Popular Post

Jumaat, 16 April 2010

Seni Mencanting Batik



Salam sejahtera buat anda semua... Ceria-ceriakan diri agar kita menjana mood yang bertenaga & bersemangat sekali. Moga-moga kita menjadi insan yang hari ini lebih baik dari semalam.

Saya baru sahaja pulang dari bengkel menpelajari asas memcanting batik di Felda Soeharto. Program yang dianjurkan Felda ini, sememangnya amat bermanfaat & sekaligus memberi peluang kepada ramai orang; terutamanya Saya, untuk menyertakan diri.

Seni mencanting batik adalah salah satu dari keinginan saya sejak dulu lagi. Namun, saya tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana program sedemikian rupa. Jadi, peluang yang datang jarang sekali ini saya ambil & terima dengan tangan terbuka... Kerana saya tahu, bukan semua orang mendapat peluang & ruang begitu.

Sebagai salah seorang pengemar seni batik ini, saya teruja untuk menhasilkan 1 lakaran yang menarik hati saya. Namun, proses mencanting (menggunakan lilin & damar yang telah dimasak) bukanlah semudah yang dilihat dikaca televisyen. Kami amat bertuah kerana diajar oleh seorang penggiat seni canting batik yang berpengalaman luas; Cikgu Hamdan yang berasal dari Machang, Kelantan, kini menetap di Gedangsar.

Mudah sahaja formula mencanting, kita hanya perlu mengikuti kaedah O S C. Tetapi apa yang agak berlainannya ialah mencanting tidak seperti membuat lukisan biasa, kerana kita tidak dibenarkan sama skali untuk meletakkan tangan pada meja @ alas (tangan perlu diawang-awangan, tidak bersentuhan dengan kain yang ingin dicanting. Seperti dalam gambar ini.



Hasil kerja kami; Melukis di atas kertas, melakar pada kain, mencanting & mewarna, selesai sekitar jam3 petang. Menurut Cikgu, ini adalah tempoh yang pendek berbanding kursus-kursus yang pernah dikendalikan beliau yang habis lewat petang bagi proses tersebut, malah perlu mengambil masa 2hari untuk proses mematikan lilin pada kain (bertujuan untuk mengekalkan warna agar tidak luntur)



Ini gambar saya sedang kusyuk mencating. :)




Gambar di atas adalah batik hasil tangan saya sendiri. Kagum juga dapat hasil sebegini, walaupun tidak cantik seperti yang lain. Tapi, saya tetap gembira dengan apa yang saya lakukan sendiri. Apapun, menurut yang pakar, lakaran bukanlah perkara paling penting, kerana kita boleh mengubah @ mengikut kretiviti masing-masing semasa mencanting. Tetapi kekemasan lebih utama. Menurut Cikgu Hamdan lagi, cantingan lilin yang tebal adalah lebih baik kerana dapat memudahkan kerja-kerja mewarna. Walaupun begitu, beliau tidak menafikan cantingan dengan lilin yang halus lebih cantik. :)

Memiliki sebuah bengkel mencanting batik tersenarai di dalam impian-impian saya sejak dulu lagi. Saya berharap, ini adalah langkah pertama saya ke arah itu. Saya akan terus mempertingkatkan lagi kemahiran mencanting dalam diri saya. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Semuanya hampir tidak mustahil jika kita yakin untuk menggapainya. Jadi, SAYA YAKIN, SAYA AKAN MEREALISASIKANNYA.

Selamat mencapai impian! Jika saya mampu menorak, anda pun mampu.

Mencanting itu seni jiwa,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan