Popular Post

Jumaat, 30 April 2010

1 Mei


Salam buat pembaca yang setia...

Selamat Hari Pekerja semua. Hari ini ramailah yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan hari bahagia mereka, serta mejalankan pelbagai aktiviti bersama keluagra tercinta. Maklumlah, semua orang sedang bercuti. kalau tidak digunakan sebaik-baiknya cuti sebegini, mungkin lambat lagi lah hendak menunggu cuti untuk bersama; pada hari raya @ cuti panjang persekolahan...

Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari meraikkan hari bahagia rakan-rakan saya yang jatuh pada hari ini; Siti Aisah Hanipiah & Jurina Yusof. Apabila telah menjangkau usia 24 tahun, ramailah yang mengambil keputusan menamatkan zaman bujung. Gembira apabila melihat mereka yang sudah naik pelamin. Sudah tentu hati bahagia & ceria menyelubungi mereka. Semoga mereka dapat melayari hidup berumahtangga dengan tenang & matang. Cabaran pasti datang, namun cara kita menanganinya sahaja yang akan menentukan kesan sesudahnya. Jadi jangan cepat melatah ya. :)

Tidak kurang juga seronok apabila ramai rakan-rakan seangkatan saya dahulu turut hadir. Walaupun saya tidak berkesempatan bertemu mereka di majlis kenduri tersebut, namun dengan lapang hati mereka sudi datang berziarah ke rumah saya, itu pun kerana rumah say berhadapan dengan rumah kawan yang bernikah tersebut. Jadi bertuah juga rasa badan. Bertemu kembali dengan teman-teman lama cukup membuatkan saya terhibur. Rasa tidak sangga juga menerpa ke jiwa. Sudah hampir 7 tahun kami tidak bersua muka. Masing-masing telah berubah, gayanya, penampilannya & macam-macam lagi. Tapi, menurut mereka, saya tidak pernah berubah sejak dulu, saya masih sama begitu. Terfikir saya dibuatnya, apakah saya tidak mahu berubah? hmmm Tidak, saya berubah cuma peribadi saya saja yang tidak berubah. Setiap kali zaman berubah, saya turut berubah tapi saya tidak pernah mengubah jati diri saya Itu yang pasti! :)

Apa pun, saya bahagia di saat orang lain menbina hari bahagia. Saya amat berharap persahabatan tidak akan lekang dari hati-hati kami semua, walaupun masing-masing telah disibukkan dengan kerjaya sendiri. Semoga cuti ini memberi kita semua 1 inspirasi untuk menghadapi hari esok. Cuti ini, semangat dikumpul bagi usaha untuk teruskan hidup yang lebih mencabar... Namun, rehatkan minda dari segala masalah yang membebankan seketika. Ia pasti lebih berharga.

Selamat beristirehat,

Rabu, 28 April 2010

Keliru


Salahkah tindakan saya selama ini? Ataukah setiap tindakan yang saya ambil memang salah? Hati saya menjadi keliru dengan apa yang saya lakukan sekarang. Apakah perlu saya teruskan atau berubah arah? Tapi, sejak mula-mula tindakan ini saya ambil, saya telah patrikan di dalam hati bahawa "semua yang aku lakukan ini adalah semata-mata kerana Allah untuk mendapatkan keberkatan" dari seorang yang bergelar Ibu...

Berbaloikah pengorbanan saya sebegitu? atau saya perlu berkorban lagi, dan menambahkan pengorbanan? Walaupun apa yang telah saya lakukan itu masih tidak berbuahkan hasil yang lumayan. Masih tidak cukupkah pengorbanan itu untuk meraih kejayaan yang lebih dari sekarang? Kerana, saya masih berada di takuk yang tidak begitu memberangsangkan.

Mungkinkah jauh lagi perjalanan kejayaan yang harus saya tempuhi? Saya telah mengimaginasikan bibit-bibit jaya itu dalam minda separuh sedar saya, tapi tidak seriuskah saya untuk menggapainya? Seingat saya, hampir separuh hidup saya kini saya pertaruhkan untuk mengecapi impian bukan sekadar impian saya tapi lebih kepada impian Ibu. Saya telah merelakan hidup saya menjadi sebahagian daripada hidup Ibu...

Harapan merialisasikan impian Ibu sudah menjadi keutamaan dalam diri saya kini. Saya tidak menyesal, tapi apa yang membuatkan saya jadi keliru kerana ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Sudah masakkah saya berfikir? Tidak rasa buang masakah di rumah sepanjang hari? Berbaloikah upah cukup makan pada tanggapan mereka ini? hmmm

Ramai orang melihat apa yang saya lakukan kini adalah "kerja bodoh", saya seperti tidak melihat & memikirkan masa depan saya yang bakal terjejas lantaran keputusan yang diambil. Tapi, semua yang saya buat ini juga adalah masa depan saya & keluarga... Kalau itu saja yang boleh saya buat pada saat itu, Ya saya sanggup. Sebab apa saja yang bakal terjadi dalam keluarga ini, akan memberi kesan yang lebih parah dalam hidup saya.

Jadi, biarlah apa pun yang ditanggap orang tentang hidup saya, saya tetap bersyukur kerana saya masih mampu melakukan sesuatu untuk kemaslahatan hidup orang lain juga, saya tidak pentingkan diri sendiri. Meskipun kerja saya tidak seglamor orang lain, tapi saya cukup bahagia dengan apa yang saya lakukan ini. Saya berurusan dengan orang lain, tapi saya bekerja dengan diri saya; seorang diri. Tapi, hasil kerja saya adalah untuk kebaikan orang lain. Saya rasa ini adalah semulia kerja yang dapat saya lakukan selagi nyawa masih dibadan.

Wahai semua insan, ingatlah bukan keji kerja yang lekeh, tapi kerja yang keji memang lekeh. Saya berbangga berusaha sebegini tanpa perlu melakukan kerja-kerja yang tidak sah menurut syarak. Saya berkerja untuk menutupi aurat-aurat anda semua... ;)

Saya yang bangga,

Khamis, 22 April 2010

Penyakit; Penghapus Dosa

Salam keceriaan & kebahagiaan buat semua pembaca...
Kita sering kali ditimpa pelbagai penyakit. Ada yang membuatkan kita tidak bisa tidur, tidak selesa, pedih, mengerang kesakitan & macam-macam garam lagi. Namun, kita tidak sedari, disebalik semua itu tersembunyi pelbagai sebab & musababnya. Sebaliknya, apabila kita dirundum sakit, hati terus-terusan mengeluh & bersedih. Tidak ramai yang bersyukur atas nikmatnya sakit.

Mengapa saya katakan sakit itu adalah nikmat? kerana apakah orang yang sihat akan merasai kesakitan? Jawabnya pasti tidak. Itulah salah satu hikmah sakit kepada yang sakit. Mereka terpilih & dipilih untuk menanggung sakit dari sebab penyakit yang dihidapi tersebut. Alhamdulillah... Walaupun begitu, janganlah pula kita mencari sakit disaat kita telah diberikan untuk menikmati nikmatmya sihat. Jadi, apa saja keadaan kita, bersyukur itu perlu.

Apakah signifikannya saya katakan penyakit penghapus dosa? Mari kita amati...

1)Bagaimanakan keadaanya orang yang sedang sakit?
= Mereka lemah tidak berdaya, jadi mereka akan punya masa hanya untuk memikirkan kesakitan yang mereka alami lebih dari segala. Hal orang lain tidak tersenarai dalam minda untuk difikir & dibicarakan. Terhapus 1 dosa.
= Mereka juga lemah kerana akan kurangnya makan. Hal ini akan membuatkan perut kosong (macam orang berpuasa) Akan menjadikan pesakit lebih dekat & ingin kepada Allah yang Esa. Kebergantungan yang tinggi akan dipasakkan kehadrat Ilahi. Menambah pahala.
=Masa untuk berzikir lebih banyak dari berborak kosong saperti ketika sihat.
=Amal-amal sunat juga akan selalu ditingkatkan @ dilakukan bila ada kesempatan.

2)Mengapa mereka diberi sakit?
= Kaffarah(penghapus) dosa-dosa kecil yang lalu. Hilang beberapa dosa.
= Mengingitkan kepada kematian.
= Setelah lama sihat, perlu digantikan kepada sakit agar kita sedar bahawa hidup bukan statik (tidak tetap) Hidup ini beredar, jadi pasti berlaku segala macam pertukaran samada yang dijangka @ diluar jangkaan kita.

3)Kesan lain?
= Penghubung silaturrahim. Walaupun skait, jika kita menjadi penyebab terjalinnya sillah antara saudara @ seIslam, kita akan mendapatkan ganjarannya. Sedangkan Nabi S.A.W sering menegaskan di dalam banyak hadis mengenai keutamaan orang yang menghubungkan perasudaraan ini. Bertambah lagi pahala. =)
= Menjadi pemaaf. Terlerai dendam dalam hati.

Lihatlah terdapat banyak cabang hikmah kesakitan yang diberikan kepadaa seseorang, bukan saja pada dirinya, malah kepada orang disekelilingnya. Jika sakit tidak berguna, mengapakah ia diciptakan dimuka bumi ini? adakah 1 perkara di dunia ini yang tidak berguna, jika kita berfikir?

Jadi, janganlah bersedih dengan kesakitan, sebaliknya gembira & berbahagialah kerana Allah masih sayangkan kita... Sayang? Ya. Kerana memberi kita 1 nikmat dalam menghapuskan dosa-dosa kita yang mengunung itu...

Bila Sakit, Hati Kembali Bahagia...

Selasa, 20 April 2010

Bila Rasa Diri Dihargai

Rata-rata manusia yang hidup di alam maya ini ingin diri dihargai. Namun, bukan semua insan dapat merasakannya. Ini kerana terkadang kita semua menanti untuk dihargai sehingga kita lupa untuk menghargai yang lain.

Walaupun begitu, tidaklah semua orang inginkan penghargaan melangit. Cukup sudah sekadar ucapan "terima kasih" @ "semyuman manis seikhlas hati". Ini sudah memadai bagi sesetengah orang. Lihatlah betapa murni & merendah dirinya insan seperti itu; walaupun melakukan sesuatu yang besar namun hanya mengharapkan sesuatu yang amat murah & tidak memerlukan modal; SENYUMAN... Hati ini sungguh mulia.

Tetapi bagi mereka yang tidak memiliki kelebihan memurahkan senyuman, tidak salah jika kita memilih untuk menuturkan ungkapan "terima kasih".. Betapa bermaknanya sedikit yang kita lakukan bisa memberikan kesan besar di hati-hati yang menerimanya. Cuba kita bayangkan, kita dihadiahkan sesuatu yang indah dari seseorang sedangkan kita kurang mengenalinya, sudah pasti kita gembira & terhibur melambung kerana kita dipilih untuk hadiah sebegitu rupa. Jadi, tidak perlulah menunggu seseorang yang dikenali baru ingin menghargai, itupun jika kita @ dia seorang yang tahu menghargai.

Begitupun, janganlah terus bersedih, hiba & memaki hamun seseorang hanya kerana dia tidak tahu menghargai pada pandangan kita. Manalah tahu, dia merasa dirinya sedang menghargai anda dari jarang jauh; DOA.. Bukankah doa adalah seutama-utama penghargaan insan kepada insan yang lain? Bukankah kita yang tidak tahu menghargainya sekiranya kita melontarkan kata-kata yang bukan-bukan kepadanya? Tidakkah kita semua terikir sedemikian?

Bila insan rasa dirinya dihargai, mereka selalunya sanggup berkorban apa saja, dalam banyak perkara kepada orang yang menghargainya. Pertolongan dengan mudah kita perolehi darinya, malah dia kadang-kala boleh menjadi insan terakrab yang kita miliki. Manusia bila rasa dihargai, dia akan menghargai berlebih-lebih lagi. Tapi, jangan lupa, semua manusia ada yang bersifat berbalik dari semua itu; Bila kita menghargainya, dia menganggap kita mengampunya & ingin mengambil kesempatan keatas dirinya. Malah, dia juga akan melakukan perkara tidak-tidak kepada kita. Tapi, janganlah kita terus salah sangka kepadanya @ menuduhnya apabila terjadi "bukan-bukan pada diri kita. Berbaik sangkalah pada sesiapa saja.

Oleh hal demikian itu, biar apa yang dikata orang, biar apa yang dibuat orang, biar apapun terjadi, kita tetap perlu tanamkan nilai murni dalam diri agar kita tidak melakukan yang tidak sepatutnya kepada orang lain, sebaliknya teruskan untuk menghargai insan di dunia ini selagi nyawa dikandung badan... DOAkan mereka, pasti perkara yang baik akan terjadi padanya & pada kita. TAHNIAH BUAT MEREKA YANG MENGHARGAI & TERSENYUM UNTUK MENGHARGAI...
Oleh itu, marilah kita sama-sama

Ahad, 18 April 2010

Di Mana Sensitifnya Kita Pada Agama Islam?

Kadang-kadang manusia sukar ditafsir, sukar dijangka, sukar dimengertikan... Namun, hidup dengan manusia masih tetap diteruskan. Kali ini, saya ada sebuah kisah untuk dijadikan pengajaran buat semua...

Saya baru pulang dari Kelantan dengan menggunakan pengangkutan awam bas. Di dalam bas, saya berkenalan dengan 3orang lelaki yang datang ke sana atas urusan kerja (penggiat MLM)

Tidak disangkakan, perkenalan tersebut berlanjutan sehingga beberapa bulan kemudian.. Pada mulanya, semuanya tidaklah melampau. Hanya perbualan berkisarkan perniagaan & kerjaya masing2.

Tapi, lama-kelamaan bicaranya makin tersasar jauh. Anak & isteri makin dilupakan. Saya makin rasa kurang sedap hati.

Saya telah mengambil keputusan memutuskan hubungan tersebut, agar saya tidak terus hanyut bersama orang yang saya juga tidak tahu asal usulnya.

Namun, beberapa lama saya rasa bersalah bila membuat dia begitu tanpa sepatah bicara. Saya menghubunginya kembali. Tapi, rupanya saya hanya menempah bala. Dia berpura-pura telah berubah & meyakinkan saya bahawa dia tidak akan melakukan seperti yang dilakukannya dahulu. Saya berlembut hati, hati kecil saya berkata "apalah salahnya saya memberi peluang kepada orang yang ingin berubah. Jadi saya menerimanya kembali dalam hidup saya. Dia juga amat gemar meberikan saya nasihat2.

Apa yang saya fikirkan begitu tersasar dari yang dijangka. Kami telah membuat 1 temujanji untuk bertemu di bandar. Saya pergi bersama teman akrab yang datang berziarah ke rumah.

Kami tiba di bandar kira2 jam1ptg. Namun, kami menunggunya hampir setengah jam. Hati & otak menggelegak kepanasan dalam terik mentari hari itu. Setibanya dia, kami diajak untuk minum2 dahulu sebelum meneruskan aktiviti "makan angin" petang itu. Hati kami gembira semasa diberitahu semalam. Tapi, apa yang mengejutkan saya & teman, kami dibawa ke sebuah restaurant "xsah taraf" pada pandangan kami luar & dalam.

Kami agak terpinga2 bila melihat dari jauh restaurant tersebut mempamerkan botol2 "air iblis" dalam sebuah rak yang besar (di luar pintu masuk) Aku tergamam! Tapi dengan selamber dia & rakannya berkata "halal ni, tukang masak pun semua melayu". Di hatiku berdetik, bukan semua melayu Islam & mereka itu melayu yang bodoh & jahil agama. Adakah mereka berdua ini juga begitu? Mungiknkah tempat itu telah menjadi sebahagian dari diri mereka? Inikah padang permainan mereka untuk menjamu rakan-rakan business mereka? Jadi, dimanakah sensitiviti keagamaan dalam diri mereka? secara terang lagi bersuluh, mereka tidak malu dan segan membawa kami ke tempat sedemikian rupa. Atau tidak hormatnya mereka kepada orang seperti kami... Kami mungikn seperti merpati yang mudah di dekati, tapi kami tidak mmudah untuk di perangkap. Kami bukan kayu yang tuli & buta.

Mereka telah memasang 1 tanggapan buruk dalam minda saya, bahawa mereka bukan orang baik2 yang sensitif pada agama Islam. Mereka tidak layak dihormati, kerana mereka sendiri yang membuatkan diri mereka tidak dihormati. Mereka yang sanggup menjatuhkan maruah keislaman mereka, kenapa perlu lagi orang sebegitu di beri peluang. Sudah jelas, mereka yang tidak mahu meberi peluang kepada kedhaifan diri mereka. Malah, nasihat2nya itu hanya untuk mengaburi relung mata saya bagi mempercayai dia telah berubah kepada kebaikan. Hipokrit.

Kami terus beredar pulang, walaupun mereka telah cuba membawa kami ke tempat makan "halal" yang lain pada pandangan mereka berdua. Kami sudah tidak percaya lagi kepada mereka bagi meneruskan rancangan yang telah kami rancang. Siapalah tahu, entah-entah pelbagai lagi "rancangan xsah taraf" yang mereka ingin lancarkan. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik mengelak dahulu. Saya juga, akan lebih berhati-hati, agar tidak terperangkap dalam mulut buaya buat kali ke2. Peristiwa itu amat meberikan pengajaran kepada saya, bahawa penilaian tidak semudah itu untuk dibuat. Ambillah seberapa banyak masa yanng kita mahu untuk menilai seseorang, kerana kesilapan kita dalam mengambil tindakan yang 1 itu, akan menjerat kita mungkin buat selama-lamanya. Apa yang kita lakukan, bukan untuk diri & hidup orang lain, tapi rancangan hidup kita sendiri, walaupun tidak dinafikan akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada hidup sesetengah orang...

