Popular Post

Isnin, 5 Julai 2010

Susahnya Menjadi Guru




Salam kesejahteraan buat anda semua. Lama sungguh saya tidak menulis di sini, semuanya kerana kesibukan yang semakin memenuhi hidup saya yang dulunya terlalu senggang. Nikmat masa lapang saya sedikit telah hilang... Saya mungkin bertuah sekiranya saya telah menggunakan masa itu sebaik2nya. Tapi jika sebaliknya, amat rugilah saya.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menjadi seorang pendidik di sebuah sekolah agama di pekan berhampiran. Perjalanan mengambil masa sekitar 15minit. Sebulan pertama, saya berulang alik dari rumah. Namun, saya dihantar dan diambil oleh kakak saya. Rasa sedikit membebankan orang lain atas tugasan sendiri. Tapi, saya telah mengambil keputusan untuk tinggal di asrama bersama2 dengan 2orang warden lain.

Pada pengamatan saya, semudah A,B,C menjadi guru. Hanya berkisarkan rumah&sekolah. Tapi, apabila saya memasukkan diri ke alam perguruan, saya berasa amat kesuntukan masa. Ditambah pula dengan subjek yang saya ajar, semuanya dalam bahasa Arab kecuali Syariah Islamiah. Sudah lama meninggalkan alam pembelajaran, saya hampir2 lupa dengan bahasa Al-Quran tersebut. Jadi, saya terpaksa mengulangkaji kesemua subjek, lagi gawat apabila saya sendiri terpaksa "buka kamus" untuk mencari makna. Masya-Allah. Makna perlulah tepat, kerana semuanya adalah fakta & tidak boleh tidak, mesti tepat. Terkebil2 mata saya menyelak2 muka2 kamus. Tapi semuanya kerana anak murid saya. Saya telah memberitahu hal ketidak mampuan saya kepada pihak atasan. Apa yang saya harapkan saya akan ditukarkan ke bidang yang mampu saya lakukan tapi sebaliknya yang terjadi apabila saya ditambah dengan subjek2 lebih kurang sama dengan sebelumnya. Makin rasa sesak nafas saya, mana tidaknya penambahan jadual mengajar membuatkan masa saya semakin padat. Apakah sebabnya ini terjadi?

Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik, sebaliknya itulah saya sekarang. Saya hanya pernah menjadi guru sambilan di pusat asuhan kanak2, tidak berpengalaman dalam mengajar anak2 yang berusia belasan tahun. Saya bimbang sekiranya saya tidak berjaya mendidik & mengajar mereka dengan baik. Kegagalan saya, akan memberi kesan buruk kepada mereka dan diri saya semestinya. Bukan itu sahaja, kepenatan saya yang sedia kala berganda. Kerja saya berlipat ganda. Tapi yang terjadi, saya pulang membawa kepenatan, dan tidur semahu mungkin. Hal ini memendekkan lagi ruang masa yang saya ada untuk melakukan kerja lain.

Susah juga menjadi guru. Memikirkan anak murid yang pastinya berkehendak kepada tunjuk ajar guru, namun gurunya masih merangkak2, terkial2... Saya bersalah kepada mereka semua. Wajarkah saya mengambil keputusan ini dahulu? Tidak cukup masakkah saya berfikir untuk menerima tawaran ini? Sanggupkah saya membiarkan pelajar saya seperti layang2 putus tali? Kepada siapakah lagi mereka ingin berharap kalau bukan kepada saya? Keliru juga saya dengan persoalan2 yang berlegar memenuhi ruang fikiran ini setiap masa dan ketika.

Saya bukan mengeluh dan menyesal, tapi saya dalam delima. Bila saya berfikir sejenak, telah gagalkah saya memikul amanah mendidik anak bangsa saya? Berdosa saya, kerana tergelincir dari landasan seorang pendidik yang amanah pada tanggungjawabnya.

Hati, tenanglah! ada jalan keluar bagi semua kekusutan ini...

Ikhlas,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan