Popular Post

Ahad, 2 Mei 2010

Jom Belajar Menjahit!

Hari ini saya begitu bersemangat untuk mengajar anda semua menjahit. Mengajar juga belajar dari anda yang lebih tahu juga. Bukanlah untuk menunjuk pandai, sekadar untuk berkongsi ilmu secalit yang saya ada. Setidak-tidaknya sama-sama kita perolehi manfaatnya. Namun, saya lebih suka membicarakan tentang jahitan baju yang paling popular bagi wanita melayu Islam; baju kurung.

Sukakah anda menjahit? Tidak berpeluang mempelajarinya? Tiada masa untuk menghadiri kelas? Tidak menjadi masalah lagi, di sini saya sedia untuk berkongsi ilmu menjahit dengan anda semua yang ingin tahu.

Mula-mula, anda boleh membuat pilihan samada untuk mengukur badan atau mengukur melalui baju yang sedia ada. Bagi yang inginkan baju berpotongan elok-elok badan, sebaiknya mereka memilih untuk membuat sukatan terus pada badan. Namun, bagi yang inginkan potongan longgar @ ingin mengikut baju yang mereka selesa pakai, buatlah pilihan untuk sukat pada baju yang telah siap.

Mari kita mulakan pembelajaran kita. Moga-moga nada semua berpuas hati. Ini adalah ukuran melalui sukatan pada badan:


Bahu; Dari tulang bahu kiri ke tulang bahu kanan.
Dada; Kelilingkan tali tape pada dada, kemudian tambahkan 1inci. Untuk baju yang lebih longgar tambahkan 2inci.
Leher ; Lingkarkan tape pada leher dalam keadaan longgar.
Labuh baju; Letakkan tape pada bahagian bahu yang tengah,kemudian sukat hingga ke bawah pada labuh yang dikehendaki.
Panjang tangan; Luruskan tangan kehadapan. Sukat tape dari tukang bahu ke hujung tangan yang dikehendaki.
Bahu dada; Sukat dari atas bahu ke atas dada.
Bahu pinggang; Sukat dari atas bahu terus ke pinggang,melalui atas dada.
Keliling ketiak; Lilit ketiak dengan tali tape, kemudian kepitkan ketiak. Pastikan dalam keadaan selesa dan longgar sedikit.
Gelang tangan; Gelangkan tape pada pergelangan tangan. Sukat mengikut kesukaan.
Pinggang; Kelilingkan tape pada bahagian pinggang dalam keadaan selesa. Jangan kempiskan perut, supaya tape tidak menjadi terlalu ketat atau terlalu longgar.
Punggung; Lingkarkan tape pada bahagian punggung dalam keadaan selesa, kemudian tambahkan 1inci.
Labuh kain; Sukat dari tepi. Letakkan awal tape pada pinggang, sukat ke paras yang di kehendaki.

Mudah bukan? :)
Seterusnya, sukatan menngikut ukuran baju yang telah siap:
Bahu;
Mula pada pertemuan antara badan baju dengan tangan. (untuk basi, 1/2 inci sahaja setiap sisi)
Dada;
Sukat dari kekek yang bersambung pada pesak baju sebelah kanan hingga kepesak di sebelah kiri baju.
Tengkuk baju;
Ukur keliling lubang tengkuk baju.
Labuh baju;
Dari atas bahu baju hingga ke hujung baju di bahagian pertemuan pesak,badan.
Panjang tangan;
Dari pertemuan bahu badan dengan tangan hingga kehujung tangan.
Bahu dada;
Kebiasaannya,bahu dada ialah 8-9 bagi orang yang kurus dan 10-13 bagi yang berisi.
Bahu pinggang;
Bagi kurung biasa: tidak perlu.
Kurung Moden: sukat dari tengah bahu baju hingga ke pinggang baju (bahagian yang sedikit melengkuk pada sisi badan baju)
Kurung Pahang: dari atas bahu hingga ke hujung pesak atas (yang bertemu dengan pesak bawah)
Keliling ketiak;
Mula pada atas bahu ke ketiak baju (bertemu dengan pesak)
Kurung Moden: sukat secara menyerong dari bahu ke ketiak.
Gelang tangan;
Letakkan baju. Sukat gelang dari hujung ke pertemuan jahitan gelang tangan. Jumlah akan di darab 2.
Pinggang;
Hamparkan kain. Sukat getah pinggang kain tersebut. Tidak perlu keliling, nilai akan di darab 2. tapi, tolak 3@2 inci dari sukatan tersebut kerana getah akan memeri (boleh ditarik lagi)
Punggung;
Ukur punggung pada bahagian hujung zip kain. Lintangkan tape di tengah-tengah kain. (sekurang-kurangnya di bahagian hujung bawah zip kain)
Labuh kain;
Sukat dari kain bahagian atas hingga ke hujung kain di bawah. Perlu di tambah 1 1/2 inci untuk  lipatan getah, 1/2 inci lipat bawah kain.

Selamat mencuba.

Salam Tailor,




2 ulasan:

  1. Saya ingin belajar menjahit tp sy sangat2 lah pemalas...

    Boleh beri sy sedikit nasihat bagaimana menanam minat untuk menjahit?

    BalasPadam
  2. Ini melalui pengalaman saya,
    Pertamanya, kita mestilah lapangkan dada untuk menerima perkara tersebut.
    Jangan block diri.
    Saya membiasakan diri dengan benang,jarum & kain sejak kecil...
    apabila kita sentiasa berdampingan dengan perkara2 yang kita ingin buat setiap hari,walaupun pada asalnya kita tidak berminat, tapi akhirnya kita akan tertambat juga..
    Cuba la...
    Kalau sudah berjaya, inform saya yea, =)

    BalasPadam