Salahkah tindakan saya selama ini? Ataukah setiap tindakan yang saya ambil memang salah? Hati saya menjadi keliru dengan apa yang saya lakukan sekarang. Apakah perlu saya teruskan atau berubah arah? Tapi, sejak mula-mula tindakan ini saya ambil, saya telah patrikan di dalam hati bahawa "semua yang aku lakukan ini adalah semata-mata kerana Allah untuk mendapatkan keberkatan" dari seorang yang bergelar Ibu...
Berbaloikah pengorbanan saya sebegitu? atau saya perlu berkorban lagi, dan menambahkan pengorbanan? Walaupun apa yang telah saya lakukan itu masih tidak berbuahkan hasil yang lumayan. Masih tidak cukupkah pengorbanan itu untuk meraih kejayaan yang lebih dari sekarang? Kerana, saya masih berada di takuk yang tidak begitu memberangsangkan.
Mungkinkah jauh lagi perjalanan kejayaan yang harus saya tempuhi? Saya telah mengimaginasikan bibit-bibit jaya itu dalam minda separuh sedar saya, tapi tidak seriuskah saya untuk menggapainya? Seingat saya, hampir separuh hidup saya kini saya pertaruhkan untuk mengecapi impian bukan sekadar impian saya tapi lebih kepada impian Ibu. Saya telah merelakan hidup saya menjadi sebahagian daripada hidup Ibu...
Harapan merialisasikan impian Ibu sudah menjadi keutamaan dalam diri saya kini. Saya tidak menyesal, tapi apa yang membuatkan saya jadi keliru kerana ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Sudah masakkah saya berfikir? Tidak rasa buang masakah di rumah sepanjang hari? Berbaloikah upah cukup makan pada tanggapan mereka ini? hmmm
Harapan merialisasikan impian Ibu sudah menjadi keutamaan dalam diri saya kini. Saya tidak menyesal, tapi apa yang membuatkan saya jadi keliru kerana ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Sudah masakkah saya berfikir? Tidak rasa buang masakah di rumah sepanjang hari? Berbaloikah upah cukup makan pada tanggapan mereka ini? hmmm
Ramai orang melihat apa yang saya lakukan kini adalah "kerja bodoh", saya seperti tidak melihat & memikirkan masa depan saya yang bakal terjejas lantaran keputusan yang diambil. Tapi, semua yang saya buat ini juga adalah masa depan saya & keluarga... Kalau itu saja yang boleh saya buat pada saat itu, Ya saya sanggup. Sebab apa saja yang bakal terjadi dalam keluarga ini, akan memberi kesan yang lebih parah dalam hidup saya.
Jadi, biarlah apa pun yang ditanggap orang tentang hidup saya, saya tetap bersyukur kerana saya masih mampu melakukan sesuatu untuk kemaslahatan hidup orang lain juga, saya tidak pentingkan diri sendiri. Meskipun kerja saya tidak seglamor orang lain, tapi saya cukup bahagia dengan apa yang saya lakukan ini. Saya berurusan dengan orang lain, tapi saya bekerja dengan diri saya; seorang diri. Tapi, hasil kerja saya adalah untuk kebaikan orang lain. Saya rasa ini adalah semulia kerja yang dapat saya lakukan selagi nyawa masih dibadan.
Wahai semua insan, ingatlah bukan keji kerja yang lekeh, tapi kerja yang keji memang lekeh. Saya berbangga berusaha sebegini tanpa perlu melakukan kerja-kerja yang tidak sah menurut syarak. Saya berkerja untuk menutupi aurat-aurat anda semua... ;)
Saya yang bangga,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan