Popular Post

Khamis, 23 September 2010

Jom Kitar Semula! Mesti Menarik...



Hari ini kebanyakan penjawat kerajaan telah bercuti. Sudah pasti pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi masa lapang. Masa untuk bersama keluarga tercinta. Selain itu, ramai yang telah merancang pelbagai percutian dan perjalanan ke mana-mana destinasi dalam dan luar negara. Selamat bercuti dan melepaskan tekanan berkerja sebelumnya.

Apapun, terpanggil saya untuk mengajak anda semua mengitar semula. Pasti ada keseronokannya tersendiri. :) Selain melakukan aktiviti bermanfaat ini dengan ahli rumah anda, boleh juga mengajak kawan dan taulan bersama-sama. Dapat juga meluangkan masa bersama. Aktiviti ini akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan anda.

Bahkan, dengan melakukan kerja luar dan ringan sebegini, dapat mengeluarkan peluh. Sihat bukan? Kita sama-sama beroleh faedah 2 kali! sihat dan seronok. Boleh juga jadi 3,4 dan 5 kali manfaat. Hebat bukan? :)

Tidak hanya itu, bagi anda yang bijak dan mengambil peluang, apa kata kita jualkan bahan-bahan terpakai dan terbuang hasil dari kutipan kita? Jika tidak mahu digunakan semula, jualkan sahaja. Untungnya dapat, rugi tidak sekali. Kita hanya melaburkan peluh dan tenaga yang sedikit, habuannya wang dan manfaat lebih banyak dari apa yang telah kita laburkan.

Selain dapat memelihara kebersihan dan kecantikan pemandangan persekitaran kita, sudah pasti membuatkan kita berasa puas hati dengan hasil kerja kita tersebut. Secara tidak sengaja, kita telah menyumbang kepada langkah-langkah menjaga kebersihan dan menyelamatkan bumi kita dari bahaya disebalik kekotoran yang berleluasa. Ozon pasti gembira. Alam pasti tersenyum. Makhluk sudah pasti sejahtera. Jadi, jangan buang masa anda dengan perkara yang tidak berfaedah. Dari kita duduk diam tidak produktif, lebih baik kita kitar semula!

Ingat, jangan menjadi penyumbang kepada kerosakan alam, tapi jadilah mereka disebalik keindahan yang terhasil. Bukan untuk menunjuk rajin, tapi bukankah itu tanggungjawab kita bersama? Jangan menuding jari kepada orang lain, sebaliknya mencari langkah untuk mengatasinya. Setidak-tidaknya kita berusaha. Walaupun kecil, tapi penuh keikhlasan, ganjarannya dunia akhiratnya tetap besar dan berganda. Wow, menag 3,4 kali ganda manfaat! Jadi, jom kitar semula!

Saya suka, anda gembira,

Membaca Meningkatkan Keupayaan Minda


Salam kasih sayang dari saya buat semua. Semoga hari ini kita terus berusaha meingkatkan pemahaman dan pengetahuan kita dalam apa sahaja ilmu pengetahuan. Satu darinya ialah dengan "MEMBACA".

Terdidik amalan membaca ini bermula dari ibubapa. Benarkah? YA!
Ibu berperanan semenjak bayi dlaam perut lagi. Bapa pula, perlulah menjadi pendorong ibu kepada amalan mulia ini.

Seperti maksud hadis Nabi S.A.W: " Jika sekiranya kamu mahukan dunia, maka kamu perlukan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, kamu perlukan ilmu. Jika mahukan kedua-duanya, kamu perlukan ilmu".

Jelas sekali, bahawa Islam amat mementingkan amalan membaca, sekaligus menuntut ilmu dengan cara membaca. Begitu juga dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tahukah anda semua, dengan tabiat baik ini, kita juga dapat menakluki orang lain, seterusnya dunia! Percayalah. Kerana itulah, kita amat disarankan dan dituntut untuk mengamalkannya.

Olehhal yang demikian, marilah kita sama-sama menjana pemikiran kita dengan amalan membaca. Bukan sekadar membaca apa yang kita sedang pelajari, tapi bacalah semua perihal agar kita menjadi seorang yang luas pandangan, luas pengetahuan, serta luas pengajaran dan pengalaman. Tidak rugi walaupun satu, malah untungnya berlipat ganda.

Jadi, marilah kita memilih untuk menjadi orang-orang yang beruntung, dari menjadi mereka-mereka yang rugi lagi pendek fikirannya.

Selamat menanam pohon membaca dalam diri kita semua. Sudah pasti ia akan sentiasa berbuah lebat dan merimbun sehingga menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan yang melintasinya. Jika mati satu hari nanti, dahannya tetap berguna untuk menjadi kayu api yang dapat memanaskan badan mereka yang kesejukan, menjadi kayu untuk dibuat kapal kelasi berlayan di laut luas, menjadi papan untuk berlindung sekeluarga.

Marilah kita fikirkan, banyak kebaikan dari keburukannya.

Umat Membaca, Umat Cemerlang;