Popular Post

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kaedah mudah menanam pokok bunga

Salam keceriaan buat anda semua yang setia mengikuti blog saya ini. Walaupun ia tidaklah se-gah blog-blog lain, namun saya amat berharap, blog kecil saya ini dapat menyumbang sedikit manfaat kepada perkembangan hidup anda semua (^^)

Apa fokus kita hari ini? Terlintas difikiran saya untuk berkongsikan kaedah menanam pokok bunga! Mungkin ia menarik, mudah dan senang sungguh untuk dilakukan...tapi, kita tidak terfikir pun sebelum ini (perasaan diri sebagai perintis cara) Mari kita ikuti cara yang ingin saya kongsikan bersama ini :)

Mula-mula, pastikan kita telah memilih pokok bunga yang ingin kita tanam... Tidak kiralah pokok berbunga atau hanya pokok berdaun. Anak pokok atau keratan batang, atau daun atau biji benih ataupun bebawang.Terpulang mengikut kegemaran anda. Ia juga berkait rapat dengan landskap atau susun atur yang kita rancangkan untuk tanaman dan taman bunga kita tersebut. Lagi bagus jika pokok bunga ini mudah didapati samada dengan cara membeli anak pokok, atau memotong sedikit dari pokok bunga yang sedia ada, atau mengambil anak pokok dari ibunya yang asal. Itu semua bergantung kepada kos dan budjet yang anda sediakan untuk perkara ini. Perkara yang turut penting di peringkat ini adalah KREATIF.

Sebaik-baiknya, pilihlah menanam pokok bukan pada musim hujan atau terlalu panas. Tapi, pada musim lembap tapi tidak hujan. dan panas dalam kadar biasa, tapi tidak terik dan kering.

Kemudian, sediakan tanah. Isikan tanah ke dalam poli beg, namun, jika anda tahu anda seorang yang kurang rajin atau tidak ada masa untuk melihat dan menjaga pokok itu dengan teliti di kemudian hari, tidak salah terus menggunakan pasu bunga cantik yang telah anda beli di nursery petang tadi (^^) malah, ia dapat menjimatkan masa anda untuk menguruskannya nanti... Pastikan tanih yang dipilih adalah dari jenis gambut (kerana ia mudah menyerap air) lagipun, anak pokok memerlukan air yang mencukupi untuk proses tumbesarannya. Namun, jika ia dari jenis orkid, tanah pasuan perlu digunakan (ia boleh didapati di nursery berdekatan anda) Walaupun tanah gambut baik untuk tanaman, namun tidak salah jika kita campurkan sedikit dengan pasir atau tanah hitam (tanah bakar) kerana ia memberikan nutrien tambahan kepada pokok anda. Sebaik-baiknya, elakkan dari menggunakan tanah liat, kerana ia tidak dapat menyerap air dengan baik dan menghalang air sampai ke bawah akar pokok.

Setelah tanah tersedia, tanamkan anak pokok ke dalam bekas tersebut. Pastikan juga, sekiranya ia dari keratan batang, duri atau arah tunas tidak berbalik ke bawah. Sekiranya hal ini terjadi, pokok bunga yang bakal diperolehi nanti adalah songsang arahnya. Kaedah mencucuk batang tersebut juga perlulah mengenget sedikit @ tidak tegak macam tiang eletrik. Kadang kala, ada kepentingannya mencari dahan pokok yang ada tunas, kerana kita dapat melihat perubahan dan pertumbuhan pokok itu dari hari pertama lagi.

Bagi penanaman melalui biji benih, pastikan tanah dikorek tidak terlalu dalam, dan letakkan biji benih. Tapi awas! jangan menekan kuat atau menutup dengan banyaknya tanah di atas biji tersebut. Hal ini akan melambatkan @ terus tidak tumbuh pokok yang kita harapkan itu. Cukup sekadar, benutup biji benih dengan tanah di sekelilingnya dengan menaburkan secara besahaja @ sopan (tidak perlu kasar-kasar atau menekan-nekan tanah diatas biji benih)

Bagi anak pokok pula, jangan potong akarnya sekiranya ia berjurai @ serabut. Biarkanlah,itulah seni pokok tersebut. Nanti besar, cantiklah ia (^^) Pastikan seluruh akar masuk ke dalam tanah, dan tidak perlulah tanam sebahagian dari batang pokok itu,nanti kita jadi tidak bersemangat kerana pokok kita kelihatan renek dan seperti tidak besar.




Selesai juga kita tanam pokok!Tahniah dari saya! (^^)  Jadi, jom kita siram sama-sama agar ia cepat besar di bawah jagaan kita. Tapi, untuk permulaan, janganlah siram terlalu banyak, bimbang akar @ batang dalam tanah akan memburuk@ lembik kerana terlebih air. Siram dalam kuantiti sederhana mengikut saiz anak pokok, tapi konsisten setiap hari, jika tidak hujan. Sekiranya anda ada wang lebih, jangan berkira-kira untuk memberikan baja kepada anak pokok kecil yang baru ingin membesar ini. Hati kita akan lebih puas dan gembira, bila melihat pokok bunga kita hidup subur.

Malah, mungkin ia boleh menjadi teman kita ketika kita ingin berkongsi rahsia, tapi malu orang lain mengetahuinya. Selamat menanam pokok buat anda semua... (^^)


_sima md saad_
29 Okt 2011, sabtu malam ahad








Ahad, 18 September 2011

Seronoknya Family Day (^^)


Sudah lama tidak meluangkan masa bersama seisi keluarga. Bila dapat bersama seronok dan ceria dunia ini. Saya dan keluarga bercuti sambil Family Day di Pangkor pada 2Sept 2011 yang lalu (hari raya ke-2)




Perjalanan yang lancar bermula seawal pagi. Kami mengambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah saudar mara di sebelah Utara Perak. Setelah menziarahi mereka sambil beraya, kami meneruskan perjalanan yang menyeronokkan itu ke Pulau Pangkor. Terbayang keindahan pulau itu. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa bila berdiri di tepian pantai, menikmati cahaya mentari yang terbenam di kaki gunung, sambil kedengaran suara gelak ketawa anak-aank berlarian di gigi ombak.... Sungguh mengujakan jiwa (^^)







Walaupun kami cuma dapat menginap di Hotel yang tidak seberapa sempurna, namun cukuplah untuk berlindung dari hujan panas selama 1hari 1 malam. Malam itu, saya agak kepenatan setelah habis seharian dalam perjalanan ke sana. Seusai solat, saya tertidur. Bila terjaga, saya dapati jam telah melewat jam 10. Saya sedikit hampa kerana tidak dapat berjalan menghirup udara malam yang pasti mendamaikan. Tetapi, saya punyai 2 orang kakak yang amat memahami :P... Mereka sedia menemani saya keluar dan bersiar-siar. Disamping itu, kami membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang...



Keesokan pagi, kami keluar mencari sarapan. Kepadatan pelanggan di sebuah gerai Melayu yang menjual sarapan membuatkan kami terpaksa menunggu agak lama. Kami memenuhi masa itu dengan berjalan dan membeli pakaian yang memikat hati :) Dapat juga satu sebagai kenangan dari pulau indah itu... sukanya.. ;) Sebelum kami berangkat pulang, sempat juga kami roung island. Apa yang dahsyatnya, laju sangat-sangat teksi van itu dipandu. Macam nak terkeluar otak. Tak sempat nak menghela nafas. Seperti samseng jalan raya lagak pemandu itu. Kecut-kecut perut semua di dalam van. Kami sekadarnya sahaja menyaksikan permandangan sekeliling, apa yang lebih difokuskan adalah "keteroran" pemandu itu memandu dalam keadaan jalan yang mencuram dan bukit yang mendaki tinggi, malah bersimpang siur dan jalan yang sempit. Demikianlah situasi yang boleh digambarkan. "Practice be parmenent" :)

Ahad, 11 September 2011

Percayalah...


"Orang yang berkahwin itu kaya" bahkan "telah sempurna iman mereka yang berkahwin itu"

_simamdsaad_
11Sept2011

Sabtu, 3 September 2011

Perasaan itu datang lagi...

Sedaya upaya aku menghalang "kebencian" bertandang di hati, tapi aku kalah.. rasa benci itu hadir juga. Ya, dulu hatiku ini suci dipenuhi bunga-bunga kasih sayang yang mekar mewangi, lalu terukir dalam senyum yang cukup menyenangkan jiwa. Tapi, sekarang, aku sudah tidak tahu bagaimana ingin senyum bahagia.

Hati penuh dengan kedukaan dan kelukaan. Calar balar yang memilukan dan menyayatkan untuk digambarkan. Bukan aku tidak memaafkan di bulan mulia, tetapi bila diungkit dengan helaian-helaian hatiku yang lemut ini tentang kisah lalu, aku jadi sakit untuk melupakan. Darah derita sejarah itu, memedihkan seluruh urat nadi. Adainya ingatan ini hilang dan terus melupakan hal itu... mungkinkah aku akan lebih gembira? Menjadi seseorang yang lain, tidak kenal walau diri sendiri....

Aku harap kamu mengerti. Kini, Aku amat terluka dengan apa yang terjadi. Kamu tidak seperti dulu, melayani aku dengan kasih. Aku bagai Puteri yang diturut kehendak, di sayang dan dimanja semua... Pelbagai alasan kamu beri. Kamu kata sayang? tapi di mana? Makin hari makin berkira-kira. Aku makin cuak, muak, meloyakan.

Lama aku tunggu, tapi kamu mungkir lagi... Aku sudah tiada alasan yang cukup untuk menerima kamu lagi. Aku seperti diperbodoh. Kamu main tarik tali, bila sudah jauh, kamu melepaskannya, dan aku jatuh terjelupuk. Kamu entah di mana untuk menolong aku. Aku sendiri berusaha untuk bangun lagi. Bila mendekat kembali, kamu permainkan aku lagi, taburan janjimu penuh mewangi seluruh kamar hati sanubariku. Aku terpesona dan tergoda. Aku terjerat dan pesona yang samar dan sirna itu.

Bila wuduk menekap di wajahku, aku kembali sedar dan bugar. Aku ingin berpatah balik, tapi kamu sesatkan aku agar aku tidak bisa pulang ke pangkal jalan. Kamu tunjukkan aku jalan berliku yang penuh noda. Tapi berlakon seperti seorang alim yang akan membimbing aku ke jalan yang terang. Aku tertipu. Aku meronta berlari melepaskan diri, tapi masih gagal.

Dalam ketakutan dan pengharapan kepada Tuhan yang Berkuasa, aku tegaskan diri, dan teguhkan kaki menuju jalan entah ke mana hala... Yang aku mahu, JAUH DARIMU. Semoga Allah permudahkan aku. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hidup aku, bukan kamu yang tentukan segalanya. Kamu juga insan lemah yang tiada apa.

coretan jiwa,
~shimnada, 3sept2011~

Khamis, 11 Ogos 2011

Layan Cerita Ramadan Terakhir

Hayatilah, indah senikatanya...

JANGAN LUPA NAMAKU

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati…

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……

Rabu, 3 Ogos 2011

Dari Happy, Jadi Muddy

Bukanlah saya ini orang yang amat bersabar. Namun, di bulan Ramadhan yang mulia ini saya sedaya mungkin meningkatkan kesabaran di dada. Tetapi pagi ini, saya sudah tidak dapat menahan lagi berang yang sudah lama membeku di otak. Mana tidaknya, kemarahan dihamburkan kepada saya. Sebelum marah, fikir dulu siapa yang salah! Saya telah menjalankan tugasan saya seawal pagi. Sekarang masa saya ke kelas untuk sesi pembelajaran anak murid saya. Salahkah saya jika saya tidak mengambil kertas-kertas yang telah di fotostat di pejabat hanya kerana saya baru sahaja turut dari kelas? Adakah saya tidak punya waktu sendiri yang saya pilih untuk melakukannya? Sedangkan dari pagi tadi orang tersebut masih belum datang. Kemudian menuduh saya tidak menjalankan tugas yang telah ditaklifkan di jembala saya. Saya tidak boleh menerima situasi tersebut.

Saya memang tidak mahu memaafkannya, kerana dia tidak mengaku kesilapan dirinya sendiri. Itu bukan salah saya dan bukan silap saya. Kalau kena pada anda juga, saya pasti anda akan terkesima dan terkejut. Culaskah saya dalam menjalankan tugas? Saya masih banyak pilihan lain. Itu bukan pilihan hati saya. Ambillah tugas tersebut jika dia memang seorang yang menjalankan tugas dengan baik. Benarkah? Tepuk dada, tanya iman. Bila-bila masa saya memang berlapang dada untuk melepaskan jawatan saya. Bukan saya kebulur sangat dengan semua ini.

Emosi masih tidak stabil. Saya mahu pulang dan bertenang di rumah. Doakan saya menjadi kembali bersabar. Saya berharap saya kembali normal. Ya Rabb, bantulah hamba-Mu ini. aminn

11.43 a.m, Jumaat, 5 Ogos 2011

Isnin, 4 Julai 2011

Telur Asin, Sambal Budu...

Bila kita baik,
Orang banyak cakap-cakap; itupun salah...
Bila kita jahat,
Orang ngata-ngata; bukan itukah yang orang nak?
Bila kita tegur,
Orang sakit hati; kita cuma nak betulkan...
Bila kita senyap,
Orang pelik pula; sedangkan angin dah naik sampai kepala...

Bila kita marah,
Orang cakap kita garang; mereka yang cari pasal,
Bila kita senyum,
Orang cakap kita gila; kita cuma nak sedekah,
Bila kita diam,
Orang pijak kepala kita; kita nak elak buat orang sakit hati,
Bila kita buat tak kisah,
Orang cakap kita tak ambil berat; bukankah pendapat kita tak diperlukan?

Bila kita makan kicap,
Orang cakap xpedas,
Sedangkan kita tak tahan makan pedas,
Bila kita makan sambal,
Orang cakap dah tukar angin,
Sedangkan kita belajar makan pedas,
Bila kita makan telur dadar,
Orang cakap tak sedap,
Sedangkan duit dalam poket tak siapa yang tahu,
Bila kita makan budu,
Orang cakap nak jadi orang Kelantan pula,
Sedangkan kita pernah beli masa belajar di sana dulu...

Bila kita makan mangga muda,
Orang fikir macam-macam,
Sedangkan pokok di rumah kita berbuah lebat,
Bila kita beli telur,
Orang ingat nak buat ubat alternatif,
Sedangkan kita nak buat telur asin,
Bila kita duduk sorang-sorang,
Orang cakap kita membela,
Sedangkan kita perlukan masa bersendirian,
Bila kita ziarah jiran,
Orang cakap kita buat ketupat palas,
Sedangkan kita membalas bekas lauk...


Itulah manusia di zaman ini,
Selagi tidak sampai ke telinga, bermacam-macam andaian yang tersasar dari keadaan sebenarnya. Sebaiknya, janganlah selalu bersikap demikian, kerana yang demikian hanya akan memburukkan suasana berjiran dan bermasyarakat. Semoga kita sama-sama menjaga dan memelihara rukuntetangga agar terus harmoni dan aman.

~salam tegur-tegur sayang~
sima md saad, 5 julai 2011