Popular Post

Khamis, 8 Oktober 2009



Wow,
macam tak sangka je,
setelah 6 tahun tak bersua muka,
pada 27Sept2009 yang lalu,
kami telah ditemukan semula di dalam satu Reunion Batch 1999-2003...

Hmmm...
rasa terharu juga dapat jumpa kawan2 lama,
kawan gadoh masa di bangku sekolah dulu,
kawan ke kantin makan tauhu sumbat,
kawan makan bekal yang aku bawak!hahaha
kawan bersaing belajar dulu...
Pendek kata kawan adalah segalanya di sekolah dulu...

Rindu tak terkata bila jumpa kembali,
semua dengan gaya yang tersendiri,
imej baru,
mana taknya...
dulu budak hingusan lagi,
comot2, huhuhu
yang pendiam dah jadi kecoh!hahaha
macam tak caya je,
dunia dah berubah,
zaman dah mendewasakan anak2 generasinya,
iaitulah kami yang kian dewasa kini...


Hepinya....
Ni member gurlz aku...yang datang pada hari 2,
Comei2 dah semua nya..hahaha
Masing2 ada yang dah kerja,
Ada yang tahun akhir study,
Ada yang "tanam anggur",
Ada yang buat tahi mata!aku lah 2 kot,hik3

Tapi sedikit terkilan,
sebab tak dapat bertemu semua kawan2,
ada yang dah berkerja..setelah seminggu cuti berhari raya..huhu
ada yang sudah berumahtangga,sibuk mengurus suami dan anak2,huk2
ada yang kene penyakit MaLAS!hua3
Apa pun alasan dan halangan yang mereka berikan...
Tak mengapalah,
Setiap orang perlu membawa haluan dan jalan hidup masing2 dengan baik...
Ada yang perjalanan hidupnya lambat je,
so,xperlulah tergesa2 mengejar apa2,
Ada yang hidupnay terlalu laju,
sehingga dia sendiri tak dapat kawal halaju itu..
Hmmm,itu lah kehidupan...

Apa pun,
aku amat berharap,
kami akan bertemu lagi,
Membawa kejayaan masing2,
Agar kami sama2 dapat merasai benarnya...
Nikmat kepayahan dulu,
Tika itu....
Bukan kepalang kegembiaraan yang akan kami rasai...bersama2...

Teman,
Bagiku,aku bukanlah siapa,
Tanpa dikau semua...
Kerna,
Perjalanan hidupku,
Telah sekian lama,
Dihuni dan diwarnai,
Oleh warna2 persahabatan,
Waran2 girang ceria,
Yang aku harap akan tetap terang,
Dalam menemaniku mengaharungi jalan kehidupan...

Apakah mungkin,
Aku berdiri sendirian tanpa teman,
Tanpa Sahabat,
Aku kan goyah,
Kerna aku insan lemah,
yang perlukan bantuan makhluk bergelar TEMAN dan SAHABAT...


^$ aKU BerTeman,hiduP daLAM tERanG ;)



Khamis, 24 September 2009

Budak2 Nangoi!hak3


Aku ni bukannye penyayang sangat,
Aku da rahsia ....
hmmm,
nak tau?
Kadang2 macam xcaye je,
Aku ni xsuke pon budak2! hahaha
tapi aku kene mengajar plak budak2 nangoi ni...hishh
Rimas r dengan budak2...
Bising,Comot,ucuk!hua2
aku selalu terkene mcm keadaan ni...
Bende yang aku paling xsuke lah aku kene buat,huuuu

Kadang2 je best budak2 ni...
Lawak...
Tengok 2,pakai tudung sampai mcm 2 sekali!hak3
Aku selalu jugak berebot kuda jongket kat PASTI 2...heeee
Syok tau naik kuda 2,
Aku suruh depa main gelongsor je...hak3
Cikgu buli students....

Tapi pe pon,
Aku bukan lah cikgu yang xda hati perot!
Aku cian jugak kat depa ni,
Kadang2 mulot aku ni bingit jugak,
tapi tangan aku xpenah ler naaik lagi...hmmm
Baik jugak aku ni kan?
Walaupon xsuke,aku still boleh kawal perasaan aku,,
Kirenye profesional jugak lah aku ni...hehehe

Tapi yang paling aku xsuke bile orang tanye;
"Habis 2 mcm ne anak hang nanti?"
Ish,nak cakap aku buang,nauzubillah aku xkan buat mcm 2,
cakap husband aku kan ada,die je lah jage,,,
Tapi nanti smpai tua aku xkawen!hua2
Ada maid ke kat umah aku nanti?hmmm
Nanti kurang kasih sayang pulak anak2 aku...
Ape yea nak buat?
hmmm,
Keputusannya,
ape pon yang terjadi,
Ape pon perasaan aku pada budak2,
Aku tetap akan jage anak2 aku dengan baik,
Sampai depa jadi orang yang success dunia & akhirat...
Xsampai hati aku tengok anak sendiri jadi kucar,
Kalu e2 terjadi,
Maknenye,
Aku bukan Ibu yang baik,xcemerlang n Failed!
Oh,NO!!!!
So,
Dari skarang,
Srart small,be success....
Suke sikit2,lame2 sayang lah 2 kan,huuuuu

e2 lah hidup,
Nak atau xnak,
kite tetap kena buat keputusan..
Kadang2 2,
Yang kite xsuke buat 2 lah keputusan terbaik,
Jadi kene buat jugak lah...
Ape pon,
good luck buat aku & semua orang yang xsuke budak2,
Semoge,ada satu titik untuk kite semua mula menyayangi mereka yang CoMot 2...huk3

$ Walaupon merana,
Hidup tetap perlu diteruskan?":@


Ramadhan pergi,Syawal menjelma lagi...


Alhamdulillah...
Aku merafakkan kesyukuran dapat lagi aku menempuhi Ramadhan tahun ini,
Walaupun ini tahun kedua aku lalui tanpa ayah tercinta,
Tapi aku tetap akur dan bersyukur seadanya...
Namun,kesibukan yang perlu aku jalani sepanjang bulan ini,
Sedikit sebanyak melupakan aku tentang semua itu...
Walaupun setiap hari aku perlu menghadapi situasi yang lebih kurang sama,
Dalam kata lain agak membosankan,
Tapi aku perlu pasrah,
Kerna inilah jalan hidup aku untuk masa2 akan datang...

Tapi aku berasa agak ralat;
Hanya beberapa kali saja aku sempat mengerjakan Solat Taraweh,
yang dikerjakan sebulan saja setahun...
Kerja aku sepanjang hari,
Sehinggalah lewat pagi...
Aku sering tertidur dalam kepenatan,
Esok pagi,aku perlu segera bangun,
Selesai saja bersahur aku terus memulakan hariku dengan kerja2 yang masih bertimbun banyaknya...

Boleh dikatakan,
Ini tahun pertama aku bergelar pekerja!
Kerja sendiri,untuk orang ramai,
sekurang2nya dapat juga aku menabur jasa dan bakti kepada masyarakat,
Kadang2 aku gembira,
Bukan semua orang boleh buat seperti yang aku buat...
Lagipun,Semua kerja buat ini lah yang menjadikan aku,
Menjadi lebih matang dan berdikari...

Tiba2,
Hatiku berdetik...
Betulkah jalan yang ku pilih ini?
Benarkah aku sanggup hidup begini?
Berbaktikah aku pada mereka semua?
Tapi Fuadi ku bermadah gemersik syahdu...
"Redhakan diri dalam perjalan ini,
Walau ia sekecil bakti yang tidak dipandang tinggi,
Ingatlah,
Keberkatan dan Keredhaan itu hanya pada abi dan ummi,
Malah jangan kau kesali takdir hidup ini,
Kerna setiap insan pasti diuji...
Dan ini bukan lah ujian yang getir,
Hanya secebis darinya...
Maka,bersabarlah...
Setiap yang terjadi ada hikmahnya"

Sebulan semakin mengakhir...
Seolah semalam aku baru melelapkan mata di bulan mulai ini,
Kedengaran Syawal semakin berlari menghampiri ummah,
Dentam demtum mercun bertalu2,
Tapi aku tak pasti perasaan apa yang membendung jiwa...
Hati makin sayu,
Jiwa makin rindu,
minda makin celaru,
Ya!aku terkenangkan ayah...

Kami sekeluarga pergi menziarah pusara ayah,
sayu menyelubungi jasadku...
Ku titip doa buatnya,
Aku bicara dalam Qalb,
Ku rungkai rindu yang terbuku,
Ku cairkan sepi yang membeku,
"ayah,
kami datang...
kami sisipkan kenangan Ramadhan buat ayah,
Kami postkan jariah dari saku yang usang,
Kami sertakan ayah dalam kebajikan yang tak semana2,
Dengan harapan...
Bersenganlah ayah di dalam sana,
Berlapanglah ayah diteratak yang sepi,
Bercahaya teranglah mahligaimu yang asing bagi kami itu,

Namun,
Jauh disudut hati...
Ku pohon Doa restumu,
Redha darimu,
Ampunan dari dulu,
Agar aku tempuhi hidup yang lebih berkat,
Dan hidup yang aman...

Teringat aku sebelum beredar pergi,
Ku titipkan jua kalam ini,
"Ayah doakan kejayaanku dalam mengharungi hidup ini,
Aku baru berlapak sebagai Business Woman,
Restumu,ku pohon"
Aku terus berjalan pergi,
Sambil tersenyum penuh makna...
(^_^)

Inilah raya yang penuh bermakna dalam hidup ini
Walaupun masih dipenuhi kesepian dan keliru...
Aku pun,xfaham perasaan ini..
hmmm,
Yang pasti ia akan berlalu pergi,
dan akan kembali lagi...
Semoga aku dapat tanganinya dengan success!

+++ 1Rindu datang lagi,
1Rindu terungkai sudah###
Show All

Ahad, 24 Mei 2009

cinta yang hilang...



Dulu aku selalu meeting someone,
Kami dating tengah malam,
Aku tak mahu siape pon tahu,
Hubungan intim antara kami,
Biarlah rahsia...

Aku selalu bicara soal hati dan perasaan,
Die dengar aku,
Die tenangkan aku,
Die tak pernah bersuara keras padaku,
Die kekasihku yang satu...

Saban hari ku merintih,
ku merayu2 padaNya,
cinta ku pada Nya,
Tak berbelah bagi...

Disaat aku buntu,
Die pengingat ku pada nasihat2 yang baik,
Amaran2 yang ditegah agama,
Pendek kata,
Die memenuhi segala,
Kretiria pasangan idaman aku selama ini...

Lame2,
Aku dah jarang jumpe Die senyap2,
Kalau jumpe pon,
Aku mesti nak cepat2,
Aku bagi alasan mengantok,
Penat,
Macam2 lagi,
Tapi Die tak pernah memakse aku...

Hubungan kami makin renggang,
Aku mencari helah,
Aku temui Ish yang baru,
Aku telah pergi jauh dari Kekasih ku...
Aku sedar Die juga sibuk dengan tetamu2 gelapNya,
Yang hadir memohon pertolongan dariNya,
Aku tahu Die begitu pengasih dan pemberi,
Kepada sesiapa yang meminta kepadaNya,
Tanpa mengira pangkat,darjat dan keturunan...

Tapi,
Hati aku berubah arah,
Entah mengapa,
Aku masih tak puas hati dengan hubungan mesra yag terjalin,
Aku mencari cinta yang lain,
Aku berpaling pada janji yang ku bina sendiri,
Tapi Die akur,
Membiarkan aku pergi,
Mungkin sebagai mencari hibrah baru,
Walaupun begitu,
Aku sedar Die masih menyayangi aku...

Aku telah merelakan diri,
Hanyut dalam hubb,
Yang ku anggap lebih berbunga2,
Aku telah menjauh diri dari Die yang pernah ku tercinta dulu...

Duhai Kekasih jiwaku,
Aku ingin kembali lagi,
Seperti dulu,
Bermadah dan bermunajat,
BersamaMu…
Aku rindu saat itu,
Yang telah lama ku tinggal sepi,
Aku merayu,
Terimalah daku ,
Seperti dulu….

Lihatlah kea rah ku,
Renunglah dalam mata hati ini,
Aku memerlukan Mu,
Barang sedetik cuma,
Amat bermakna buat diri yang sepi tanpa cintaMu ini…

Oh Ish yang teragong,
Dengarlah daku,
Aku ingin dipimpin Mu,
DitegurMu,
Aku ingin Kau mendengar suara qalb ku,
Aku semakin parah,
Aku sakit tanpa Mu…

Moga saat yang terindah itu,
Akan kembali bersemi,
Dalam hidup yang ku lalui dengan Mu,
Oh Allah cinta yang Teragong…

Khamis, 21 Mei 2009

Biz minded umat Islam...

Usia bukan jadi penghalang untuk kita menggerakkan sesuatu usaha yang boleh menjana pendapatan. Cuma yang menjadi penghalang diri ialah tekad dan keyakinan diri terhadap apa yang ingin kita lakukan. Seringkali kita gagal melaksankan sesuatu yang kita rancangkan pada awalnya hanya kerana rasa takut dan bimbang yang menyelubungi diri.

Namun sebagai umat Islam yang berfikiran kehadapan,kita seharusnya ingat;bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik sepanjang zaman. baginda ialah seorang peniaga yang cemerlang. Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu?!


Janalah pemikiran perniagaan dalam minda kita,agar kita dapat berusaha membuktikan bahwa Nabi s.a.w adalah contoh terbaik yang kita ikuti. Tapi apa yang kita dapat lihat sekarang,umat ini kurang gemar dan kurang selesa digelar peniaga. Mereka merasakan profesion ini tiada standard yang tinggi. Selain itu, kita tidak tegar untuk menanggung risiko dan kepayahan masa depan untuk memegang sebuah kejayaan...

Umat Islam kini semakin mengasihankan...

Kita telah didedahkan dengan pelbagai ketakutan sejak kecil, sehingga kita menjadikan ketakutan itu harus kekal dalam diri kita,selama-lamanya. Tapi ini prinsip yang tersasar! Walau apa pun yang sedang menghantui benak kita sekarang, kita perlu menyedakan diri segera! Ekonomi kita semakin terancam... Jika kita masih lena dibuai mimpi, maka kini kita perlu membuka mata seluas2nya. Lakukan anjakan paradigma. Tidak kira apa yang kita akan lakukan, kita perlu menjadikan setiap gerak kerja kita kini, sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan hasil dan manfaat buat diri kita dan seterusnya agama yang kita cintai ini.

Perjuangan baru bermula...

Buangkan seketika perasaan takut gagal dalam usaha yang dijalankan, kerana apa yang kita lakukan perlulah yang terbaik. Namun sekiranya jiwa kita dibelenggu dengan pelbagai rasa yang kurang enak dan negatif, maka kita tidak mampu memberikan yang terbaik dalam usaha kita. Malah,ia akan kelihatan seperti "hangat2 tahi ayam"...

Kita perlu mengubah posisi ekonomi umat Islam kini. Menjadi kewajipan kita dalam menyokong produk umat Islam agar ia mampu bertapak dan berdiri sama hebat dengan produk2 keluaran orang bukan Islam. Apa yang ditakuti kini, uamt Islam sendiri telah lama hidup dan tenggelam dalam barangan yang kadang kala tidak yakin kehalalannya, namun ia telah menjadi darah daging yang sebati dan tepu dalam jiwa2 kita sendiri.

Impak yang amat besar yang perlu kita sebagai uamt Islam tanggung dalam diam adalah kelahiran generasi yang runtuh akhlak. Maka tidak mampulah lagi kita untuk membangunkan "business minded" berteraskan agama yang mulia ini.

Ketahuilah "business minded" yang diajarkan oleh Nabi s.a.w adalah cara yang "the best of the best" in the world, tiada penipuan, korupsi, distriminasi, dan segala macam perbuatan keji. Malah ingatlah modal yang dilaburkan Nabi s.a.w dalam perniagaan Baginda adalah
KEJUJURAN, KEJUJURAN, dan KEJUJURAN...

Jadi apa lagi yang kita ragukan, dengan berbekalkan modal tanpa sesen pun,kita sudah mampu memulakan "biz minded" dalam diri kita seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Ini sunnah yang besar ganjarannya, jadi kita tidak perlulah bimbang dan rasa rugi. Malah mereka yang menafikan perniagaan yang kita jalankan itulah yang patut memiliki rasa sedemikian rugi kerana tidak memilih perniaga yang sejujur KITA SEMUA...

% Kita berniaga cara Nabi s.a.w= untung tanpa batasan ++$

Rabu, 13 Mei 2009

semalam,hari ini dan akan datang...


Ah,
lengoh2 badan aku xlega lagi..
walaupon dah 2hari berlalu latihan kete kali ke2,
aku teralu gelabah,
2 yang jadi sakit2 sangat badan ni,huhuhu
xpe lah,baru kali ke2 aku bawa kete,
mstilah takot gak,
yelah drive kat mean road...
dah r berselisih dengan lori2 besar,
takot gile,
kecot2 gak perot aku dibuatnye..
sampaikan abg.din;cikgu yang ajar aku 2
cakap aku ni,berani tapi takot!huhuuu

Aku xsabar sebenarnye nak dapat lesen P,
mase aku g wat lesen L tempohari,
gumbira gle rasenye hati aku...
aku dah boleh memandu kat jalan..hihihi

Tapi pag semalam,
sepatotnye aku da latihan,
tapi abg.din xdapat dtg,
cz anak die kene check mate kat hospital..
uh,cian..moge2 cepat semboh..
walaupon aku xlah tanye lebih2,sakit pe anak die 2...

Tapi,
punyelah bersemangatnye aku hari tu,
aku ciap kul4 lagi..
Sedangkan,abg.din akan dtg dlm area kul8.15!
Lihatlah betapa semangat aku ciap...haha
tapi hari ni pulak cancel..huhu
xpelah,maybe ada halangan y Dia xmahu aku terlibat,kan?
hmm...
pe pon,kite kene fikir positif n berfikiran terbuka
dengan segala yang kita hadapi...
semuanya ada hikmahnya...

Hari ni,
aku dah targetnak siapkan menjahit,
2pasang lagi baju tempahan yang still xsiap lagi..
Kadang2 malas 2 datang jugak,
yelah melawat aku yang dah lame jadi rajin sejak duk kat uamh ni...hihii
TApi aku xleh terime lagi,
kunjungan "malas"...
cz skrg aku kene jadi kawan baik "rajin" je,
kat uamh dah semakin busy...
mane x nye,
kenduri dah xlame lagi,
tapi macam xda ape je yang akan berlaku kat umah ni,
kami mcm xready langsung..
kalu kak Ta tau,mesti da cket terase kat hati die..huhuk
Pe pon,kami akan cube wat yang terbaik untuk kenduri pertama kat uamh kami ni...

Yang paling gumbira bile aku dengar,
Datok akan datang seminggu sebelom kenduri berlangsung..
lame sangat aku xjumpe Datok,
juz tengok dlm gambar je,
nanti boleh lah aku lepaskan
segala kerinduan kau pada Datok,
walaupon,
hati di sudut kecil hati aku,
xsempat bertemu nenek,
die pergi dulu...
moge rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat dari Ilahi..
aminnn...

Selasa, 12 Mei 2009

Sejarah pasti berlalu


Bile dah semakin besar ni,banyak perkara waktu kecil2 dulu yang kita lupai….Kita berfikiran bahawa “yang lepas biarkan berlalu,yang sedang dihadapi haruslah dinikmati habis2an”….dahsyat betul 2….

Tapi bagi aku,apa yang tersemat sebagai sejarah dalam hidup aku akan terus segar dan mekar sampai bila2…Kita membesar atas dasar pengalaman lalu jua…Kalau tidak kita tak akan merasai apa yang kita nikmati hari ini..So,kita perlu juga pandang ke belakang!Bukan untuk berundur dan mengalah,tapi mengambil apa yang patut kita ambil sebagai pengajaran dan pedoman….Prosessor minda aku akan sentiasa memainkan pelbagai memory yang aku hampir2 lupa…Bukan sahaja yang manis,malah yang pahit,payau,tawar,kelat semuanya terus menjadi lagu favorite dalam hidup aku…


Aku masih teriyang2 ditarik di atas upih kelapa yang jatuh dekat tepi rumah kami….Setiap petang kami selalu main konda-kondi…best!!!Entah masih wujud pada generasi sekarang aku pun kurang pasti….Aku ada 1 parut di hujung kening sebab terkena kayu yang dipukul 2….huhuhu budak degil….kenangan…

Jerit pekik mak yang memanggil nama ku semasa aku sedang asyik dengan “dangau2” di bawah rumah papan Felda masih segar di ingatan…Perut kosong terasa sentiasa penuh dengan tawa dan fantasi kanak-kanak waktu itu…Pokok duit2,bunga siantan,bunga kertas semuanya menjadi mangsa kami….Lepas main mesti mak membebel panjang sebab halaman jadi berselerak tarak tak terurus…kami pula,larikan diri…masing2 tak mahu kemas,main je nak!hahaha kesian mak time 2 terpaksa melayan karenah anak2 yang macam2 ragam…Tapi mak tetap ibu yang terhebat kat dunia ni!!!tabik spring!hemmmm….indah sungguh memory 2…


Aku ni antara anak yang paling ganas + nakal + buas dan macam2 lagi…Pokok mane yang tak ditawanku?Tak ada!…Semua telah ku tawan sejak kecil lagi…hehehe Bila dah besar ni, apabila benakku memutarkan pitanya,aku malu sendiri dan hampir tak percaya semua 2 aku yang buat!!!Sekarang ni aku dah “ayu”…hihihi

“Merahnye jambu 2…” aku tak pernah berfikir banyak bila dipinta memanjat…Dalam fikiranku tidak pernah memikirkan aku akan ‘jatuh’, senang cerita…tiada istilah jatuh dalam kamus hidup aku…Malang tidak berbau, aku tersalah langkah…dan aku terus terjunam macam helang nak sambar ayam!Habis semua jambu yang aku dah kumpul dalam baju tadi…bertaburan di bumi…Ya Allah,,,,ape yang terjadi…Aku terkaku dan membisu seribu kata….Aku Cuma nampak kepala2 yang sedang memandang aku dari atas…Aku terjatuh atas kyu api getah yang masih keras…Entah siapa yang angkat, aku tak sedar, yang pasti aku dah berada di dalam rumah dan emak sedang menguru2 pinggang aku….Tapi,aku tak kenal erti “serik”, petang itu aku dah berlari2 nak buat aktiviti yang lebih kurang sama…Tapi mak marah…Aku pun merajuk…huhuhu


Perkara yang paling aku suka buat dulu,bila dah kena marah @ aku merajuk,aku akan habiskan masa berjam2 di atas pokok jambu batu dekat rumah Mak Andak; jiran yang paling aku rapat….aku rasa tenang je….angin pula sepoi2 terkadang kencang aku akan berpaut kuat2…sambil mengunyap buah jambu yang memanjang melekat di tangan….hehehe

Indahnya saat 2…

Bila aku di alam remajaku….aku pernah saksikan sendiri macam mana ayah tempeleng pipi kakak aku….Air mata dia jatuh berguguran di pipi,aku terkaku….Tapi masa 2 macam tak adil,dia tak sempat nak menegakkan dirinya….kesian sangat pada kakak…aku turut rasa nak menangis….Tapi alhamdulillah, aku tapi pernah kena sampai aku dah besar panjang ni….Mungkin ayah juga ada sebab dan alasannya sendiri…

Hemmm… bilelah kite nak rase lagi semua perkara macam 2…


Sekarang hati aku ni ayik teringat pada datuk je…

Aku pon tak pasti kenape, sedangkan aku pernah jumpe datuk 2 kali je seumur hidup ni…

Aku berdoa moge2 die sihat walafiat selalu…

Tapi aku RINDU SANGAT!!!!

Aku ada belajar dulu, kalo rindu pada orang,

Kite send rindu 2…dengan pejam mate dan ingat pada orang 2…hehehe

Insya-Allah rindu 2 akan sampai pada die…

May be die pon rase perasaan yang same yang kite rase pada die 2…fuhhhh…

Ajaib betul hidup yang Allah ciptakan untuk kita ni…


i +bersyukur jadi insan bersyukur(^^,)

Ni kisah dulu,

Aku ungkap kembali,sebagai peringatan diri...


28 April 2008

Jom kite fikirkan….tentang ape yang aku nak ceritekan dekat sini…

Alamak penat juga hari ni…aku terkejar2 nak pergi kelas…

Dah lah kelas street je hari ni…huhuhu

Banyak lagi kerja yang aku tak settle kan….

Ish,tak baik mengeluh….tak pelah anggaplah semua ni ujian semasa belajar…hehehe

Fuh,habis dah kelas hari ni….

Ada pulak member ajak aku pegi jalan2 ke Kubang Kerian…

Eh,ni peluang…tak boleh dilepaskan macam 2 je…

Lagi pon aku bukan selalu pegi jalan2 ni….

Paling tidak ke Kota Bharu je lah yang aku pegi…

2 pon hari Jumaat je; aku pegi dengar Khutbah Tok Guru Nik Aziz….

Sedapppp..hahaha

Mak cik ni kasi kitorang kerete yang KO!

Kami cakap nak yang lain…

Tapi die bertegas.

Tak boleh!

Ada orang lain nak guna…

Alah,macam tak biasa je kami sewa…

Bagi kerete yang cikai pulak…

“Kene main clach” dari ape yang diorang cakap lah…hehehe

Kami pasrah jugalah…

Dah nak naik kereta,diorang ingatkan aku pasal aktiviti sakan petang ni…

Kami dalam Minggu Kebersihan & Keceriaan Kolej Kediaman sekarang…

Ade ke diorang lantik aku jadi AJK program ni…

Hahaha macam lawak je….

Aku ni bukan xpert sangat dalam keceriaan ni…

Aku jadi AJK Pengisian plak 2…

Dah lah,bukan 2 yang aku nak bagi tau kat sini..

Tapi,pasal aku ambil ringan kerja @ amanah yang orang bagi pada aku…

Aku buat muke slumber & poyo je…malas….huhuhu

Aku pon kadang2 kalo datang mood malas…

Semua kerje tak menjadi….

Destinasi kami adalah nak pegi rumah mak sedare member aku yang sorang lagi ni…

Kami pegi 5orang,

Kami dah pernah pegi sana,so die ajak lah pegi lagi….

Tapi syok juga,dapat present plak dari “induk” 2…hehehe

Yang kesian nye,anak buah die tak boleh tau…huhuhu

Semoge murah rezki Induk 2…aminnn

Lame juga kami dekat rumah induk…

Dan,kami pon mintak izin nak balik….

Tak boleh balik lambat2,nanti pagar tutup..hahaha

Lebih kurang jam5,kami singgah Maybank…

Nak bank in duit niaga abang member aku tadi…die jual “maksum”

Alah…stoking tangan 2…hehehe

Bende 2 lah yang induk kasi pada kami tadi….

Made in Mesir!!!

Sekarang dah hampir jam5.30ptg…

Kami pegi isi minyak cikit je kali ni…RM2!

Selalunye RM3 untuk pegi+balik…

Haha jangan tak percaye…


Selalunye petunjuk minyak dalam kerete sewa ni rosak…

So,kami tak ambil pusing sangatlah…

Tapi,kali ni radio pulak yang ok!

Syok habis lah 2 boleh dengar muzik…ish3

Teruk lagi akhlak kami ni….

Tapi bukan yang keterlaluan…


Bile dah nak sampai kolej,

Kami hidu bau busuk..

Kami ingatkan ada orang dekat kampung2 sebelah 2 buat open burning!

Tapi bau 2 tak hilang2 lagi walaupon kami dah jauh dari tempat 2….

Ish,risau dibuatnye…

Kami cepat2 berhenti dekat bahu jalan…

Memang tak syak lagi!!!!

Kereta kami yang keluarkan bau 2!!!


Alamak,nak buat ape ni?!panik jugalah…

Kami cube buka enjin kerete…

Berasap maaaa….takut gile…

Kami syak air kerete kering…nak buat ape?!

Owner kerete ni pn satu,

Tak ready air langsung dalam kerete…

Tak bagus punye service…

Kami pulak yang terpaksa pertaruhkan nyawa…

Die langsung tak nak bertanggungjawab atas kami…

Tak patut betul….

Akhirnye kami cool kan diri…

Member kitorang yang baik dengan seorang student lelaki ni pon call…

Buat panggilan kecemasan..

Nak minta tolong…

Bile budak laki 2 sampai dengan sorang lagi kawan die…

Diorang check lah kerete 2…

Rupenye,tekaan kami betol!!!

Tapi nak wat ape dekat tepi jalan ni?!


Kawan aku yang 2orang ni;

Sempat lagi pegi beli burger!

Lapar sangat maaa…

Nasib kami baik….

Ada seorang lagi staff kolej lalu…

Die tolong kitorang…

Diorang pegi mintak air suam dekat restoran yang terdekat…

Mulenye…

Isi seplastik air je,

Tapi tak cukup plak…

Bile diorang mintak lagi…

Kakak dekat kedai makan 2 kasi sejug air!!!!

Macam nganying(perli) je…

Lantak lah,janji kerete boleh jalan…hahaha

Punye lah bestnye…

Dah nak balik hostel…hahaha

Ape taknye kami semua tak solat asar lagi…huhuhu

Lambat sangat dah ni…

Tengok jam kat henset,

Fuh dah dekat kul6.30!!!

Bile start je enjin…

Tak hidup!!!

Ish,tadi berkali2 pak cik 2 start boleh jer…

Tapi,diorang dah balik…

Kenape pulak ni???

Panasnye 1 badan…

Hati dah terbakar sangat..

Malu pon ada…

Dok tercongok dekat tepi jalan 2…

Ramai nye orang yang tengok2…

Paling geram;driver bus…

Siap gelak2 lagi…huhuhu

Kami keluar semula dari kerete…

Muke dah macam cuke…

Badan pon dah hangit macam enjin 2,

Perut tak terkate laparnye…

Berkeroncong!!!

Tetibe je husband owner 2 datang…

Nasib baik jugak lah kami fikir…

Tapi hati dok ngata jugak…

“lambat betol,kalo terbakar dah tinggal abu je agaknye!”

Jahat lagi 2…

Tak insaf…hahaha

Mak oiii…

Mulut die macam tak da insurans betol!

Die marah2,cakap kami careless…

Ish…(tak nampak api ke kat kepale kami ni?!)

Die cakap minyak tak ada!!!

Alamak…confuse jugak…

Tapi xsampai berape minit pon kami isi minyak tadi…

Macam mane boleh jadi macam ni?!

Pening kepale aku…

Dah lah tak paham 1 bende pon tentang kerete…huhuhu


Korang tau x….?!

Aku kalo bengang,malas dah nak layan…

Tapi kadang2 makin laser juga mulut ni…

Nasib baik lah orang tua kan

Hormat lagilah….

Aku bukan teruk benar….


Pak cik 2 pegi bengkel dekat depan 2…

Nak beli minyak katenye…

Biarlah die buat sorang…

Sekali lagi nasib baik…

Kawan pak cik staff tadi lalu…

Die tolong…

Tapi aku dah tak tahan nak duduk dekat situ…

Tengok muke husband owner 2…


Wah….

Macam kenal?!

Kawan aku ada bagitahu…

Die ada nampak sorang senior dekat kedai makan 2…

Time die beli burger tadi…

Hehehe

Kami tahan senior 2…

Kene buat muke tak malu je lah time 2…

Kami tak solat lagi…huhuhu


Apelah dose kami…

Ya Allah,ampuilah dose2 kami…

Aminnn…

Bile die berhentikan je kerete…

Aku dengan sorang member pegi mintak tolong…

Hantar ke masjid…

Nak solat…

Hati die baik…

Die pertimbangkan…

Dan….kawan die kene turun…


Kerete antic!

Susah juga nak naik…

Tapi best juga…

Meraselah…kalo tidak,bile nak dapat naik…hehehe

Hanya Allah dapat membalas jasa senior 2…

Akhirnye..

Kami selamat solat…alhamdulillah…

Hari 2 kami macam kaki rayau je…

Tak beli makan malam lagi…

Tapi kerete tadi tak settle lagi!!!

Aku ingat dah OK!


Rupenye,pak cik 2 buat cerite mitos pulak pada isteri die…

Sampai hati betol!!!

Macam lah kami nak cari pasal dengan die….

Bile nak bincang tentang bayaran…

Kene khutbah magrib pulak…

Apelah nasib…

Die tak ngaku salah die tak ready air dalam kerete 2…

Kalo tak pon…

Service lah sebelum bagi orang sewa…

Kami bayar gune duit juga!!!

Bukan gune air liur je….

Atau pasir dekat rumah die 2…huhuhu

Kawan aku sampai lembek tak larat…

Kesian betol….

Rase macam serik betol nak sewa kerete dekat mak cik 2…

Tapi tak da tempat lain…huhuhu

Nasib lah…

Tapi moral yang aku dapat dari ape yang terjadi ni:

  • Bile azan teruslah solat+cari tempat solat(kalo dalam perjalanan)

lebih baik masjid lah…

  • Jangan ambil ringan amanah yang orang bagi…kite memang mampu buat…
  • Biar ape pon orang buat pada kite,balaslah dengan kebaikan,tak rugi pon…

Kalo tak dapat balasan di dunia…akhirat itu pasti…

  • Perlu tebalkan sifat sabar dalam diri,because tak ada ape pon boleh berubah hanya kerana rase marah yang kite pamerkan…ia hanya akan memburukkan keadaan.
  • Jangan mengeluh…Allah benci hamba yang suka mengeluh….tidak bersyukur maknanya…

Wallahhu‘alam bissowab…

Dlm takut, ada gembire...



Hai sume...
akhirnye dapat jugak aku tulis bolg aku ni setelah sekian lame aku wat..kui3
Bz giler dok kat uamh...
Xda mase nak buang mase,
siang aku sentiase fit dgn xtvt,
malam...
aku g kilang wat taik mate dgn cepatnye...
ngantok cpt je dtg,
so aku pon on je lah...hahaha

Skarang aku amek lesen memandu kete...
syok jugak
tapi aku ni cepat gelabah puyuh...hahaha

Xpe,belom pandai lagi,kite buat dulu...

1st time dlm hidup aku tekan2 break kete,
cluch,minyak kete...
ohoho,interesting!!!

Aku harap aku dapat wat sume ni dgn lancar,
lagi pon aku cume da xsampai sebulan je lagi nak habiskan sume ni...

Moge2 mudahlah aku dapat wat dgn cemerlang,
nanti dapat jalan2 bawak kete plak...
even aku xpandai pon drive motor..hahaha

Ingat lagi aku jatuh motor,
aku terlanggar pasu kat depan umah 2,
mgamok sendiri aku,
entah nak marah sapa,
aku yang xreti,hua3
at last,aku decide xnak blaja dah...

Tapi teringin gak,
bile aku mintak diorang ajarkan,
sapa pon xnak ajar dah,huk3
pakse rele ja lah hati ni...
pasrah je...huhu
xpelah,lupekan je,
mak aku pon xkasi bawak motor...
aku kan anak mak,
so roger n out lah!haha

Anywhere,aku kene bagi fokus,
kalu sume nak kejar,
tapi xok,
wat per,
so,FOKUS pada sasaran...hehehe

*Aku nak maju,korang ikot aku++