Semoga kita menjadi insan yang sensitif dalam semua hal berkaitan hidup sebagai seorang Muslim yang Unggul.

Salam Sensitif Islam

Jumaat, 16 April 2010

Seni Mencanting Batik



Salam sejahtera buat anda semua... Ceria-ceriakan diri agar kita menjana mood yang bertenaga & bersemangat sekali. Moga-moga kita menjadi insan yang hari ini lebih baik dari semalam.

Saya baru sahaja pulang dari bengkel menpelajari asas memcanting batik di Felda Soeharto. Program yang dianjurkan Felda ini, sememangnya amat bermanfaat & sekaligus memberi peluang kepada ramai orang; terutamanya Saya, untuk menyertakan diri.

Seni mencanting batik adalah salah satu dari keinginan saya sejak dulu lagi. Namun, saya tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana program sedemikian rupa. Jadi, peluang yang datang jarang sekali ini saya ambil & terima dengan tangan terbuka... Kerana saya tahu, bukan semua orang mendapat peluang & ruang begitu.

Sebagai salah seorang pengemar seni batik ini, saya teruja untuk menhasilkan 1 lakaran yang menarik hati saya. Namun, proses mencanting (menggunakan lilin & damar yang telah dimasak) bukanlah semudah yang dilihat dikaca televisyen. Kami amat bertuah kerana diajar oleh seorang penggiat seni canting batik yang berpengalaman luas; Cikgu Hamdan yang berasal dari Machang, Kelantan, kini menetap di Gedangsar.

Mudah sahaja formula mencanting, kita hanya perlu mengikuti kaedah O S C. Tetapi apa yang agak berlainannya ialah mencanting tidak seperti membuat lukisan biasa, kerana kita tidak dibenarkan sama skali untuk meletakkan tangan pada meja @ alas (tangan perlu diawang-awangan, tidak bersentuhan dengan kain yang ingin dicanting. Seperti dalam gambar ini.



Hasil kerja kami; Melukis di atas kertas, melakar pada kain, mencanting & mewarna, selesai sekitar jam3 petang. Menurut Cikgu, ini adalah tempoh yang pendek berbanding kursus-kursus yang pernah dikendalikan beliau yang habis lewat petang bagi proses tersebut, malah perlu mengambil masa 2hari untuk proses mematikan lilin pada kain (bertujuan untuk mengekalkan warna agar tidak luntur)



Ini gambar saya sedang kusyuk mencating. :)




Gambar di atas adalah batik hasil tangan saya sendiri. Kagum juga dapat hasil sebegini, walaupun tidak cantik seperti yang lain. Tapi, saya tetap gembira dengan apa yang saya lakukan sendiri. Apapun, menurut yang pakar, lakaran bukanlah perkara paling penting, kerana kita boleh mengubah @ mengikut kretiviti masing-masing semasa mencanting. Tetapi kekemasan lebih utama. Menurut Cikgu Hamdan lagi, cantingan lilin yang tebal adalah lebih baik kerana dapat memudahkan kerja-kerja mewarna. Walaupun begitu, beliau tidak menafikan cantingan dengan lilin yang halus lebih cantik. :)

Memiliki sebuah bengkel mencanting batik tersenarai di dalam impian-impian saya sejak dulu lagi. Saya berharap, ini adalah langkah pertama saya ke arah itu. Saya akan terus mempertingkatkan lagi kemahiran mencanting dalam diri saya. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Semuanya hampir tidak mustahil jika kita yakin untuk menggapainya. Jadi, SAYA YAKIN, SAYA AKAN MEREALISASIKANNYA.

Selamat mencapai impian! Jika saya mampu menorak, anda pun mampu.

Mencanting itu seni jiwa,

Rabu, 14 April 2010

SelaMat Lahir, Baby Hasif...


Baby Muhammad Ikhwan Hasif b. Hairul Nizam.
Kelahiran yang dinanti-nantikan oleh semua telah pun tiba. Hati berbaur rasa gembira, girang, ceria & pelbagai warna perasaan terhambur dari setiap wajah yang setia menanti dari tadi.

Ini adalah cucu sulung kepada Pn.Suryati Nazar. Naik juga pangkat "Nenek" setelah sekian lama menunggu..Bertambah gembira bila melihat bayi yang baru selamat lahir itu sihat tubuh badan... Alhamdulillah... Sejunjung kesyukuran kami rafa'kan ke hadrat Ilahi.. Petang yang memenatkan aku itu, kini bertukar dengan seribu semangat baru...

Kini telah 1bulan lebih usia Si Manja Hasif... Nenek, Mak Teh, Mak Tam, Pak We & Pak Ucu mendoakan Hasif sihat selalu... Hasif pasti telah semakin bijak... matanya telah boleh mentafsir imej, merenung tiap bibit bicara yang dituturkan Umminya... Bertambah pelangi suka apabila melihat Hasif terkadang tersenyum seolah-olah memahami bicara orang disekitarnya... Anak yang cerdas...

Hasif,
Moga ceria yang mengiringi kelahiranmu itu akan terus mekar di hati setiap orang...
Melihat Hasif membesar & pintar berfikir pasti dinantikan jua.
Dengan segenap harapan agar kelak Hasif menjadi anak soleh yang membela Ummi & Abi... Anak yang terpelihara dari noda kotor dunia...
Kau diharap perkasa jiwa menangani masalah hati,
Gagah mempertahankan maruah agama,
Malah menjadi pendorong buat yang lain...

Bahkan perwaris generasi ini,
Yang akan pergi entah bila,
Mungkin sejenak tiba,
Saat yang mendebarkan itu,
Maka, bertahanlah duhai perwira Cilik ku,
menjadi harapan kepada ramai orang...

Maka itu,
membesarlah kau dalam peluk dakap yang menyegarkan minda,
Dalam kasih sayang yang menggunung tinggi,
Dalam suap nafkah yang halal,
Dalam situasi yang bebas derita,
Dalam bi'ah yang solehah,
Yang menjaminkan pembinaan pemikiran seorang pemimpin bangsa,
Berjiwa dengan ajaran-ajaran yang dituntut,
Bukan yang di sebaliknya...

Dedikasi khas buat yang dirindui...

















Ikhlas dari yang merinduimu,

Rabu, 7 April 2010

Kejayaan?Milik setiap yang bernyawa...


Ape erti sebenar kejayaan?
Ramai orang yang salah dalam mentafsirkan erti sebenar kejayaan,
Oleh itu, ramailah yang sedih, murung, hiba & ada yang sanggup melakukan macam2 perkara yang diluar kawalan minda waras...
Hmmm, itulah penangan kegagalan kita dalam mentafsir sesuatu pada tafsiran yang sebenar...

Apalah salahnya sekiranya kita menjadikan segala yang kita kecapi pada saat itu adalah kejayaan yang perlu disyukuri kerna kita tidak memilikinya sebelum dari itu...
Peluang kejayaan itu bukan ditakdirkan pada orang lain tetapi kita...
Namun, bukanlah bermakna orang lain akan gagal...

Kita perlu mengingatkan selalu kepada diri kita sendiri bahawa;
"Apa yang aku dapat ini adalah kurnia yang mesti disyukuri,
kiranya aku tidak berjaya mendapatkan yang lebih tinggi dari itu,
itu bukan bermakna aku gagal & tidak berjaya,
tetapi ini adalah yang terbaik untukku,"

Bukan semua yang dilihat orang tidak elok,
akan sentiasa menjadi tidak elok dalam semua keadaan,
Bahkan, mungkin lebih elok dari yang dipandang elok oleh semua orang dalam beberapa keadaan lain...
Mustahillah jika diciptakan Allah sesuatu tanpa alasan & manfaatnya tersendiri,
Sedang kuman punyai fungsinya, inikan pula kita insan yang dikurnia akal & fikiran,
Sudah pastinya ada gunanya Allah mentakdirkan kita keatas sesuatu keadaan walaupun kita tidak meminta sebegitu...

Disinilah pentingnya kerelaan & redhanya hati atas segala yang kita
punyai&miliki...
Kita tidak akan kerugian malah beroleh keuntungan yang besar atas kesabaran yang kita pertaruhkan...

Ingatlah insan,
Bukan semua yang dilihat berjaya adalah orang yang berjay,
dan bukanlah yang dianggap gagal adalah insan2 yang gagal & tidak akan pernah berjaya seperti yang ramai tafsirkan...
Kerna lumrahnya hidup,
Tidak selamanya kita akan berada di atas,
Dan inginlah apabila kita berada di bawah,
Kemungkinan besar kita juga akan dipandang gagal,hina, @ apa saja oleh orang lain,
sama seperti kita beranggapan kepada orang dahulu....
Beringitlah sebelum terkena...
Sudah tidak berguna lagi penyesalan...

Bahkan.,
Sekalipun kita miliki segunung yang kita sangkakan kejayaan dimata khalayak,
belum tentu ia akan menjadikan kita seorang yang benar2 berjaya di sisi Yang Maha Khaliq,
Terkadang ialah yang menjadikan insan itu terhina & terkeji di depan Penciptanya...
Oleh itu, bersederhana kita dalam setiap penilaian dunia ini,
Dunia hanya bahana bagi yang tidak berjaga2,,,
Sama2 kita menginsafi diri...

" Ya Allah,
ku pohon kedapa Mu,
Jadikalah kehendak Mu,
Bukan kehendakku yang terjadi dalam hidupku..."


Isnin, 5 April 2010

Ekspo Tun Razak, UPSI, Tg.Malim.

Salam buat semua..
Lame saya x post kat sini,,
Saya harap kita semua sihat dalam menjalani kehidupan yang kian mencabar ini...
Saya juga turut menjalani hidup yang semakin sibuk kebelakangan ni,
Di sini ingin saya berkongsi sedikit pengalaman saya ketika mengadiri Ekspo Tun Abdul Razak Hussein di UPSI,Tg.Malim...
di sini saya akan postkan banyak gambar buat tatapan anda semua...










Ekspo berlangsung selama 2hari; 27 & 28 Mac 2010 (sabtu & ahad)
Kebetulan pada hari yang sama, saya telah didaftarkan untuk mengikuti 1 seminar Keusahawanan di Hotel Paragon,Ipoh...
Namun, disebabkan masalah yang tertentu, saya terpaksa menbatalkannya dan menyertai Ekspo tersebut...mungkin rezki saya di sana...
Perjalanan ke sana mengambil masa kira2 40minit dari rumah saya..
Tapi jam la pulak...huhuhu faham2 je lah..
sudahlah terlambat bertolak dari rumah,
Saya sepatutnya berada di UPSI seawal jam7 kerana bimbang akan kesesakan yang mungkin terjadi..
Saya ke sana atas urusan berniaga di bawah booth Felda...

dalam gambar: kak shida,sima & mak cik Ani

Kami agak lucky kerana booth tersebut bersebelahan dengan pintu masuk utama dewan;tempat segala xtvt dijalankan...heee
FELDA disertai oleh pengusahan dari Felda Trolak Utara& Selatan, Felda Sg.Behrang, & Felda Gadangsar...
Booth FELDA berjiran dengan booth TM Net yang mengapit pintu dewan disebelah sisi lagi...
booth Jabatan Penerangan Malaysia yang menjadikan UPSI sebagai institut angkat mereka tersergam di sebelah kiri booth FELDA...
Walau bagaimanapun, kehadiran pelajar2 UPSI agak mengecewakan; tidak begitu ramai, mungikn mereka sibuk dengan pelbagai assingment dan kerja yang perlu diselesaikan di akhir2 semester ni... xpelah, setiap orang ada urusan dan masalah masing2...

Pada hari pertama;

Saya ditemani kawan niaga mak...mak cik Ani..
Dia ni orang berpengalaman dalam bidang ni,
Saya ni cuma menggantikan kakak berniaga kuih2 tradisional produk keluaran kami sendiri dibawah syarikat Hasmitah Enterprise...
Saya banyak belajar dari Mak Cik Ani pada hari tersebut...
Cara dia melayan pelanggan dan beramah mesra...heeee
Jualan pada hari ini berjalan lancar selepas jam11,mungkin sudah ramai pelajar2 UPSI yang keluar pada waktu e2...
Seronok saya dapat berjualan dan beramah mesra dengan ramai pelajar, pegawai2, peniaga2 dll jawatan yang mereka jawat...
Kad business juga telah banyak saya berikan kepada orang yang datang...
Moga2 ada lah yang contact nak buat biz bersama..heeee

