Popular Post

Khamis, 26 Mei 2011

Rindu rasa yang nikmat

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli bait, serta buat para sahabat. Seterusnya para pejuang agama Islam tercinta. Moga kita semua tergolong antara pejuang yang memperjuangkan kesucian Islam hingga ke hujung hayat kita. Insya Allah….

Hari ini, perasaan rindu menjengah kalbu saya yang halus ini. Saya cuba bertahan, tapi saya seolah kalah dengan perasaan itu. Seketika, bergenang air mata nipis dalam kelopak mata. Namun, saya pejamkan mata banyak kali agar tidak melimpah kolam air mata ini.

Sesekali rasa nikmat. Sesekali rasa segar kembali bola mata saya dek sejuk air jernih itu. Kenapa saya kerinduan? Saya terkenangkan ayah (Md Saad bin Shafie) yang telah genap 3 tahun meninggalkan kita dari bumi yang fana ini. Wajah ayah terbayang. Senyumnya menenangkan. Jenakanya menghiburkan. Bicaranya penuh makna. Diamnya berhikmah. Saya kerinduan. Rindu saat itu berulang lagi. Tapi mustahil. Dia sudah pergi…

Bila teringatkan ayah, serta merta saya iringinya dengan Fatihah… semoga temaan-teman semua juga dapat mendoakan kesejahteraan ayah saya di sana. Abadi. Dia tidak banyak bicara, sesekali terdengar tuturnya, membuatkan saya perlu mengambil kesemuanya cepat-cepat. Kemarahannya juga tidak membentak, tidak lama…. Sungguh ayah berhikmah dalam mendidik anak-anaknya.

Jadi, bila rindu saya bersyukur, kerana masih diberi ingatan untuk mengingati insane yang amat saya sayangi… itulah, nikmat yang saya rasai. Detik-detik bersama ayah, banyak yang saya sematkan dalam hati. Gam kuat-kuat agar ia tidak hilang. Tidak dimamah waaktu. Kekal dalam sanubari.

Hargailah seorang ayah seperti mana kita menghargai seorang ibu. Tidak sedikit pengorbanan yang dia lakukan demi melihat kita dewasa dan berjaya, biarpun payah yang perlu ditempuhinya. Semoga jerihnya dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang lebih… saya tidak akan lupa mengingati ayah disetiap doa yang saya panjatkan. Dia kenangan terindah. Anugerah berharga, yang tiada pengganti… bersemadilah dalam keamanan dan keberkatan dari Allah... moga-moga ayah tergolong dalam hamba-hambaNya yang terpilih. amennn

Salam kerinduan daripada anakanda yang terlalu merinduimu saat ini,ayah…

_sima md saad_

Rabu, 25 Mei 2011

Sehari bersama “Tribute Buat Nenda”

Saya berharap agar kesejahteraan menyelubungi kehidupan kita. Kesihatan dan kelapangan masa sentiasa mengikuti kita. Jika tidakpun, kita sendiri mestilah mencari dan menberikan peluang dan ruang kepada diri kita untuk melakukan perkara yang boleh melapangkan diri. Lapangkan masa untuk membaca. Bacalah apa yang ingin saya kongsikan ini. TRIBUTE BUAT NENDA!

Satu karya yang cukup menyentuh jiwa. Saya telah menyelesaikan hutang jiwa saya dengan menyelesaikan membaca “Tribute Buat Nenda 1” 2minggu yang lalu. Hari ini saya meminjam dari seorang rakan “Tribute Buat Nenda 2”. Tentu rugi jika saya tidak membacanya. Bukan memuji, tapi tidak keterlaluan jika saya katakan, Ustaz Rashidy Jamil al-Rashid memang menulis menggunakan hati. Ia memaut hati saya, dan hati ramai orang. Jika kesedihan yang digambarkan, sedihlah jua yang dirasai sehingga mengundang air mata. Jika kelakar, maka hati akan ketawa girang. Jika hikmah, jiwa terus memegang erat, jika peringatan, fuadi kita akan sedia menerimanya. Karya ini terhasil dari jiwa seorang yang amat tulus dan suci. Saya memilih membacanya ketika menjaga kelas peperiksaan.

Hari ini sengaja saya meluangkan masa untuk membaca novel yang “bukan sekadar novel” ini demi mengendurkan sedikit ketegangan minda setelah beberapa hari sibuk dengan peperiksaan yang dijalankan. Ke hulu, ke hilir saya membimbit buku kecil berwarna kuning klasik itu. Terkadang berbangga, kerana Allah memilih saya untuk membacanya hari ini.  Banyak kisah yang membuatkan hati saya sayu, dan ingin mengalirkan air mata. Tapi saya tahan agar tidak dilihat pelajar. Malulah saya menangis di depan mereka ;p

Ustaz Rashidy banyak mengingatkan saya kepada junjungan kita Muhammad s.a.w yang amat kita cintai dunia hingga akhirat. Banyak impak yang saya perolehi. Baik pengalaman, ilmu, memori yang terkandung di dalamnya menggamit nostalgia serta kekaguman saya terhadap apa yang ingin disampaikan.

Secara jujur, perubahan saya pada hari ini, ada juga sedikit disebabkan oleh novel ini. Saya jadi malu pada diri saya yang kerdil lagi berdosa ini. Saya terkadang lemah dengan nafsu yang pernah beraja di hati. Tertakluk dengan indahnya dunia di mata saya. Tapi, ketahuilah teman semua, warkah kecil itu banyak menyedarkan. Saya beroleh nafas baru. Saya punya semangat baru dan wajah baru. Mata saya juga telah saya tukarkan agar memandang secara terbalik, tidak seperti sebelumnya. Semoga diri saya yang dhaif ini akan terus terbimbing dengan kalam yang baik dan nasihat yang bermanfaat seperti itu.

Bacalah novel ini. Ia sentiasa mengingatkan kita. Tidak rugi melaburkan masa untuk buku dan membaca. Ada hikmah dan begitu banyak mutiara disebalik sifat kecilnya yang biasa-biasa. Ia pasti luar biasa.

menjadi Mutiara kecil,
-sima md saad,25 mei 2011-

Isnin, 23 Mei 2011

Makin Berani,,, :)

Seronok bila dah pass JPJ test pada 2hb 5 yang lalu. Teruja betul. Namun disebabkan keyakinan yang masih tipis dan halus macam kulit i ni(saja puji diri) :D saya tak berani nak drive kereta seorang diri. Jadi, adik saya mesti temankan disebelah... dan dia bawa kereta balik semula ke rumah.

2minggu juga saya bergantung harap pada adik. Tapi hari ini saya sudah mula drive sendiri ke sekolah. Saya memang gembentar, tapi bila dah bawa seorang, macam lebih best dari biasa (maklumlah tak ada orang nak membebel kat tepi telinga!) Itu pun secara tak sengaja, sebab seawal pagi tadi adik saya terpaksa pergi menemani Wak Zubir ke kebunnya di Sg. Manik, Perak. Oh, tak mungkin saya pergi ke sekolah jam 6.30pg! Walaupun saya mencapai tahap guru mithali (perasan sendiri) :D tapi xnak lah pergi sekolah awal macam tu...huhuhu Jadi, saya beranikan diri ambil keputusan untuk drive seorang ke sekolah. Walaupun digelakkan oleh Iwan (adik) tapi saya buat tak tahu je... (berlagak betul,dia ingat dia seorang je ke yang teror drive???huh)

Berdebar-debar juga jantung hati saya ni, tapi saya beranikan juga diri ni.. kalau tak, mesti tak sampai sekolah..hahaha

Apapun terjadi, pagi ini telah memberi 1 sejarah dalam hidup saya. Jika kita pendamkan keyakinan diri, sampai bila pun, kita mungkin tidak akan berjaya melakukan sesuatu yang kita ingini. :)

~Saya sedang ingin yakin~

Psiko ke?


Assalamualaikum teman-teman yang setia membaca ruangan ini. Walau apa pun keadaan anda semua, diharapkan masih mampu tersenyum dan menikmati hari ini dengan bahagia menurut kata kita sendiri. Kerana, bahagia yang cukup subjektif itu, memerlukan penafsiran kita tersendiri.

Cakap pasal senyum ni, anda suka senyum tak? ala, senyum la, jangan masam-masam, muram-muram, tak awet muda tau! Nanti nampak lebih tua dari usia. Biarlah kita sentiasa kelihatan muda, namun kita masih beringat-ingat saat kematian yang pasti menanti kita bila-bila masa yang kita tidak ketahui.

Eh, siapa kata senyum itu psiko?(gila) itu mesti pentafsiran dari orang yang psiko lah tu. Kan Nabi s.a.w pun suruh kita senyum. Sedekah paling murah dan mudah! Gila ke? ish3, kalau gila mana mungkin hal ini diseru oleh Nabi s.a.w? dapat pahala ke? berfaedah ke? hmmmm, fikir-fikirkan tau... :)

Tapi pelik lagi pelik, bila kita senyum tanda mesra dan ukhuwwah, orang kata kita perli? salah ke senyum untuk mengeratkan perhubungan? Banyak betul persoalan saya ajukan. Sebab sedikit geram dengan orang yang perfikiran pesong begitu. Kadang-kadang mereka fikir hanya boleh membalas senyum sesama orang yang dikenali saja. Eh, yeke begitu? Pada saya, salah lagi tersasar lah orang yang macam 2...

Lagi-lagi ta'jub, bila kita tak senyum, dan tak buat apa-apa pun pada orang, tiba-tiba dia kata kita psiko! fuh, yang macam ni lagi dahsyat. Kalau terjadi begini kepada diri anda, janganlah fikir banyak-banyak sangat, tak perlu ambil pusing cakap-cakap dia, sebab dialah orang yang psiko @ gila 2. Ada sesuatu dalam mindanya yang tidak beres dan ada masalah jiwa. Jika bukan dengan sesama manusia @ kita, dia bermasalah dengan Penciptanya. Anda percaya pada saya? terpulanglah...

Manusia ini mengalami pelbagai perjalanan hidup yang berbeza, kita tidak tahu apa yang dia alami. Namun, kita yang terkena gelaran "psiko" ini haruslah bersabar. Jangan cepat melatah, malah beringat, setiap detik kesabaran yang kita laburkan ada ganjaran dari Allah yang Maha Kaya.

Lihat saja Nabi Muhammad s.a.w contoh terunggul. Menjadikan kesabaran sebagai tonggak utama dalam setiap hidupnya. Apa yang Nabi s.a.w lakukan apabila dituduh seorang yang psiko? diam bukan? bersabar bukan? Jadi, kita pun perlu begitu.

Selamat menyemat kesabaran, dan sebarkanlah senyuman agar dunia ini diwarnai tali arus sedekah yang berpanjangan... :) :) :)

Saya suka senyum,

Rabu, 18 Mei 2011

DIA DATANG… AKU MENYAMBUTMU...



Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi. Telah lama saya membiarkan ruangan ini kosong tanpa penigsian. Saya bercadang untuk post artikel ini pada hari Jumaat yang lalu, tapi terlewat juga disebabkan kesibukan. Apapun, semoga pembacaan kita akan memberikan impak baik buat diri kita. Diharapkan juga, hari ini pasti menjadi lebih baik dari semalam yang pasti telah meninggalkan kita buat selamanya… amat benarlah apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali, “yang paling jauh dari kita adalah masa lampau yang tidak mungkin berpatah balik walaupun sesaat. Maka, marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat masa ini, sebelum ia meninggalkan kita. Gunakanlah untuk kebaikan.

Tersentuh hati saya selepas selesai membaca Ayat suci Yaasin malam Jumaat, seperti kebiasaan orang Islam lain lakukan. Lama sudah aku meninggalkan amalan terpuji itu. Aku leka dan lalai dengan kegairahan hidup di dunia ini. Macam-macam yang aku kejar dan ingin kecapi semenrata di usia muda. Amalku menjadi longgar dan lunyai. Tanpa aku sedari aku telah menjauh dari kehidupanku dulu. Kehidupan penuh “bi’ah solehah” itu.

Tiba-tiba hati kecil ini berdetik tak semena-mena… Aku jadi kaget. Terkedu seketika memikirkan detikan fuadiku. Benarkah? Sanggupkah? Mampukah? Bertahankah aku? Pelbagai persoalan terus aku ajukan kepada hatiku paling dalam ini. Bertafakur seketika aku di birai katil… mencari kekuatan untuk terus bersuara demikian.
Ku panjangkan tangan untuk mencapai telefon bimbit di atas katil, lantas jemariku menekan butang-butang huruf dalam getar dada yang berombak. Aku sent pesanan berbunyi,

“Saya rindu untuk memakai tudung labuh seperti dulu. Adakah Ustaz akan gelakkan saya? Tapi saya bimbang jika tak mampu istiqamah selepas itu”…

Seketika, aku menunggu jawapan dari penerima pesanan ringkasku itu. Sambil aku membalas pesanan dari kawanku yang lain…

Sedang asyik membalas, pesanan ringkasku tadi berbalas. Aku segera membuka, tertera pesanan berbunyi…

“ Sesungguhnya saya juga rindu melihat anak murid saya memakai tudung labuh seperti dulu… moga Allah beri kita kekuatan dan ketenangan… pakailahsemula… saya amat setuju… Allah mudahkan urusan kita…”

Begitulah yang saya sedang rasai… Keinginan saya ingin kembali seperti dulu, membuak. Saya cuma bimbang, perbuatan saya menjadi fitnah kepada saya atau orang lain. Namun, percayalah semuanya lahir dari hati saya yang dalam. Kenapa ini terjadi? Kerana Allah telah menembuskan 1 hidayahNya masuk ke dalam hati saya. Apabila hidayah itu hadir, maka peganglah ia erat-erat, dakaplah ia rapat-rapat, telanlah jika bisa. Kerana bukan semua insane diberi peluang menikmati hidayahNya… diibaratkan hidayah Allah itu seperti rerama yang banyak berterbangan disekeliling kita. Cukup indah. Kita cuba gapai dan kejar, namun ia terbang tinggi dan menjauh.

Namun, bila tiba 1saat ia hinggap di bahu kita, belai dan peliharalah ia.
Hidayah itu tidak semestinya besar, tapi walau sekecil manapun ia, ia akan mengindahkan pemiliknya. Menenangkan yang melihat, malah mentemteramkan jiwa raga setiap orang. Itulah keindahan hidayah Allah.

Allah memilih kita untuk diberkan hidayahnya, agar memelihara kita dari dosa noda. Dia ingin kita kembali melalui jalan-jalan dakwah dan kemanisan iman. Janganlah kita biarkan hidayah pergi berlalu dari hati kita tanpa kita menjamahnya, keran entah bila kita tidak tahu hidayah akan kembali melalui, hinggap, atau menetap dalam hati kita. Amat rugilah orang yang menghampakan hidayah dengan membiarkan ia pergi sepi tanpa sapaan dari hati. Kita tidak kenal, maka kita tidak suka. Biarkan hati berkenalan dan bermesra dengan hidayah yang hadir, mana tahu kita amat teruja dan terpikat dengannya, maka berdoalah agar ia terus menetap di sangkar sanubari….

Percayalah, hidayah itu merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Jangan kita pandang enteng. Keran dengan hidayah dari Allah lah, kita bisa hidup lebih baik. Marilah kita memohon, agar Allah membuka 1 lubang, bagi laluan hidayah ke dalam tulang belulang kita, melewati pembuluh-pembuluh darah yang merah, mengalir kedalam otak dan tercerna dalam degup kencang jantung mengepam udara, agar tersebar hidayah keseluruh pelusuh tubuh kita yang longlai ini. Dengan hidayah yang menjengah, kita akan kembali segar seperti buah segar dari lading… saya bersyukur, perubahan ini di bulan kelahiran saya… moga saya terus istiqamah. 

Ku berdoa, hidayah jadi teman,
_sima md saad_
12 mei 2011