Popular Post

Isnin, 4 Julai 2011

Telur Asin, Sambal Budu...

Bila kita baik,
Orang banyak cakap-cakap; itupun salah...
Bila kita jahat,
Orang ngata-ngata; bukan itukah yang orang nak?
Bila kita tegur,
Orang sakit hati; kita cuma nak betulkan...
Bila kita senyap,
Orang pelik pula; sedangkan angin dah naik sampai kepala...

Bila kita marah,
Orang cakap kita garang; mereka yang cari pasal,
Bila kita senyum,
Orang cakap kita gila; kita cuma nak sedekah,
Bila kita diam,
Orang pijak kepala kita; kita nak elak buat orang sakit hati,
Bila kita buat tak kisah,
Orang cakap kita tak ambil berat; bukankah pendapat kita tak diperlukan?

Bila kita makan kicap,
Orang cakap xpedas,
Sedangkan kita tak tahan makan pedas,
Bila kita makan sambal,
Orang cakap dah tukar angin,
Sedangkan kita belajar makan pedas,
Bila kita makan telur dadar,
Orang cakap tak sedap,
Sedangkan duit dalam poket tak siapa yang tahu,
Bila kita makan budu,
Orang cakap nak jadi orang Kelantan pula,
Sedangkan kita pernah beli masa belajar di sana dulu...

Bila kita makan mangga muda,
Orang fikir macam-macam,
Sedangkan pokok di rumah kita berbuah lebat,
Bila kita beli telur,
Orang ingat nak buat ubat alternatif,
Sedangkan kita nak buat telur asin,
Bila kita duduk sorang-sorang,
Orang cakap kita membela,
Sedangkan kita perlukan masa bersendirian,
Bila kita ziarah jiran,
Orang cakap kita buat ketupat palas,
Sedangkan kita membalas bekas lauk...


Itulah manusia di zaman ini,
Selagi tidak sampai ke telinga, bermacam-macam andaian yang tersasar dari keadaan sebenarnya. Sebaiknya, janganlah selalu bersikap demikian, kerana yang demikian hanya akan memburukkan suasana berjiran dan bermasyarakat. Semoga kita sama-sama menjaga dan memelihara rukuntetangga agar terus harmoni dan aman.

~salam tegur-tegur sayang~
sima md saad, 5 julai 2011

Jumaat, 1 Julai 2011

Bukan pandangan manusia yang aku harapkan,tapi pandangan Allah yang penuh Kasih Syang kepada hamba-hambaNYa...

mendapat anugerah "Guru Paling Bergaya" bukan menggembirakan,sebaliknya memalukan saya. Ada yang cakap secara lebih jujur, bukan bergaya tapi "Guru Yang Mencari Publisiti". Itukah yang saya mahu? Atau itu semua dari penilaian mereka? saya rasa terhina.

Selepas mendapat "anugerah" tersebut, saya mempelajari sesuatu. Tapi, apa saya sekarang bukanlah untuk bergaya, mencari publisiti, mahupun menarik perhatian sesiapa. Apa saya sekarang adalah saki baki dari saya yang dulu.. saya masih dalam proses "perubahan diri"... Untuk hilangkan segalanya dalam 1tempoh yang singkat dan memdesak, saya tidak mampu. Salahkah saya bertindak sedikit demi sedikit? Bukankah dalam Islam juga kite disarankan agar bersederhana dan istiqamah? itulah yang saya cuba amalkan.

Saya mahu berubah kepada yang lebih baik, tapi saya ubah sedikit-sedikit agar saya rasa mampu dan tidak memaksa.. itulah cara bersederhana. namun, saya tidak terus berhenti disitu, proses perubahan saya masih berjalan... tidak pernah berhenti lagi selagi mana ia masih tidak memenuhi 100% kehendak syarak. bukankah itu istiqamah?

Tidak mengapalah, manusia hanya tahu berbicara, dan berkata apa yang disukainya, tapi mereka tidak mahu melihat dan meneliti apa yang dilakukan. Sekurang-kurangnya, saya telah berusaha untuk menjadi lebih baik. Biarlah orang melihat buruknya saya, tapi saya tahu betapa nikmatnya saya beristiqamah dalam hidup ini.

Sejujurnya, jika tidak suka cara dan penampilan seseorang, itu memang hak anda. Tapi selagi mana ia tidak menyalahi syarak (membuka aurat dll) janganlah menyalahkan. Kita tidak tahu apa yang sedang setiap dari kita lakukan untuk membaikkan kehidupannya. Teruglah bila ia memang menyalahi syarak, dan tabarruj (berlebih-lebih). Sungguh, saya tidak bermaksud berlebih-lebih atau mencari publisiti. Apa manfaat yang saya dapat? tiada. Adalah lebih baik saya melakukan pekerjaan lain dari melakukan perkara tidak memberi pulangan baik buat diri saya.

Saya ada sebab saya tersendiri mengapa saya begitu dan kenapa saya harus begitu. Saya yang miliki jawapannya. Sebenrnya dari hati saya, saya malu dan tidak rela dengan apa yang orang perkatakan tentang diri saya sedemikian. Walaupun begitu, terima kasih kerana mungkin cemuhan dan suara lantang anda itulah yang membuatkan saya segera dan mempercepat langkah untuk terus berubah. :)

Saya berubah kerana Allah,
sima md saad_ 2 julai 2011