Saya berharap agar kesejahteraan menyelubungi kehidupan kita. Kesihatan dan kelapangan masa sentiasa mengikuti kita. Jika tidakpun, kita sendiri mestilah mencari dan menberikan peluang dan ruang kepada diri kita untuk melakukan perkara yang boleh melapangkan diri. Lapangkan masa untuk membaca. Bacalah apa yang ingin saya kongsikan ini. TRIBUTE BUAT NENDA!
Satu karya yang cukup menyentuh jiwa. Saya telah menyelesaikan hutang jiwa saya dengan menyelesaikan membaca “Tribute Buat Nenda 1” 2minggu yang lalu. Hari ini saya meminjam dari seorang rakan “Tribute Buat Nenda 2”. Tentu rugi jika saya tidak membacanya. Bukan memuji, tapi tidak keterlaluan jika saya katakan, Ustaz Rashidy Jamil al-Rashid memang menulis menggunakan hati. Ia memaut hati saya, dan hati ramai orang. Jika kesedihan yang digambarkan, sedihlah jua yang dirasai sehingga mengundang air mata. Jika kelakar, maka hati akan ketawa girang. Jika hikmah, jiwa terus memegang erat, jika peringatan, fuadi kita akan sedia menerimanya. Karya ini terhasil dari jiwa seorang yang amat tulus dan suci. Saya memilih membacanya ketika menjaga kelas peperiksaan.
Hari ini sengaja saya meluangkan masa untuk membaca novel yang “bukan sekadar novel” ini demi mengendurkan sedikit ketegangan minda setelah beberapa hari sibuk dengan peperiksaan yang dijalankan. Ke hulu, ke hilir saya membimbit buku kecil berwarna kuning klasik itu. Terkadang berbangga, kerana Allah memilih saya untuk membacanya hari ini. Banyak kisah yang membuatkan hati saya sayu, dan ingin mengalirkan air mata. Tapi saya tahan agar tidak dilihat pelajar. Malulah saya menangis di depan mereka ;p
Ustaz Rashidy banyak mengingatkan saya kepada junjungan kita Muhammad s.a.w yang amat kita cintai dunia hingga akhirat. Banyak impak yang saya perolehi. Baik pengalaman, ilmu, memori yang terkandung di dalamnya menggamit nostalgia serta kekaguman saya terhadap apa yang ingin disampaikan.
Secara jujur, perubahan saya pada hari ini, ada juga sedikit disebabkan oleh novel ini. Saya jadi malu pada diri saya yang kerdil lagi berdosa ini. Saya terkadang lemah dengan nafsu yang pernah beraja di hati. Tertakluk dengan indahnya dunia di mata saya. Tapi, ketahuilah teman semua, warkah kecil itu banyak menyedarkan. Saya beroleh nafas baru. Saya punya semangat baru dan wajah baru. Mata saya juga telah saya tukarkan agar memandang secara terbalik, tidak seperti sebelumnya. Semoga diri saya yang dhaif ini akan terus terbimbing dengan kalam yang baik dan nasihat yang bermanfaat seperti itu.
Bacalah novel ini. Ia sentiasa mengingatkan kita. Tidak rugi melaburkan masa untuk buku dan membaca. Ada hikmah dan begitu banyak mutiara disebalik sifat kecilnya yang biasa-biasa. Ia pasti luar biasa.
menjadi Mutiara kecil,
-sima md saad,25 mei 2011-
Popular Post
-
Salam sejahtera buat anda semua... Ceria-ceriakan diri agar kita menjana mood yang bertenaga & bersemangat sekali. Moga-moga kita menjad...
-
Hari ini saya begitu bersemangat untuk mengajar anda semua menjahit. Mengajar juga belajar dari anda yang lebih tahu juga. Bukanlah untuk me...
-
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli bait, sahabat-sahabiah, serta pejuang-pejuang Islam yang tak pernah luluh d...
-
Salam sejahtera peminat Cinderella semua. Saya tahu anda kerinduan apabila saya tidak mencatatkan sesuatu disini(sengaja angkat bakul rambut...
-
Salam keceriaan & kebahagiaan buat semua pembaca... Kita sering kali ditimpa pelbagai penyakit. Ada yang membuatkan kita tidak bisa tidu...
-
Assalamualaikum w.b.t... Semoga kita semua sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah; Tuhan Penguasa Alam. Bukan itu saja, malah kita amat...
-
Salam keceriaan buat anda semua yang setia mengikuti blog saya ini. Walaupun ia tidaklah se-gah blog-blog lain, namun saya amat berharap, bl...
-
Rata-rata manusia yang hidup di alam maya ini ingin diri dihargai. Namun, bukan semua insan dapat merasakannya. Ini kerana terkadang kita s...
-
Salam kasih sayang dari saya buat semua. Semoga hari ini kita terus berusaha meingkatkan pemahaman dan pengetahuan kita dalam apa sahaja ilm...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan