Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli bait, sahabat-sahabiah, serta pejuang-pejuang Islam yang tak pernah luluh dengan cabaran dan tohmahan. Semoga mereka semua beroleh ganjaran setimpal dengan usaha murni itu. Dengan berkat usaha dan ketekunan mereka jualah, kita dapat menikmat nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah… moga di hati kecil kita bersemi 1 azam yang untuh untuk menjadi sebahagian daripada mereka.. amin..
Semalam, seharian saya tidak lekat di rumah. Menghadiri mesyuarat di sekolah, kemudian terus menghadiri majlis perkahwinan 2 orang teman. Ramai juga rakan-rakan yang dapat menghadirkan diri. Syukur, sudah lama tidak bertemu dan bertanya khabar. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan pelbagai urusan hidup tersendiri. Beramah mesra. Seronok.
Lewat petang baru saya pulang. Sendirian di dalam kereta kancil silver (namanya Agogo) yang membawa saya pulang ke rumah. Seorang rakan yang menemani saya semasa pergi tadi, telah menumpang teman yang lain, kerana arah kami berbeza. Setibanya di rumah, saya merebahkan diri di kusyen sambil menonton. Member halwa mata dan telinga yang telah penat member focus ketika memandu tadi (saya perlu berhati-hati, agar tidak berlaku sebarang kemalangan) tanpa saya seari saya terlelap. Zzzzz….
Malam…
Saya berhasrat untuk tidur awal, tapi ada rancangan yang seronok di tayangkan di tv3 malam ini. Siri cerekarama (Jemaah Kolestrol) jam 12 tengah malam baru selesai. Saya masuk tidur. Sedangkan dari tadi mata saya sudah banyak kali terpejam keran begitu letih. Malam ini dirasakan panjang… saya tidur tanpa terjaga. Nyenyak sungguh…
Mimpi bertandang….
Saya dinikahi. Jari manis saya disarungkan cincin yang cukup indah. Sungguh gembira bagi seorang wanita apabila bergelar isteri… begitu juga saya… selesai majlis perkahwinan tersebut, saya pergi ke sebuah kedai kasut berdekatan. Saya mencari kasut yang cantik dan comel untuk dimiliki. Teruja kerana design kasut di situ sungguh menarik dan unik. Walaupun kedai itu tidak begitu besar, namun ia memuatkan kasut yang pelbagai. Saya mencuba dan terus mencuba. Akhirnya, 1 menjadi pilihan kalbu. Saya membeli dan terus pulang ke rumah. Gembira.
*********ada beberapa babak yang saya tidak dapat ingati dengan baik**************
Beberapa ketika, saya pergi lagi ke kedai kasut kegemaran saya itu. Tujuan saya 1; untuk membeli lagi kasut yang sesuai buat diri saya. Kali ini berbeza. Begitu banyak kasut yang terdapat di sana, 1 pun tidak berkenan di hati. Saya mencari dan terus mencari. Mencari lagi.. hampa. Tapi saya masih tidak mahu keluar dari kedai itu. Saya ingin memiliki 1. Terlalu banyak design bertumit tinggi. Itu bukan citarasa saya, walaupun ia cantik dan menarik.
*************saya terjaga dari tidur****************
Alarm yang dipasang berbunyi zikir. Saya pantas menutupnya. Namun, mata ini masih ingin dijahit dan diulit mimpi. Pagi ini saya terus melayari internet, untuk mencari tafsir mimpi tersebut. Membuak-buak hati saya ingin tahu makna disebaliknya. 1 mimpi yang panjang. Sedangkan saya ni bukanlah seorang yang selalu bermimpi. Wah, saya sudah jumpa! teruja. Segera saya menekan-nekan butang netbook ini untuk turun kebawah. Apa yang saya dapati tertera… walapun ada penambahan lain pada mimpi saya itu, tapi ada kesamaan… saya cuba amati…
“Sepatu
Jika anda bermimpi memperoleh sepatu, bermakna anda akan dapat pangkat dan diamati banyak orang. Mimpi kehilangan sepatu menandakan ditempat anda ada buru atau pembantu anda akan pergi jauh dari lingkungan. Mimpi sepatu yang anda pakai mendadak rusak, bermakna akan ada seorang keluarga yang sakit.”
Benarkah begitu? Entahlah… walaupun begitu, kita tidak boleh terus menolah tafsiran ini, keran ia memang ada dalam bidang ilmu islam. Namun jangan terus percaya bulat-bulat. Dibimbangi kita tidak berusaha untuk hidup dan hilang ikhtiar dalam usaha kita sekiranya, yang ditafsir itu beruntung dan baik-baik saja. Sesungguhnya, mimpi yang baik dan benar itu datang dari Allah. Dan mimpi yang buruk itu, hanyalah tipu daya Syaitan Laknatullah. Semoga kita terpelihara dan terhindar dari segala keburukan dan kebinasaan.
Wallahu a'alam...
~Mimpiku indah~
sima md saad, 5jun2011
Popular Post
-
Salam sejahtera buat anda semua... Ceria-ceriakan diri agar kita menjana mood yang bertenaga & bersemangat sekali. Moga-moga kita menjad...
-
Hari ini saya begitu bersemangat untuk mengajar anda semua menjahit. Mengajar juga belajar dari anda yang lebih tahu juga. Bukanlah untuk me...
-
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli bait, sahabat-sahabiah, serta pejuang-pejuang Islam yang tak pernah luluh d...
-
Salam sejahtera peminat Cinderella semua. Saya tahu anda kerinduan apabila saya tidak mencatatkan sesuatu disini(sengaja angkat bakul rambut...
-
Salam keceriaan & kebahagiaan buat semua pembaca... Kita sering kali ditimpa pelbagai penyakit. Ada yang membuatkan kita tidak bisa tidu...
-
Assalamualaikum w.b.t... Semoga kita semua sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah; Tuhan Penguasa Alam. Bukan itu saja, malah kita amat...
-
Salam keceriaan buat anda semua yang setia mengikuti blog saya ini. Walaupun ia tidaklah se-gah blog-blog lain, namun saya amat berharap, bl...
-
Rata-rata manusia yang hidup di alam maya ini ingin diri dihargai. Namun, bukan semua insan dapat merasakannya. Ini kerana terkadang kita s...
-
Salam kasih sayang dari saya buat semua. Semoga hari ini kita terus berusaha meingkatkan pemahaman dan pengetahuan kita dalam apa sahaja ilm...
Dah nak kawin kot..Hehe
BalasPadam