Popular Post

Isnin, 4 Julai 2011

Telur Asin, Sambal Budu...

Bila kita baik,
Orang banyak cakap-cakap; itupun salah...
Bila kita jahat,
Orang ngata-ngata; bukan itukah yang orang nak?
Bila kita tegur,
Orang sakit hati; kita cuma nak betulkan...
Bila kita senyap,
Orang pelik pula; sedangkan angin dah naik sampai kepala...

Bila kita marah,
Orang cakap kita garang; mereka yang cari pasal,
Bila kita senyum,
Orang cakap kita gila; kita cuma nak sedekah,
Bila kita diam,
Orang pijak kepala kita; kita nak elak buat orang sakit hati,
Bila kita buat tak kisah,
Orang cakap kita tak ambil berat; bukankah pendapat kita tak diperlukan?

Bila kita makan kicap,
Orang cakap xpedas,
Sedangkan kita tak tahan makan pedas,
Bila kita makan sambal,
Orang cakap dah tukar angin,
Sedangkan kita belajar makan pedas,
Bila kita makan telur dadar,
Orang cakap tak sedap,
Sedangkan duit dalam poket tak siapa yang tahu,
Bila kita makan budu,
Orang cakap nak jadi orang Kelantan pula,
Sedangkan kita pernah beli masa belajar di sana dulu...

Bila kita makan mangga muda,
Orang fikir macam-macam,
Sedangkan pokok di rumah kita berbuah lebat,
Bila kita beli telur,
Orang ingat nak buat ubat alternatif,
Sedangkan kita nak buat telur asin,
Bila kita duduk sorang-sorang,
Orang cakap kita membela,
Sedangkan kita perlukan masa bersendirian,
Bila kita ziarah jiran,
Orang cakap kita buat ketupat palas,
Sedangkan kita membalas bekas lauk...


Itulah manusia di zaman ini,
Selagi tidak sampai ke telinga, bermacam-macam andaian yang tersasar dari keadaan sebenarnya. Sebaiknya, janganlah selalu bersikap demikian, kerana yang demikian hanya akan memburukkan suasana berjiran dan bermasyarakat. Semoga kita sama-sama menjaga dan memelihara rukuntetangga agar terus harmoni dan aman.

~salam tegur-tegur sayang~
sima md saad, 5 julai 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan