Popular Post

Khamis, 21 Mei 2009

Biz minded umat Islam...

Usia bukan jadi penghalang untuk kita menggerakkan sesuatu usaha yang boleh menjana pendapatan. Cuma yang menjadi penghalang diri ialah tekad dan keyakinan diri terhadap apa yang ingin kita lakukan. Seringkali kita gagal melaksankan sesuatu yang kita rancangkan pada awalnya hanya kerana rasa takut dan bimbang yang menyelubungi diri.

Namun sebagai umat Islam yang berfikiran kehadapan,kita seharusnya ingat;bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik sepanjang zaman. baginda ialah seorang peniaga yang cemerlang. Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu?!


Janalah pemikiran perniagaan dalam minda kita,agar kita dapat berusaha membuktikan bahwa Nabi s.a.w adalah contoh terbaik yang kita ikuti. Tapi apa yang kita dapat lihat sekarang,umat ini kurang gemar dan kurang selesa digelar peniaga. Mereka merasakan profesion ini tiada standard yang tinggi. Selain itu, kita tidak tegar untuk menanggung risiko dan kepayahan masa depan untuk memegang sebuah kejayaan...

Umat Islam kini semakin mengasihankan...

Kita telah didedahkan dengan pelbagai ketakutan sejak kecil, sehingga kita menjadikan ketakutan itu harus kekal dalam diri kita,selama-lamanya. Tapi ini prinsip yang tersasar! Walau apa pun yang sedang menghantui benak kita sekarang, kita perlu menyedakan diri segera! Ekonomi kita semakin terancam... Jika kita masih lena dibuai mimpi, maka kini kita perlu membuka mata seluas2nya. Lakukan anjakan paradigma. Tidak kira apa yang kita akan lakukan, kita perlu menjadikan setiap gerak kerja kita kini, sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan hasil dan manfaat buat diri kita dan seterusnya agama yang kita cintai ini.

Perjuangan baru bermula...

Buangkan seketika perasaan takut gagal dalam usaha yang dijalankan, kerana apa yang kita lakukan perlulah yang terbaik. Namun sekiranya jiwa kita dibelenggu dengan pelbagai rasa yang kurang enak dan negatif, maka kita tidak mampu memberikan yang terbaik dalam usaha kita. Malah,ia akan kelihatan seperti "hangat2 tahi ayam"...

Kita perlu mengubah posisi ekonomi umat Islam kini. Menjadi kewajipan kita dalam menyokong produk umat Islam agar ia mampu bertapak dan berdiri sama hebat dengan produk2 keluaran orang bukan Islam. Apa yang ditakuti kini, uamt Islam sendiri telah lama hidup dan tenggelam dalam barangan yang kadang kala tidak yakin kehalalannya, namun ia telah menjadi darah daging yang sebati dan tepu dalam jiwa2 kita sendiri.

Impak yang amat besar yang perlu kita sebagai uamt Islam tanggung dalam diam adalah kelahiran generasi yang runtuh akhlak. Maka tidak mampulah lagi kita untuk membangunkan "business minded" berteraskan agama yang mulia ini.

Ketahuilah "business minded" yang diajarkan oleh Nabi s.a.w adalah cara yang "the best of the best" in the world, tiada penipuan, korupsi, distriminasi, dan segala macam perbuatan keji. Malah ingatlah modal yang dilaburkan Nabi s.a.w dalam perniagaan Baginda adalah
KEJUJURAN, KEJUJURAN, dan KEJUJURAN...

Jadi apa lagi yang kita ragukan, dengan berbekalkan modal tanpa sesen pun,kita sudah mampu memulakan "biz minded" dalam diri kita seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Ini sunnah yang besar ganjarannya, jadi kita tidak perlulah bimbang dan rasa rugi. Malah mereka yang menafikan perniagaan yang kita jalankan itulah yang patut memiliki rasa sedemikian rugi kerana tidak memilih perniaga yang sejujur KITA SEMUA...

% Kita berniaga cara Nabi s.a.w= untung tanpa batasan ++$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan