Popular Post

Ahad, 26 Disember 2010

Niat itu paling utama


"Setiap amalan bergantung pada niat. Jika seseorang berniat berubah kerana seseorang (wanita yang ingin dia nikahi) maka niatnya hanya sampai setakat itu saja (dapat itu saja). Jika seseorang berubah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka niatnya akan sampai kepada Allah dan rasul-Nya (bukan setakat apa yang dia mahu tetapi lebih dari itu dia akan dapat)"

Terkadang kita terlupa memasang niat dengan betul. Kita melakukan sesuatu hanya kerana untuk memperolehi perkara tersebut sahaja, tanpa ada niat yang lebih jauh dari itu. Bagi kita mendapat apa yang kita hajati sudah cukup besar maknanya.

Namun, kita tidak sedar bahawa setiap amal yang kita kerjakan tanpa niat kerana Allah, ia tidak sekali-kali dikira sebagai amalan di sisi Allah. Maka, rugi bukan? Kita hanya berpenat lelah berusaha, namun ia hanya di kira setakat itu sahaja. Tidakkah kita mahu apa yang kita perolehi itu mendapat berkat yang berpanjangan? Maka, ingatlah, setiap yang kita buat, pasanglah niat kerana Allah.

Begitulah dengan setiap detik kita menghela nafas, mengerdipkan mata, setiap butir kata-kata yang kita lontar, maka berniatlah kerana Allah. Hidup kita akan terasa bahagia apabila disertai keberkatan itu. Apa lagi yang kita mahu selain dari kehidupan abadi; syurga yang indah dan tenteram.

Sedarkah kita? Selalunya apabila niat kita telah tersasar dari niat sebenar, perkara yang kita lakukan itu kurang menjadi, tidak menjadi atau cacamarba. Pernah rasai? Saya pernah. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha membetulkan niat agar tercapai apa yang dinamakan nikmat.

Ingat ya.. sertai perbuatan kita kecil ataupun besar semuanya kerana Allah, maka kita akan beroleh hal itu dan yang selanjutnya... Pahala dan ganjaran dari Allah yang lebih utama... Hati-hati agar kita tidak tersasar niat lagi selepas ini. Moga-moga hati kita sentiasa dipelihara oleh Allah dari hasutan syaitan yang membelenggu kapilari kita.

Saya menulis kerana Allah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan