan dia buatku,
maka dekatkanlah kami dalam dakapan keimanan terhadapMu,
rapatkanlah kami dengan batasan syariatMu,
mesrakanlah kami menerusi kalam-kalam cinta terhadapMu,
satukalah kami dalam ikatan benang ijab kabulMu,
berilah kami saling mengingati kedua selepas mengingatiMu,
lancarkanlah kehidupan kami di atas jambatan DinMu..
Wahai Allah penguasa semesta alam...

Maka Ya Allah,
aku berpaut pada janjiMu,
berpegang pada kudratMu,
aku berserah pada takdirMu buatku,
aku berserah diri,
jadikanlah kehendakMu,
bukan kehendakku yang terjadi,
dalam setiap detik kehidupanku ini,
maka,redhakanlah aku..

Aminn Ya Rabbal'alamin...

kini aku tenang,


Sabtu, 30 Oktober 2010

Dihati Mereka Ada Anda!



Bagi mereka yang sedang berkerja, selamat meneruskan usaha anda. Sungguh murni. Bagi yang sedang bercuti, selamat menikmati cuti dan "top up" tenaga untuk berkerja semula minggu seterusnya. Apapun yang telah, sedang dan akan anda semua lakukan, saya amat berharap kerja anda beroleh kejayaan dan membuahkan hasil seperti yang anda impikan. Insya-Allah...

Hari ini, hari ahad,hari untuk ramai orang beristirehat. ramai juga yang mengambil peluang pergi bercuti, berkelah bersama ahli keluarga, tidak kurang juga yang menjalankan hobi di rumah. Bagi saya, cuti ini perlu saya manfaatkan dengan sebaik mungkin, agar saya dapat meneruskan kerja dengan lebih berkualiti apabila tiba minggu berikutnya. Pada hari yang semua orang sedang mengosongkan fikiran dari kekusutan kerja, permasalahan anak-anak di sekolah, perselisihan faham antara rakan dan majikan, saya mahu berkongsi dengan anda semua berkaitan menghubungkan silaturrahim sesama rakan, taulan, sanak saudara, kawan lama dan baru serta orang yang pernah dan sedang dianggap sebagai musuh. Eh, bahaya ni, jangan bermusuh-musuhan kelak memakan diri sendiri.

Menerusi sebuah hadis Nabi s.a.w, yang lebih kurang bermaksud;"Sekiranya lebih baik islam seorang daripada kamu semua adalah dia melakukan segala kebaikan, maka tertulis baginya 10 ganjaran serta seumpamanya sehingga sampai 700 kali ganda. dan setiap kejahatan yang dia lakukan tertulis padanya seumpama apa yang dia kerjakan".

Apa yang boleh kita semua fahami di sini adalah, sekiranya kita melakukan amal soleh dalam kehidupan ini, maka akan tercatat untuk kita ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan malah boleh berganda sehingga 700 kali ganda mengikut keikhlasan kita dalam melakukan amal tersebut. Namun, bagi mereka yang melakukan amal perbuatan buruk dan keji ketika hidup, maka mereka juga akan menerima balasan yang sama seperti yang mereka kerjakan itu. Tiada gandaan, namun kita sedia maklum bahawa Allah Maha Dahsyat azab siksanya. Na'uzubillah...

Jadi, apalah salahnya kita menggunakan cuti dan masa lapang kita untuk menghubungkan sillah sesama kita. Bukan sahaja memberi kesan baik kepada kita, malah menjalin ikatan yang akan sentiasa mengalir dalam darah generasi kita yang terkemudian. Jika hari ini kita menjalin persaudaraan dengan teman yang berada di Kedah, esok anak-anak kita akan dapat mewarisi kebaikan dari apa yang telah kita lakukan semalam. Hari ini kita taman pokok, bukan terus tumbuh dan berbuah, malah kita perlu baja dan siram agar ia segar dan sihat membesar. Begitulah hubungan silaturrahim. BUkan sekadar menjalin hubungan malah kita perlu juga selalu mengambil berat pada masa-masa yang lain walaupun telah tinggal berjauhan. Kita peroleh kawan, kawan rasa dihargai. Kita menolak lawan, lawan tidak mendekati.

Tidak perlu juga terbang jauh ke serata Malaysia. Cukuplah kita berkenalan dan berbuat baik kepada mereka yang kita temui semasa membeli ikan di pasar, atau mereka yang sedang berdiri menanti ketibaan bas, tidak kurang mereka yang menunggu giliran di hospital. Banyak betul situasi yang membolehkan kita berkenalan dan mendapatkan kawan baru. Tapi, kebanyakan kita enggan berbuat demikian. Pelbagai alasan dan helah diberi untuk tidak melakukan itu. Ada yang malu, ada yang berlagak mahu ditegur terlebih dahulu, ada juga yang melihat atas hingga kebawah, tidak serasi ketika duduk bersama di kerusi menunggu tadi, dan macam-macam alasan lagi. Tapi ingat itu semua cuma alasan. Cuba kita ketepikan alasan, dan ketengahkan keutamaan; menjalin hubungan baik dengan semua orang, tidak kira bangsa dan agama, tidak kira warna kulit dan bahasa pertuturan, kita semua boleh dan tidak pernah ada halangan dalam Islam untuk kita mengenali satu sama lain. Namun, kitalah yang meletakkan pelbagai tembok penghalang di antaranya.

Amatlah rugi jika kita mengelak dari berhubungan baik dengan orang lain. Mungkin hari ini kita sihat, baik dan sejahtera. Tapi, esok mungkin kita menghadapi masalah. Kalaulah perangai kita seperti kera sumbang dan bongkak, siapakah yang sudi membantu kita? Ingin mengharapkan anak-anak semata-mata? Jika mereka berjauhan dengan kita, siapakah yang ada di sekeliling kita? Bukankah jiran, kawan, rakan dan orang yang kita anggap sebagai musuh tadi??? Fikirkanlah demi masa hadapan kita semua.

Malah,sekali-kali kita ditegah berbuat buruk dan jahat kepada yang lain. Hal ini kerana apa yang kita lakukan hari ini akan kita tuai esok hari. Tidaklah bermaksud orang yang dibenci itu yang melakukan itu kepada kita, tapi orang lain akan melakukan yang tidak elok kepada kita pada masa akan datang. Allah itu adil, dan sekali-kali tidak akan membiarkan kezaliman dan kejahatan terlepas begitu sahaja. Mereka akan menerima balasan seperti apa yang mereka telah lakukan. Janji Allah itu benar dan pasti. Oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan zalim, kejam, jahat dan onar kepada oarng lain. Apa yang bakal kita hadapi mungkin akan menjadi lebih teruk dari apa yang dirasai oleh orang yang pernah kita perlakukan buruk dahulu.

Ingat, bila kita mendapat kebaikan, kita sering ingin membalas dengan kebaikan yang sama atau yang lebih lagi. Begitulah dengan kejahatan. Orang akan menjadi kejam dan lebih jahat apabila berhadapan dengan sang penjahat. Tidak ada ruginya berbuat baik, ganjarannya diperoleh di dunia juga di akhirat. Namun, kejahatan yang diterima di dunia bisa memalukan dan membuat kita derita. Di akhirat apatah lagi. Marilah kita sama-sama berfikir hal yang saya bangkitkan ini. Walaupun ramai orang terlupa dan tidak memandang penting hal ini, tapi ia memberi kesan dan amat memainkan peranannya kepada kehidupan setiap insan dan Muslim khususnya.

Mereka Dihati Anda,

Selasa, 26 Oktober 2010

Bercakap Ada Adabnya




Salam mesra saya buat anda yang suka membaca blog ini. Terima kasih daun keladi, anda baca saya suka hati. Bukan cakap2 kosong, tapi ada input yang saya nak omong. Kalau hari ini anda sihat, semoga anda menjadi antara orang2 yang hebat. Kalau anda sakit dan penat, pesan ibu kenalah ingat.. Makan ubat dan duduk rehat. :) Walaupun rehat2,anda masih ada ruang dan masa memilih untuk membaca. Bukan susah kan?

Saya terpanggil untuk melontar buah fikiran tentang orang yang suka bercakap. Maklumlah, saya seorang yang tergolong dalam kelompok manusia yang suka bercakap. Namun, kita perlu diingatkan bahawa, perlu beradab, dan ada cara2nya. Lancang lidah, bahanalah sudah. Lidah dipelihara, sama2lah terpelihara.

Pertamanya, sebelum bercakap atau mengutarakan pendapat, berfikirlah terlebih dahulu. Jangan serbu atau bercakap tanpa berfikir panjang. Kelak memakan diri. Kebanyakannya orang tidak berfikir ketika sedang marah. Semua yang terlintas diminda, dihambur serta merta. Tidak sempat untuk memikirkan baik dan natijahnya di kemudian hari. Apabila sudah reda dan sedar diri, kata2 tadi telah dipegang orang disekeliling kita. Bukankah itu padah yang besar?

Kedua, cakap ikut suka mulut dan hati sendiri sahaja. Orang jenis ini tidak tahu menjaga perasaan orang lain. Apa yang dia mahu utarakan, dia tidak bertapis dan tidak cakap berlapik. Ramailah kawan dan taulan yang menyimpan dalam. Kes beginilah yang sering menjadi barah dalam persahabatan, kemudiannya meletus seperti gunung berapi... Meledak segala isi dan lahar yang membara sejak sekian lama diperam dalam diri. Dahsyat kalau hal ini terjadi terutamanya kepada rakan karib. Akhirnya mereka akan menjauh dan renggang begitu saja. Kasihan...

Bukan itu saja, manusia yang buat lawak tak tentu tempat dan waktu juga tidaklah bagus. Mengapa? Walaupun mereka dapat menghiburkan sesetengah pihak, namun kata2 mereka yang sinis dan bersahaja, boleh juga menyentuh hati orang yang tidak biasa dengan mereka. Bukan tidak boleh berjenaka, namun pilihlah golongan yang sudah serasi bersama, bukan main terpa sahaja. Demikian kadang kala boleh menimbulkan fitnah dan ketidak selesaan antara orang ramai dengan anda. Untuk menjaga hubungan baik, berpada2lah dalam berseloroh.

Lagi tidak beradab kepada mereka yang mulut laser. Semua orang selagi di depan matanya, jika dia marah atau membebel, semua orang dia komen. Bukan calang2 komen, tapi yang pedas2 sahaja. Bukankah itu akan hanya merosakkan hubungan baik sesama kita? Bukan tidak boleh, tapi sekadarnya sahaja sudah memadai. Tambah parah apabila yang terkena itu adalah orang yang tidak kena mengena dengan hal tersebut.

Ada juga yang suka perli memerli. Ini semua bukanlah adab yang baik dalam bercakap. Sekiranya kita tidak dikenal, sudah pasti kita akan di"cop" dengan pelbagai nama dan gelaran yang tidak sedap didengar. Mahukah anda digelar bukan2? Kalaupun mahukan publisiti, carilah perkara baik yang boleh menaikkan imej dan status diri dikalangan rakan sekerja atau orang dibawah pimpinan kita. Itu barulah boleh dijadikan contoh teladan yang baik. Malah, kita juga akan disayang dan disukai ramai orang.

Ada setengah pendapat mengatakan, jika kita diperlakukan sebegitu dan sebegini, maka kita perlu membalsa yang sama agar orang tersebut tidak lagi berani mengata atau memperolok2kan kita. Namun, pada saya... Biarkanlah apa mereka mahu buat pada kita. Janganlah kita menjadikan hal tersebut membara dan panas. Orang yang tidak beradab semasa bercakap ini selalunya mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan ramai orang. Dia mahu dirinya dilihat terbaik, dan orang lain dilihat sentiasa bersalah. Juga, mereka ini dalam lapisan masyarakat yang takut pada bayang2 sendiri. Macam2 sebab manusia melakukan sesuatu, tidak hanya untuk suka2, ada juga demi kepentingan dirinya dan lain2 lagi.

Lagipun, Nabi s.a.w telah banyak kali berpesan kepada kita agar menjaga hubungan baik sesama Islam. Bukan itu saja, malah berdosa sekiranya kita menggelar dan memperolok2kan orang. Tidak kurang orang yang tidak beradab dalam perbualan, semua itu telah dijelaskan oleh Nabi kita secara panjang lebar dalam banyak hadis dan juga Al-Quran. Mengapa mesti kita langgar? Jika telah termaktub larangan itu, maka sudah tentulah ada natijah buruk disebaliknya.

Maka, marilah kita perbetulkan diri agar tidak menyakiti jiwa orang lain. Sekiranya kita telah berusaha memperbaiki diri, namun masih ada yang sakit kerana kita, maka berdoalah kepada Allah agar terhindar fitnah kebencian manusia. Malah itu bukanlah salah kita lagi...Sudah kebiasaan manusia sering saja ada yang tidak puas dihati. sukarnya untuk memuaskan hati orang lain.

Berdosanya kita seandainya kita sudah tahu sikap kita dalam berbicara boleh mengguris hati orang, tetapi kita tidak mahu mengubah diri dan cara berbicara kita... Sebaliknya berniat mengekalkan diri dalam keadaan itu dan berpuas hati dapat menyakitkan hati orang tersebut dengan cara itu. sekiranya kita berubah kerana Allah demi membaikkan keadaan, bukankah disisi kita ganjaran yang besar? dan apalah yang kita dapat dengan perilaku buruk dalam komuniti Islam? tidakkah ia boleh menjadi fitnah kepada umat Islam itu sendiri?

Tepuk dada,
soal iman di hati,
Jika selesa,
ada something wrong dalam diri.

Jika sudah tersedar diri,
maka eloklah percepatkan baiki peribadi,
Sikap buruk kita hindari,
sifat baik kita dekati,
agar hidup kita diredhai,
semua orang pun tak sakit hati.

Kita Ummah Beradab Murni,

Rabu, 6 Oktober 2010

Gigi adik





Semoga anda semua sihat-sihat selalu. Kalau demam, cepatlah dapatkan rawatan di hospital. Zaman sekarang ni bahaya jika kita masih mengamalkan sikap "lengah2" dan "tak endah". Ia akan memberi kesan buruk kepada diri anda sendiri.

Beberapa hari ni saya rasa tak sedap badan. Leher saya terasa sengal2. Pada hemat saya, itu mungkin kesan daripada saya terlalu menumpukan pada kerja-kerja yang semakin bertimbun. Baru saja 2 hari ni kerja saya kembali surut dan licin :)

Pulang ke rumah semalam, saya rasa ngilu pada dagu dan mulut saya terasa kurang selesa. Bila saya "check" sebab musababnya, rupa2nya gigi bongsu saya nak lahir. Aduh, macam mana ni? Otak saya berputar. Mesti tak tinggi dah lepas ni..(macam la sebelum ni meninggi banyak sangat)

Lebih mengerikan bila saya rasa "gigi adik" 2 nak keluar pada 4 penjuru mulut saya. Seperti yang pernah saya lihat sebelum ni, seksa sangat mereka yang nak tumbuh gigi bongsu 2. Itu baru 1, kalau 4 sekaligus? :( lebih sakit la kot...huk3 takot juga bila difikir2kan.

Apa pun, itu semua memang dah ditetapkan. Kalau bukan sekarang, lambat laun keluar juga gigi2 2... Semoga kesakitan 2 tak menghalang dan mengganggu tugas saya seharian.

Selamat Hari Lahir, giGI adIK!

Khamis, 23 September 2010

Jom Kitar Semula! Mesti Menarik...



Hari ini kebanyakan penjawat kerajaan telah bercuti. Sudah pasti pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi masa lapang. Masa untuk bersama keluarga tercinta. Selain itu, ramai yang telah merancang pelbagai percutian dan perjalanan ke mana-mana destinasi dalam dan luar negara. Selamat bercuti dan melepaskan tekanan berkerja sebelumnya.

Apapun, terpanggil saya untuk mengajak anda semua mengitar semula. Pasti ada keseronokannya tersendiri. :) Selain melakukan aktiviti bermanfaat ini dengan ahli rumah anda, boleh juga mengajak kawan dan taulan bersama-sama. Dapat juga meluangkan masa bersama. Aktiviti ini akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan anda.

Bahkan, dengan melakukan kerja luar dan ringan sebegini, dapat mengeluarkan peluh. Sihat bukan? Kita sama-sama beroleh faedah 2 kali! sihat dan seronok. Boleh juga jadi 3,4 dan 5 kali manfaat. Hebat bukan? :)

Tidak hanya itu, bagi anda yang bijak dan mengambil peluang, apa kata kita jualkan bahan-bahan terpakai dan terbuang hasil dari kutipan kita? Jika tidak mahu digunakan semula, jualkan sahaja. Untungnya dapat, rugi tidak sekali. Kita hanya melaburkan peluh dan tenaga yang sedikit, habuannya wang dan manfaat lebih banyak dari apa yang telah kita laburkan.

Selain dapat memelihara kebersihan dan kecantikan pemandangan persekitaran kita, sudah pasti membuatkan kita berasa puas hati dengan hasil kerja kita tersebut. Secara tidak sengaja, kita telah menyumbang kepada langkah-langkah menjaga kebersihan dan menyelamatkan bumi kita dari bahaya disebalik kekotoran yang berleluasa. Ozon pasti gembira. Alam pasti tersenyum. Makhluk sudah pasti sejahtera. Jadi, jangan buang masa anda dengan perkara yang tidak berfaedah. Dari kita duduk diam tidak produktif, lebih baik kita kitar semula!

Ingat, jangan menjadi penyumbang kepada kerosakan alam, tapi jadilah mereka disebalik keindahan yang terhasil. Bukan untuk menunjuk rajin, tapi bukankah itu tanggungjawab kita bersama? Jangan menuding jari kepada orang lain, sebaliknya mencari langkah untuk mengatasinya. Setidak-tidaknya kita berusaha. Walaupun kecil, tapi penuh keikhlasan, ganjarannya dunia akhiratnya tetap besar dan berganda. Wow, menag 3,4 kali ganda manfaat! Jadi, jom kitar semula!

Saya suka, anda gembira,

Membaca Meningkatkan Keupayaan Minda


Salam kasih sayang dari saya buat semua. Semoga hari ini kita terus berusaha meingkatkan pemahaman dan pengetahuan kita dalam apa sahaja ilmu pengetahuan. Satu darinya ialah dengan "MEMBACA".

Terdidik amalan membaca ini bermula dari ibubapa. Benarkah? YA!
Ibu berperanan semenjak bayi dlaam perut lagi. Bapa pula, perlulah menjadi pendorong ibu kepada amalan mulia ini.

Seperti maksud hadis Nabi S.A.W: " Jika sekiranya kamu mahukan dunia, maka kamu perlukan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, kamu perlukan ilmu. Jika mahukan kedua-duanya, kamu perlukan ilmu".

Jelas sekali, bahawa Islam amat mementingkan amalan membaca, sekaligus menuntut ilmu dengan cara membaca. Begitu juga dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tahukah anda semua, dengan tabiat baik ini, kita juga dapat menakluki orang lain, seterusnya dunia! Percayalah. Kerana itulah, kita amat disarankan dan dituntut untuk mengamalkannya.

Olehhal yang demikian, marilah kita sama-sama menjana pemikiran kita dengan amalan membaca. Bukan sekadar membaca apa yang kita sedang pelajari, tapi bacalah semua perihal agar kita menjadi seorang yang luas pandangan, luas pengetahuan, serta luas pengajaran dan pengalaman. Tidak rugi walaupun satu, malah untungnya berlipat ganda.

Jadi, marilah kita memilih untuk menjadi orang-orang yang beruntung, dari menjadi mereka-mereka yang rugi lagi pendek fikirannya.

Selamat menanam pohon membaca dalam diri kita semua. Sudah pasti ia akan sentiasa berbuah lebat dan merimbun sehingga menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan yang melintasinya. Jika mati satu hari nanti, dahannya tetap berguna untuk menjadi kayu api yang dapat memanaskan badan mereka yang kesejukan, menjadi kayu untuk dibuat kapal kelasi berlayan di laut luas, menjadi papan untuk berlindung sekeluarga.

Marilah kita fikirkan, banyak kebaikan dari keburukannya.

Umat Membaca, Umat Cemerlang;

Rabu, 21 Julai 2010

Bicara Kosong; Macam-macam Boleh Jadi!

Saya selalu mengharapkan kesejahteraan mengelilingi diri kita semua. Kerana dengannya kita dapat meneruskan kehidupan yang tidak terjangka ini.

Semalam, semasa menikmati makanan malam bersama dengan 2 orang rakan sebilik saya, seperti kebiasaannya di situlah kita selalu meluangkan masa untuk berkongsi pelbagai cerita sepanjang hari tersebut. Kadang-kala ada juga kisah-kisah lalu yang dikorek keluar kmbali. Terkenangkan zaman persekolahan dulu apabila bertemu kembali kawan=kawan lama.

Tiba-tiba bangkit pula isu "obes". Walaupun saya tergolong dalam kumpulan manusia yang tidak obes dan "makan banyak, tak gemuk2", tapi saya bersimpati kepada mereka yang kurang baik dalam istilah saya "makan sikit, tak turun2". Kasihan mereka ini, dan kerana itulah saya terpanggil untuk mendalami hati golongan ini. Apa yang saya lakukan? Saya membaca tips-tips kurus, dan menyarankan kepada mereka. Berkesan! Ramai yang telah menerima saranan saya itu, mengamalkan walaupun sepotong ayat. Itu sudah cukup bagus.

Termasuklah seorang rakan yang makan bersama itu, dia secara nekad telah mengamalkan 1 demi 1 daripada apa yang saya cakapkan. Saya juga tidak menyangka. Kerana dia mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada ais yang boleh memberi risiko kegemukan. Semangatnya tinggi untuk menurunkan berat badan. Lihatlah penangan kelangsingan yang dianggap orang sebagai cantik, mampu mengubah diri seseorang kepada seseorang yang lain. Kadang-kadang jauh berbeza dari dirinya yang pernah kita kenal.

Apapun, saya berharap mereka yang diluar sana, janganlah cenderung kepada produk2 kecantikan yang bertimbun di pasaran, kerana ada kesan sampingan di hari tua. Sebaliknya, petua trodisional adalah jalan selamat untuk kelihatan cantik luar dan dalam. Walaupun ramai yang kesuntikan masa melalukan rawatan secara tradisional, namun apabila diamati, masa yang diambil oleh rawatan tradisional dan moden lebih kurang sama. Jadi, mengapa kita perlu memilih sesuatu yang memberi kesan buruk kepada diri dikemudian hari? Jadi, keluarkanlah "mentol" dari minda anda untuk menyuluh gelap jala pemikiran anda terhadap cara mudah yang perlu dipertimbangkan tersebut. Ada yang telah cerah jalannya, ada yang masih tidak mahu mengeluarkan "mentol" minda itu. KELUARKAN, NYALAKAN, SULUHKANLAH! Anda akan dapat jalan terbaik untuk diri anda. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Tanyalah hati dan minda anda.

Tahniah bagi mereka yang telah berjaya, selamat berjaya kepada yang baru mencuba, dan selamat membuka mata bagi mereka yang masih tidak sedar2...

Salam Hidup Sihat&Cantik,

Selasa, 13 Julai 2010

Bila Hilang Nikmat Sihat

Semoga kita sama-sama menempuh hari kita dengan ceria dan gembira walau apa pun yang kita lalui hari ini. Semestinya apa yang dilalui anda tidak sama apa yang dilalui oleh saya. Sedangkan pelajar yang belajar dalam kelas yang sama, guru yang sama juga waktu yang sama, tidak semua mereka perolehi perkara yang sama. Kerana yang apsti pengalaman setiap orang pasti berbeza menurut pandangan masing-masing terhadap apa yang mereka lalui.

Beberapa hari ini kesihatan saya terganggu. Penghadaman juga kurang baik. Semua sistem badan jadi tergugat bila ada yang tidak kena. Macam pepatah kata " cubit peha kiri, peha kanan terasa sama".

Bila kesihatan menurun, fokus juga kurang. Kerja tidak sempurna. Jiwa jadi kucar. Yang paling kasihan, orang di sekeliling kita yang menjadi mangsa. Mood mudah berang, naik angin, tidur berlebihan dan maca-macam masalah lain timbul.

Badan, bersemangatlah, aku masih banyak tugas yang belum selesai. Aku amat perlukan tubuh yang bertenaga dan bersemangat. Jika prestasi badan hilang, prestasi kerja aku juga akan turut terjejas merosot.

Selamat kembali sihat seperti sedia kala. Aku menantikan saat yang bahagia itu.

Sihat nikmat yang membahagiakan hatiku,

Isnin, 5 Julai 2010

Susahnya Menjadi Guru




Salam kesejahteraan buat anda semua. Lama sungguh saya tidak menulis di sini, semuanya kerana kesibukan yang semakin memenuhi hidup saya yang dulunya terlalu senggang. Nikmat masa lapang saya sedikit telah hilang... Saya mungkin bertuah sekiranya saya telah menggunakan masa itu sebaik2nya. Tapi jika sebaliknya, amat rugilah saya.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menjadi seorang pendidik di sebuah sekolah agama di pekan berhampiran. Perjalanan mengambil masa sekitar 15minit. Sebulan pertama, saya berulang alik dari rumah. Namun, saya dihantar dan diambil oleh kakak saya. Rasa sedikit membebankan orang lain atas tugasan sendiri. Tapi, saya telah mengambil keputusan untuk tinggal di asrama bersama2 dengan 2orang warden lain.

Pada pengamatan saya, semudah A,B,C menjadi guru. Hanya berkisarkan rumah&sekolah. Tapi, apabila saya memasukkan diri ke alam perguruan, saya berasa amat kesuntukan masa. Ditambah pula dengan subjek yang saya ajar, semuanya dalam bahasa Arab kecuali Syariah Islamiah. Sudah lama meninggalkan alam pembelajaran, saya hampir2 lupa dengan bahasa Al-Quran tersebut. Jadi, saya terpaksa mengulangkaji kesemua subjek, lagi gawat apabila saya sendiri terpaksa "buka kamus" untuk mencari makna. Masya-Allah. Makna perlulah tepat, kerana semuanya adalah fakta & tidak boleh tidak, mesti tepat. Terkebil2 mata saya menyelak2 muka2 kamus. Tapi semuanya kerana anak murid saya. Saya telah memberitahu hal ketidak mampuan saya kepada pihak atasan. Apa yang saya harapkan saya akan ditukarkan ke bidang yang mampu saya lakukan tapi sebaliknya yang terjadi apabila saya ditambah dengan subjek2 lebih kurang sama dengan sebelumnya. Makin rasa sesak nafas saya, mana tidaknya penambahan jadual mengajar membuatkan masa saya semakin padat. Apakah sebabnya ini terjadi?

Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik, sebaliknya itulah saya sekarang. Saya hanya pernah menjadi guru sambilan di pusat asuhan kanak2, tidak berpengalaman dalam mengajar anak2 yang berusia belasan tahun. Saya bimbang sekiranya saya tidak berjaya mendidik & mengajar mereka dengan baik. Kegagalan saya, akan memberi kesan buruk kepada mereka dan diri saya semestinya. Bukan itu sahaja, kepenatan saya yang sedia kala berganda. Kerja saya berlipat ganda. Tapi yang terjadi, saya pulang membawa kepenatan, dan tidur semahu mungkin. Hal ini memendekkan lagi ruang masa yang saya ada untuk melakukan kerja lain.

Susah juga menjadi guru. Memikirkan anak murid yang pastinya berkehendak kepada tunjuk ajar guru, namun gurunya masih merangkak2, terkial2... Saya bersalah kepada mereka semua. Wajarkah saya mengambil keputusan ini dahulu? Tidak cukup masakkah saya berfikir untuk menerima tawaran ini? Sanggupkah saya membiarkan pelajar saya seperti layang2 putus tali? Kepada siapakah lagi mereka ingin berharap kalau bukan kepada saya? Keliru juga saya dengan persoalan2 yang berlegar memenuhi ruang fikiran ini setiap masa dan ketika.

Saya bukan mengeluh dan menyesal, tapi saya dalam delima. Bila saya berfikir sejenak, telah gagalkah saya memikul amanah mendidik anak bangsa saya? Berdosa saya, kerana tergelincir dari landasan seorang pendidik yang amanah pada tanggungjawabnya.

Hati, tenanglah! ada jalan keluar bagi semua kekusutan ini...

Ikhlas,

Sabtu, 19 Jun 2010

Imaginasi

Salam keceriaan dan kesejahteraan buat anda semua. Moga-moga kita akan menempuh hari ini dengan segala kebaikan & kehebatan hidup. Kerana selagi kita tidak berasa hebat & bahagia, kita tidak akan menikmatinya.

Lama juga saya tidak menaip sesuatu di ruangan ini. Kali ini, tertarik saya untuk menyentuh hal imaginasi @ impian seseorang. Setiap orang pasti berimpian dan miliki cita-cita tersendiri. Hampir mustahil bagi kita tidak mempunyai yang dikataka cita-cita @ impian @ keinginan yang kuat terhadap sesuatu. Walhal, kanak-kanak sudah pandai berimpian besar menjadi seorang yang berkedudukan tinggi, inikan pula kita yang telah matang pemikiran.



Cuba kita berpatah balik ke belakang seketika, merenung liku2 hidup yang telah kita tinggalkan kerana beredarnya masa dan zaman. Macam2 yang telah kita pasang di minda ini agar dewasa kelak akan menjadi "seseorang". Bukan saja 1, tapi ada yang lebih dari 3. Lihatlah betapa pentingnya cita2 ini, sehinggakan dalam buku rekod persekolahan juga, perlu mengisi cita2 dan hobi. Malah 3 ruang disediakan untuk kita interprstasikan keinginan kita yang kuat itu.

Di fikiran kita, telah terukir pelbagai gambaran tentang kita di masa depan. Memakai pakaian 1 profesion yang hebat di mata masyarakat. Kita dijulang dan dibanggakan. Miliki tingkat gaji yang beras dan selesa untuk hidup bermewah2an. Semuanya telah berlegar2 di otak yang berlapis2 ini.

Tapi, apakah telah kita kecapi semua yang berzaman kita semai di minda itu? Apakah kita tidak serius bercita2? ataukah ada halangan ditengah perjalanan dalam mencapai impian tersebut? Bermaca-macam onak ranjau hidup orang yang sudah pastinya berbeza2 pada setiap seseorang. Tapi yakinlah anda akan mengecapinya 1 masa nanti, kuatkan keyakinan itu dalam minda anda. Sentiasalah membayangkannya telah anda miliki, ia pasti akan jadi milik anda jua. Itu juga salah 1 dari cabang doa.

Saya telah bercita2 dan berimaginasi sejak kecil lagi untuk menjadi seorang pereka fesyen terkemuka 1 masa nanti. Saya yakin saya sedang menghampirinya. Memiliki jenama sendiri, ada butik yang besar serta menjadi "trend" zaman berzaman dan pilihan semua peringkat usia.

Tidak sabar juga untuk mempunyai pekerja yang setia dan tekun dalam berkerja. Ramai yang menawarkan diri untuk mempelajari kaedah pembuatan pakaian daripada saya. Namun, masa dan modal yang belum begitu kukuh, membuatkan saya terpaksa menangguhkan dahulu sebarang kelas jahitan seperti yang dikehendaki itu. Tapi, saya yakin saya akan membuka sebuah sekolah jahitan buat mengajar mereka2 yang berminat.

Disamping itu, saya begitu teruja untuk membuka butik pengantin dalam tempoh 3tahun dari sekarang. Baju pengantin pertama tidak lain adalah baju yang akan saya sendiri pakai di hari bahagia saya nanti. =) Insya-Allah. Bukan itu saja, malah butik saya akan melengkapi semua aspek kecantikan yang diselenggarakan sepenuhnya oleh kami adik-beradik.

Walaupun banyak yang mematahkan impian saya ini kerana lekehnya mereka melihat impian besar saya ini. Tapi saya tidak hairan kerana saya tahu mereka tidak dapat melihat apa yang sedang saya lihat dan alami selama ini. Saya telah meliaht kejayaan saya dalam bidang ini amat cerah dan cemerlang sekali. Bahkan ada yang menjadikan kerjaya saya sebagai "double standard", sampingan, dan bila terdesak dan mendesak. Saya tidak kisah. Yang penting kerjaya saya ini adalah yang utama, pertama, terpenting kepada saya. Kerja lain adalah "double standard" kepada saya. Bukan tidak bagus, tapi apa yang saya buat ialah yang terbagus & terbaik pada saya. Kerana keinginan saya lebih kuat dari apa yang mereka canangkan. Imaginasi saya seutuh tembok besi seperti mana ketidakyakinan mereka atas apa yang saya mahukan ini. Saya akan bertarung sampai berjaya merialisasikan semua yang telah terangka dalam buku minda saya selama ini.

Saya seorang yang akan berjaya 1 masa nanti walaupun sekarang saya perlu bertungkus lumus, bergenang peluh dan bersengkang mata demi sesen yang masuk ke dalam saku saya. Saya tahu ada habuan yang lebih besar disebalik segala pengorbanan itu. =)

Imaginasiku Terhebat,

Selasa, 1 Jun 2010

LifeLine4Gaza

Misi keamanan antarabangsa ke Gaza diserang Israel laknatullah. Menyedihkan, kerana ramai yang telah terkorban. Walaupun begitu, mereka telah syahid. Kita bagaimana? Hati mereka semua amat mulia. Menjadi sukarelawan menghadapi musuh ketat dunia itu.

Ingatlah wahai dunia sekalian, Israel adalah musuh Islam sejak zaman para nabi, dan mereka juga adalah musuh kepada semua bangsa dan agama lain yang tidak sebulu dengan mereka. Isu mereka ini bukan sahaja perlu dititikberatkan oleh umat Islam semata, tetapi seluruh umat dunia. seluruh bangsa, kita mesti memerangi mereka sehingga akhirnya. Mereka akan memperlakukan kita sewenag-wenang mereka. Kerana pada mereka kita adalah " kuda-kuda tunggangan, haiwan, dan boleh diperlakukan sebagaimana yang mereka kehendaki.

Kekejaman mereka sedia kita maklumi dahulu lagi. Tapi apalah daya kita yang lemah ini. Mereka menguasai semua kuasa besar dunia bagi menjadi tulang belakang mereka yang utuh. Kuasa-kuasa yang telah diperbodohkan dan diperkotak-katikkan mereka. Mereka tersenyum bangga. Tapi kita masih terlena leka.

Jadi, bangkitlah duhai umat dunia! Kita kecam tindakan kejam Israel. Umat yang penuh dendam kesumat kepada seluruh umat. Jangan kita beri muka kepada mereka lagi. Mereka harus diajar! Mereka bangsa yang kurang ajar walaupun telah ramai Para Nabi diutuskan kepada mereka dahulu. Mereka tidak mahu diajar. Mereka angkuh dan bongkak.

BOIKOT LAH ISRAEL! Jangan kita rasa rugi tidak menggunakan barangan mereka yang diuar-uarkan sebagai "lebih kualiti", sebaliknya kita semua hanya dikaburi mereka. Malah rasa banggalah, keran itu satu jihad fi sabilillah. Cuma itu yang kita mampi, untuk berperang melawan mereka yang sarat dengan kelengkapan senjata canggih, seolah menjadi mustahil. Jadi, kita sokong usahawan Islam terutamanya bagi meningkatkan ekonomi umat. Jika ekonomi kita kukuh, kita tidak akan bergantung kepada yang lain lagi. Kita perlu berdikari. MESTI.

Salam Jihad Perangi Israel!

Selasa, 25 Mei 2010

Sedikit Ulasan Peribadi; Buang Bayi...Prihatinkah Siswa? (Suara Siswa,25 Mei 2010)



Salam kesejahteraan buat yang kurang sihat, salam kehebatan buat yang sihat2, salam kegembiraan buat yang kesedihan & salam kasih sayang buat yang rasa diri kurang disayangi... Apapun perasaan kita tika ini, saya mengharapkan masih ada satu sinar buat kita semua menikmati hidup ini dengan cara yang terbaik yang kita semua harapkan.

Saya amat bersimpati apabila mendengar, membaca, menonton & pelbagai2 "men" lagi berkaitan permbuangan bayi. Insan lemah yang tak berdosa diperlaku sedemikian kejam. Manusia zaman ini telah kembali kembali menjadi seperti manusia zaman Jahiliyah yang menanam anak hidup. Namun, kini lebih dahsyat apabila sanggup membiarkan bayi kerdil longlai di gigit serangga, malah di lahap anjing liar. Nauzubillah... Semakin hari, semakin tipis iman kita yang sedia maklum senipis kulit bawang. Amat menyedihkan.

Malam tadi, tanpa dirancang saya telah tertonton satu rancangan yang saya tidak pernah menontonnya sebelum ini (jujur) itupun kerana ibu saya yang memilih siaran TV pada malam itu. Saya tertarik mendengar perbincangan antara 3 orang Penal yang terdiri dari siswa/siswi, bersesuaian dengan tajuk rancanagn tersebut (Suara Siswa) & seorang dari kementerian. Rancangan ini dihostkan oleh Dr.Fazley (penyanyi Asmara ini)

Pelbagai pendatan dan idea yang dilontar setiap daripada mereka yang diajukan soalan. Namun, pada saya kebanyakannnya kurang memuaskan hati. Mereka seolah hanya cakap di bibir, bukan dari hati. Tidak mengapalah, mungikin mereka juga asing dengan perbincangan tersebut; maksud saya, perkara tersebut tidak dilalui sendiri, jadi jawapannya juga seolah ragu-ragu dan tidak tuntas.

Tapi dari jawapan yang diberikan Hjh Amni, dari sebuah jabatan kerajaan, amat tenang dan bersahaja, namun cukup padat. Terfikir saya, amat terbiar siswa-siswi kita kerana tiada 1 pun organisasi @ badan NGO yang mengambil berat secara langsung urusan mereka. Mereka ini seperti "anak tiri" yang dibarkan tanpa kasih sayang yang cukup menyebabkan mereka menjadi liar. Ditambah dengan sifat semulajadi remaja itu sendiri yang sering ingin mencuba, membuatkan mereka mudah terjebak dalam apa jua yang mendekati hidup mereka. Jika yang datang itu baik, maka baiklah mereka. Jaka yang datang itu buruk, maka busuklah jadinya.

Di akhir rancanngan, Dr.Fazley ada mengajukan soalan, "bagamanakah pula bagi mereka yang menjual anak..." jawapan dari salah seorang dari ahli Panel mengatakan itu juga perbatan terkutuk sama seperti yang membuang bayi. Namun pada saya, lebih baik melihat bayi itu "dijual" dari dimakan binatang! Si ibu mungkin ada beberapa sebab melakukan sedemikian. Untuk menjaga dan memelihara bayi itu, sudah tentu tidak, kerana mungikn malu pada orang disekelilingnya, tidak mampu dari segi kewangan untuk membesarkan anak tersebut dll. Jangan terus menghukm orang, jika kita tidak tahu apakah hasrat disebalik tindakan yang dilakukannya.

Ada 1 kisah yang saya dengar sendiri. Seorang remaja perempuan mengandung anak tak sah taraf. Namun, dia tidak pernah berhajat untuk menggugurkan kandungannya kerana yakin bahawa bayi itu berhak untuk hidup, dan semuanya bukan salah bayi, tapi salahnya sendiri. Cukup tempoh 9 bulan, bai dilahirkan. Namun sebelum dilahirkan, anak tersebut telah dipersetujui untuk diserahkan kepada orang lain yang lebih layak untuk menjaganya. Jadi, pihak ketiga ini telah bertindak sewajarnya dengan membiayai segala kos perubatan hospital dan segala kelengkapan bayi tersebut. Pihak ketiga ini adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah Si Ibu melahirkan bayinya, mereka terus menjaga bayi itu seperti anak kandung sendiri.

Bukan itu sahaja, mereka telah memberikan sejumlah wang kepada Si Ibu untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. niat Si Ibu adalah agar Si Anak dapat hidup lebih sempurna dan membesar dalam suasana yang lebih baik. Hinakah niat suci seorang ibu ini? TIDAK. Malah perbuatan ini tidka termasuk dalam golongan "jual beli" seperti yang dianggapkan oleh Panel tersebut. Wang tersebut adalah sekadar hadiah kepadanya serta ehsan pihak ketiga yang ingin memelihara anaknya itu, bukan tujuan membeli bayi. Dia telah bertindak dengan betul sekali, berbanding dia membunuh anak tesebut dengan kejam dan zalim. Atau menjual anak tersebut untuk tujuan keji seperti untuk hidangan eksotik di restauran, untuk tujuan yang tidak elok dll. Pihak ketiga yang bertanggungjawab tersebut juga tidak memisahkan Si anak dan Si Ibu, kerana mereka masih menghubungkan antara keduanya. Adakalanya, dihanrat gambar-gambar anak kepada Ibunya, agar terlerai rindu seorang Ibu. Ibu manalah tidak rindukan anak yang pernah diusung 9bulan dalam perutnya.

Jadi, jangan terus menyalahkan seseorang atas tindakan yang diambilnya, kerana itu sudah pasti untuk kebaikan. Melainkan apa yang dilakukannya itu terus terang menyalahi norma-norma adat & hukum agama. Marilah kita sama-sama menjaga isi rumah kita, agar perkara sedemikian tidak terjadi. Jika isi rumah baik & bahagia, maka masyarat yang terbentuk adalah masyarat yang harmoni & tenteram. sayangilah umat kita yang semakin dhaif akhlak & miskin iman ini, semoga kita dapat membina semula apa yang hampir luput itu.

Salam Muhasabah Buat Semua,

Khamis, 13 Mei 2010

Harapan Yang Belum Pasti


Salam sayang saya buat semua yang masih sedia untuk membaca segala yang saya luahkan di sini. Beberapa hari tidak menurunkan idea dan kata-kata dari minda ini, terasa bagai membeku segalanya di benak, kaku jari jemariku tanpa menaip sebarang coretan di sini.

Pada malam yang dingin dan diselangi suara cengkerik di belukar belakang rumah, teringin saya untuk berkat tentang harapan yang belum pasti. Mungkin ia tidak begitu bermakna kepada anda semua, namun ia amat bererti buat diri saya sendiri. Saya lebih suka memperkatakan apa yang berkaitan dengan diri ini, kerana tidak berhaklah untuk berbicara hal orang lain yang saya pun tidak pasti kesahihannya. Lagipun, sekurang-kurangnya dapat juga saya mengurangkan beban tekanan yang saya rasai. Bukan itu saja, tidaklah saya menambahkan lagi "saham" di bahu kiri saya yang telah mengunung tinggi tidak mampu saya tanggung lagi.

Tahukan anda semua, berapa ramaikah manusia terutamanya( kerana kita hidup dan berinteraksi dengan manusia) yang menuruh harapan yang tinggi kepada kita? dan berapa peratuskah harapan mereka yang mampu kita tunaikan? Persoalan tersebut sering berlegar-legar di angkasa minda yang sedang sarat. Namun, jarang sekali kita mengambil berat dan jarang jugalah harapan-harapan tersebut yang dapat kita tunaikan. Sudah pastilah Sang Pengharap amat berduka dan bersedih kerena harapannya tidak dapat dicapai oleh orang yang diharap-harapkannya.

Walaupun begitu, tidakkah mereka tahu betapa harapan tinggi yang mereka pertaruhkan itu boleh membebankan & menyusahkan orang lain? Setidak-tidaknya, kita semua perlulah memebrikan ruang disebahagian otak kita untuk merasa kasihan & belas kepada orang yang kita ingin harapkan. Janganlah sehingga membebankannya pula. Hidup biarlah menyenangkan orang lain. Tetapi, bagi yang sudah tua & tidak berdaya tidak salah mereka mengharapkan seseorang yang amat mereka percayai untuk bergantung harap. Itu sudah sepatutnya berlaku. Yang menjadi masalah adalah mereka yang masih berdaya tetapi malas & tidak berdaya usaha.

Lagi menyedihkan apabila orang yang diharapkan itu gagal dalam usahanya membantu Si Pengharap, Mereka kadang kala diseranah & dimaki pula atas kegagalan tersebut, alangkah tidak patutnya ianya terjadi. Si Pengharap sering terlupa lumrah hidup ini " kita merancang, nammun Allah yang menentukan". Bertawakkal setelah berusaha. Mana tidkanya, rancang yang kita anggap mega & hebat itu, rupanya jauh ketinggalan dari rancangan Sang Pencipta Teragong, masya-Allah...

Sedarkah kita, masalh percintaan dikalangan anak muda kini sudah menjadi kebiasaan & tidak kekok dipandang mata lagi. Namun, disebalik perilaku mereka, mereka tidak menyedari bahawa, mereka meletakkan harapan pada yang belum pasti... Harapan yang setinggi Everest, sedalam lautan biru, selunak gemersik angin, sekencang taufan membadai, seharum kelopak melor, sehebat 7 keajaiban dunia...

Semuanya hanya menjadi dusta semata seandainya tiada doa & pengharapan pada yang Satu. Layakkah kita berharap kepada yang tiada daya & kuasa? selayaknyalah kita berharap kepada yang Menciptakan Sang pengharap yang lemah tiada apa ini. Dia yang mentadbir segala tingkah yang terjadi, segenap tutur yang berbicara, juga serelung hati yang berbisik. Maka, berharaplah kepada yang selayaknya.

Masih boleh diharap,