Banyak juga xtvt yang dijalankan di dalam dewan,tapi say tidak berkesempatan untuk menyertainya,,,huhuhu
Tak mengapalah, berniaga ni pun dah buatkan saya gembira...
Tapi saya bernasib baik kerana RTM1 ingin membuat lintas langsung di booth Felda;tempat saya berjualan...
Mereka bersiap sedia untuk menemuramah En.Rafie, selaku orang kuat FELDA yang turun pada hari tersebut.
Sebelum kamera on, mereka telah meminta saya untuk berlakon...hahaha
Apabila berita jam12 RTM1 menayangkan suasana Ekspo Tun RAzak, muka saya keluar secara live di kaca televisyen,,,uh,malu juga saya...hehehehe
Ramai juga yang masuk TV hari e2;Abg Lan,Mak cik Ani,Kak Su & semua yang ada di bawah booth FELDA pada masa e2...
Tersengeh2 semua dapat masuk TV lah katakan...
Saya tersengeh juga apabila jualan saya tinggal separuh dari yang kami bawa...
walaupun cuaca panas terik, tapi kami masih boleh tersenyum kepada orang yang datang...
Kami balik pada jam7p.m setelah orang beransur pulang...
esok kami akan datang berniaga lagi....tungguuu

ahad,28 mac 2010


Saya lewat lagi,
disebabkan terlalu penat semalam,
saya lewat bangun...hampir jam7!huhuhu
Hari ini Mak Cik Ani akan pergi bersama saya ke sana...
Saya merancang untuk menjual air
Cuaca yang kering & bahang membuatkan ramai yang dahaga...
Boleh laku ni...strategi niaga..hahhaha
Apa yang saya duga memang betul,
Seawal kami tiba,
Sudah ada yang membeli air..samada mineral,kotak,100+ @ tin...ada juga dadih dijual..
Alhamdulillah pembuka rezki di awal pagi...
Saya cuma sempat top up sedikit saja kuih2 tersebut kerana tiada tenaga untuk membuatnya malam semalam...tak pe lah, e2 pun memadai...
Selain kuih2 buatan sendiri, saya & Mak Cik Ani turut membawa kuih2 dari pengusaha lain untuk di promosikan bersama, sudah ada peluang jangan makan sorang2, lebih berkat bila diberikan kepada rakan2 niaga yang lain...sama2 dapat manfaat.hehehe

Hari ini perasmian oleh Menteri, Dato Rais Yatim..
Saya bersedia dengan kamera,hehehe
Bayak yang saya dah snap, tapi dapat gambar orang lain..hua3
sesak dengan orang yang berkerumun ingin mengambil gambar,,,
Tapi, sya bukan tak dapat terus ambil bamgar Dato' Rais,
Saya menyelinap masa sidang media diadakan,,
Macam Wartawan lah pulak...heeee
bayak posing yang saya dapat...
Tak lah terkilan...



Wah, tidak dilupakan pada hari ini, kami semua yang hadir dijamu dengan ikan patin masak tempoyak,ulam2an,kerabu dll sebagai pengalas perut tengahari e2...berselera sungguh saya menikmatinya,,,
Apa tidaknya, semalam saya tidak sempat makan kerana lauk sudah habis..saya makan nasi semata2 dek kerana lapar..huhuhu

Haa, ada juga pertandingan menyampaikan berita sukan RTM1, saya malas pula rasa untuk turut serta; kalau tidak pasti saya yang juara!!!hahaha
Tapi saya sedikit kelakar melihat ragam pelajar2 yang mencuba nasib,,,,
Ada yang suara lepas,nyaring sekali...boleh pening kalau dengar berita macam 2...
opsss, terover pulak saya...maaf...
Di bawah adalah gambar salah seorang yang mengambil bahagian...sedap suaranya,dah macam pemberita pula...hmmm




Hari ni awal habis xtvt,jam3p.m...
Jualan juga banyak yang terjual...
Alhamdulillah juga, kuih saya semua habis dijual...
Yang tinggal cuma dadih, kek coklat,air & kuih2 rakan niaga..
Tapi apapun, saya rasa e2 sudah cukup berbaloi dengan keadaan orang yang hadir...
Malah saya telah menimba 1 pengalaman baru dalam hidup...
Tapi ada yang cukup menarik, saya bertemu dengan kawan yang saya jumpa masa menaiki bus dalam perjalanan Kelantan-Perak dulu...adik manis Nik namenye...
Semoga hubungan yang terjalin dalam sekelip mata e2, akan kekal hingga kite menutupmata...


* berbuat sesuatu dengan hati yang terbuka & rela, membuatkan apa2 saja jadi senang...
* berbahagialah dengan apa yang kita punyai...