Popular Post

Ahad, 31 Oktober 2010

Doaku Buatmu Kekasih



Ya Rabbi,
hari ini aku merafa'kan rasa penuh kesyukuran kepadaMu,
atas segala limpah kurnia yang telah Engkau berikan kepadaku...
aku hanya insan lemah yang diciptakanMu,
tanpa kudrat dan daya upaya tanpaMu,
tanpa sebarang kesempurnaan disisiMu,
sesungguhnya Engkau lah Maha Sempurna lagi Maha Terpuji...

Duhai Tuhan yang Maha Mendengar,
aku titipkan senandung kasih buatMu,
aku kirimkan jambangan cinta suci tak terperi kepadaMu,
aku hiasi kamar hati dengan harum wardah yang memekar,
aku bajai dengan baja dari cabang2 sungai Nil,
melimpah dalam hati sanubari,
bergenang menjadi kolam fuadi,
bercahaya gemilang tika disimbah damar wulan...

Oh Tuhan,
aku insan yang tidak pernah sepi dari nista,
tidak pernah sunyi dari noda,
tidak pernah lunas dari dosa,
aku menghadapMu...
aku mengharapkan pertolonganMU,
aku hadir dikala ini,
memohon sembah munajat,
mengharapkan belasMu duhai Allah,
dalam melakar nubari yang damai,
sepermai taman firdausi yang Engkau gambarkan...

Ya Allah,
Penguasa sekalian hati2,
pencipta naluri yang dalam,
pelakar kisah jiwa yang maha Hebat,
pencetus perasaan yang tidak diketahui arah datangnya,
pembolak balik naluri dari sasarannya,
kasihilah aku Tuhan...
tetapkanlah jiwa dan hatiku,
dari berpaling selain dariMu,
dari mendaratkan ilham sayang buat yang selainMu,
dari keliru pada kejadian jiwa yang unik ini,
dari menarik hela yang beban,
dari bernafas dalam prasangka,
ampunilah aku Allah...

Ya Rabbi,
andai telah Kau titipkan dia buatku,
maka dekatkanlah kami dalam dakapan keimanan terhadapMu,
rapatkanlah kami dengan batasan syariatMu,
mesrakanlah kami menerusi kalam-kalam cinta terhadapMu,
satukalah kami dalam ikatan benang ijab kabulMu,
berilah kami saling mengingati kedua selepas mengingatiMu,
lancarkanlah kehidupan kami di atas jambatan DinMu..
Wahai Allah penguasa semesta alam...

Maka Ya Allah,
aku berpaut pada janjiMu,
berpegang pada kudratMu,
aku berserah pada takdirMu buatku,
aku berserah diri,
jadikanlah kehendakMu,
bukan kehendakku yang terjadi,
dalam setiap detik kehidupanku ini,
maka,redhakanlah aku..

Aminn Ya Rabbal'alamin...

kini aku tenang,


Sabtu, 30 Oktober 2010

Dihati Mereka Ada Anda!



Bagi mereka yang sedang berkerja, selamat meneruskan usaha anda. Sungguh murni. Bagi yang sedang bercuti, selamat menikmati cuti dan "top up" tenaga untuk berkerja semula minggu seterusnya. Apapun yang telah, sedang dan akan anda semua lakukan, saya amat berharap kerja anda beroleh kejayaan dan membuahkan hasil seperti yang anda impikan. Insya-Allah...

Hari ini, hari ahad,hari untuk ramai orang beristirehat. ramai juga yang mengambil peluang pergi bercuti, berkelah bersama ahli keluarga, tidak kurang juga yang menjalankan hobi di rumah. Bagi saya, cuti ini perlu saya manfaatkan dengan sebaik mungkin, agar saya dapat meneruskan kerja dengan lebih berkualiti apabila tiba minggu berikutnya. Pada hari yang semua orang sedang mengosongkan fikiran dari kekusutan kerja, permasalahan anak-anak di sekolah, perselisihan faham antara rakan dan majikan, saya mahu berkongsi dengan anda semua berkaitan menghubungkan silaturrahim sesama rakan, taulan, sanak saudara, kawan lama dan baru serta orang yang pernah dan sedang dianggap sebagai musuh. Eh, bahaya ni, jangan bermusuh-musuhan kelak memakan diri sendiri.

Menerusi sebuah hadis Nabi s.a.w, yang lebih kurang bermaksud;"Sekiranya lebih baik islam seorang daripada kamu semua adalah dia melakukan segala kebaikan, maka tertulis baginya 10 ganjaran serta seumpamanya sehingga sampai 700 kali ganda. dan setiap kejahatan yang dia lakukan tertulis padanya seumpama apa yang dia kerjakan".

Apa yang boleh kita semua fahami di sini adalah, sekiranya kita melakukan amal soleh dalam kehidupan ini, maka akan tercatat untuk kita ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan malah boleh berganda sehingga 700 kali ganda mengikut keikhlasan kita dalam melakukan amal tersebut. Namun, bagi mereka yang melakukan amal perbuatan buruk dan keji ketika hidup, maka mereka juga akan menerima balasan yang sama seperti yang mereka kerjakan itu. Tiada gandaan, namun kita sedia maklum bahawa Allah Maha Dahsyat azab siksanya. Na'uzubillah...

Jadi, apalah salahnya kita menggunakan cuti dan masa lapang kita untuk menghubungkan sillah sesama kita. Bukan sahaja memberi kesan baik kepada kita, malah menjalin ikatan yang akan sentiasa mengalir dalam darah generasi kita yang terkemudian. Jika hari ini kita menjalin persaudaraan dengan teman yang berada di Kedah, esok anak-anak kita akan dapat mewarisi kebaikan dari apa yang telah kita lakukan semalam. Hari ini kita taman pokok, bukan terus tumbuh dan berbuah, malah kita perlu baja dan siram agar ia segar dan sihat membesar. Begitulah hubungan silaturrahim. BUkan sekadar menjalin hubungan malah kita perlu juga selalu mengambil berat pada masa-masa yang lain walaupun telah tinggal berjauhan. Kita peroleh kawan, kawan rasa dihargai. Kita menolak lawan, lawan tidak mendekati.

Tidak perlu juga terbang jauh ke serata Malaysia. Cukuplah kita berkenalan dan berbuat baik kepada mereka yang kita temui semasa membeli ikan di pasar, atau mereka yang sedang berdiri menanti ketibaan bas, tidak kurang mereka yang menunggu giliran di hospital. Banyak betul situasi yang membolehkan kita berkenalan dan mendapatkan kawan baru. Tapi, kebanyakan kita enggan berbuat demikian. Pelbagai alasan dan helah diberi untuk tidak melakukan itu. Ada yang malu, ada yang berlagak mahu ditegur terlebih dahulu, ada juga yang melihat atas hingga kebawah, tidak serasi ketika duduk bersama di kerusi menunggu tadi, dan macam-macam alasan lagi. Tapi ingat itu semua cuma alasan. Cuba kita ketepikan alasan, dan ketengahkan keutamaan; menjalin hubungan baik dengan semua orang, tidak kira bangsa dan agama, tidak kira warna kulit dan bahasa pertuturan, kita semua boleh dan tidak pernah ada halangan dalam Islam untuk kita mengenali satu sama lain. Namun, kitalah yang meletakkan pelbagai tembok penghalang di antaranya.

Amatlah rugi jika kita mengelak dari berhubungan baik dengan orang lain. Mungkin hari ini kita sihat, baik dan sejahtera. Tapi, esok mungkin kita menghadapi masalah. Kalaulah perangai kita seperti kera sumbang dan bongkak, siapakah yang sudi membantu kita? Ingin mengharapkan anak-anak semata-mata? Jika mereka berjauhan dengan kita, siapakah yang ada di sekeliling kita? Bukankah jiran, kawan, rakan dan orang yang kita anggap sebagai musuh tadi??? Fikirkanlah demi masa hadapan kita semua.

Malah,sekali-kali kita ditegah berbuat buruk dan jahat kepada yang lain. Hal ini kerana apa yang kita lakukan hari ini akan kita tuai esok hari. Tidaklah bermaksud orang yang dibenci itu yang melakukan itu kepada kita, tapi orang lain akan melakukan yang tidak elok kepada kita pada masa akan datang. Allah itu adil, dan sekali-kali tidak akan membiarkan kezaliman dan kejahatan terlepas begitu sahaja. Mereka akan menerima balasan seperti apa yang mereka telah lakukan. Janji Allah itu benar dan pasti. Oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan zalim, kejam, jahat dan onar kepada oarng lain. Apa yang bakal kita hadapi mungkin akan menjadi lebih teruk dari apa yang dirasai oleh orang yang pernah kita perlakukan buruk dahulu.

Ingat, bila kita mendapat kebaikan, kita sering ingin membalas dengan kebaikan yang sama atau yang lebih lagi. Begitulah dengan kejahatan. Orang akan menjadi kejam dan lebih jahat apabila berhadapan dengan sang penjahat. Tidak ada ruginya berbuat baik, ganjarannya diperoleh di dunia juga di akhirat. Namun, kejahatan yang diterima di dunia bisa memalukan dan membuat kita derita. Di akhirat apatah lagi. Marilah kita sama-sama berfikir hal yang saya bangkitkan ini. Walaupun ramai orang terlupa dan tidak memandang penting hal ini, tapi ia memberi kesan dan amat memainkan peranannya kepada kehidupan setiap insan dan Muslim khususnya.

Mereka Dihati Anda,

Selasa, 26 Oktober 2010

Bercakap Ada Adabnya




Salam mesra saya buat anda yang suka membaca blog ini. Terima kasih daun keladi, anda baca saya suka hati. Bukan cakap2 kosong, tapi ada input yang saya nak omong. Kalau hari ini anda sihat, semoga anda menjadi antara orang2 yang hebat. Kalau anda sakit dan penat, pesan ibu kenalah ingat.. Makan ubat dan duduk rehat. :) Walaupun rehat2,anda masih ada ruang dan masa memilih untuk membaca. Bukan susah kan?

Saya terpanggil untuk melontar buah fikiran tentang orang yang suka bercakap. Maklumlah, saya seorang yang tergolong dalam kelompok manusia yang suka bercakap. Namun, kita perlu diingatkan bahawa, perlu beradab, dan ada cara2nya. Lancang lidah, bahanalah sudah. Lidah dipelihara, sama2lah terpelihara.

Pertamanya, sebelum bercakap atau mengutarakan pendapat, berfikirlah terlebih dahulu. Jangan serbu atau bercakap tanpa berfikir panjang. Kelak memakan diri. Kebanyakannya orang tidak berfikir ketika sedang marah. Semua yang terlintas diminda, dihambur serta merta. Tidak sempat untuk memikirkan baik dan natijahnya di kemudian hari. Apabila sudah reda dan sedar diri, kata2 tadi telah dipegang orang disekeliling kita. Bukankah itu padah yang besar?

Kedua, cakap ikut suka mulut dan hati sendiri sahaja. Orang jenis ini tidak tahu menjaga perasaan orang lain. Apa yang dia mahu utarakan, dia tidak bertapis dan tidak cakap berlapik. Ramailah kawan dan taulan yang menyimpan dalam. Kes beginilah yang sering menjadi barah dalam persahabatan, kemudiannya meletus seperti gunung berapi... Meledak segala isi dan lahar yang membara sejak sekian lama diperam dalam diri. Dahsyat kalau hal ini terjadi terutamanya kepada rakan karib. Akhirnya mereka akan menjauh dan renggang begitu saja. Kasihan...

Bukan itu saja, manusia yang buat lawak tak tentu tempat dan waktu juga tidaklah bagus. Mengapa? Walaupun mereka dapat menghiburkan sesetengah pihak, namun kata2 mereka yang sinis dan bersahaja, boleh juga menyentuh hati orang yang tidak biasa dengan mereka. Bukan tidak boleh berjenaka, namun pilihlah golongan yang sudah serasi bersama, bukan main terpa sahaja. Demikian kadang kala boleh menimbulkan fitnah dan ketidak selesaan antara orang ramai dengan anda. Untuk menjaga hubungan baik, berpada2lah dalam berseloroh.

Lagi tidak beradab kepada mereka yang mulut laser. Semua orang selagi di depan matanya, jika dia marah atau membebel, semua orang dia komen. Bukan calang2 komen, tapi yang pedas2 sahaja. Bukankah itu akan hanya merosakkan hubungan baik sesama kita? Bukan tidak boleh, tapi sekadarnya sahaja sudah memadai. Tambah parah apabila yang terkena itu adalah orang yang tidak kena mengena dengan hal tersebut.

Ada juga yang suka perli memerli. Ini semua bukanlah adab yang baik dalam bercakap. Sekiranya kita tidak dikenal, sudah pasti kita akan di"cop" dengan pelbagai nama dan gelaran yang tidak sedap didengar. Mahukah anda digelar bukan2? Kalaupun mahukan publisiti, carilah perkara baik yang boleh menaikkan imej dan status diri dikalangan rakan sekerja atau orang dibawah pimpinan kita. Itu barulah boleh dijadikan contoh teladan yang baik. Malah, kita juga akan disayang dan disukai ramai orang.

Ada setengah pendapat mengatakan, jika kita diperlakukan sebegitu dan sebegini, maka kita perlu membalsa yang sama agar orang tersebut tidak lagi berani mengata atau memperolok2kan kita. Namun, pada saya... Biarkanlah apa mereka mahu buat pada kita. Janganlah kita menjadikan hal tersebut membara dan panas. Orang yang tidak beradab semasa bercakap ini selalunya mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan ramai orang. Dia mahu dirinya dilihat terbaik, dan orang lain dilihat sentiasa bersalah. Juga, mereka ini dalam lapisan masyarakat yang takut pada bayang2 sendiri. Macam2 sebab manusia melakukan sesuatu, tidak hanya untuk suka2, ada juga demi kepentingan dirinya dan lain2 lagi.

Lagipun, Nabi s.a.w telah banyak kali berpesan kepada kita agar menjaga hubungan baik sesama Islam. Bukan itu saja, malah berdosa sekiranya kita menggelar dan memperolok2kan orang. Tidak kurang orang yang tidak beradab dalam perbualan, semua itu telah dijelaskan oleh Nabi kita secara panjang lebar dalam banyak hadis dan juga Al-Quran. Mengapa mesti kita langgar? Jika telah termaktub larangan itu, maka sudah tentulah ada natijah buruk disebaliknya.

Maka, marilah kita perbetulkan diri agar tidak menyakiti jiwa orang lain. Sekiranya kita telah berusaha memperbaiki diri, namun masih ada yang sakit kerana kita, maka berdoalah kepada Allah agar terhindar fitnah kebencian manusia. Malah itu bukanlah salah kita lagi...Sudah kebiasaan manusia sering saja ada yang tidak puas dihati. sukarnya untuk memuaskan hati orang lain.

Berdosanya kita seandainya kita sudah tahu sikap kita dalam berbicara boleh mengguris hati orang, tetapi kita tidak mahu mengubah diri dan cara berbicara kita... Sebaliknya berniat mengekalkan diri dalam keadaan itu dan berpuas hati dapat menyakitkan hati orang tersebut dengan cara itu. sekiranya kita berubah kerana Allah demi membaikkan keadaan, bukankah disisi kita ganjaran yang besar? dan apalah yang kita dapat dengan perilaku buruk dalam komuniti Islam? tidakkah ia boleh menjadi fitnah kepada umat Islam itu sendiri?

Tepuk dada,
soal iman di hati,
Jika selesa,
ada something wrong dalam diri.

Jika sudah tersedar diri,
maka eloklah percepatkan baiki peribadi,
Sikap buruk kita hindari,
sifat baik kita dekati,
agar hidup kita diredhai,
semua orang pun tak sakit hati.

Kita Ummah Beradab Murni,

Rabu, 6 Oktober 2010

Gigi adik





Semoga anda semua sihat-sihat selalu. Kalau demam, cepatlah dapatkan rawatan di hospital. Zaman sekarang ni bahaya jika kita masih mengamalkan sikap "lengah2" dan "tak endah". Ia akan memberi kesan buruk kepada diri anda sendiri.

Beberapa hari ni saya rasa tak sedap badan. Leher saya terasa sengal2. Pada hemat saya, itu mungkin kesan daripada saya terlalu menumpukan pada kerja-kerja yang semakin bertimbun. Baru saja 2 hari ni kerja saya kembali surut dan licin :)

Pulang ke rumah semalam, saya rasa ngilu pada dagu dan mulut saya terasa kurang selesa. Bila saya "check" sebab musababnya, rupa2nya gigi bongsu saya nak lahir. Aduh, macam mana ni? Otak saya berputar. Mesti tak tinggi dah lepas ni..(macam la sebelum ni meninggi banyak sangat)

Lebih mengerikan bila saya rasa "gigi adik" 2 nak keluar pada 4 penjuru mulut saya. Seperti yang pernah saya lihat sebelum ni, seksa sangat mereka yang nak tumbuh gigi bongsu 2. Itu baru 1, kalau 4 sekaligus? :( lebih sakit la kot...huk3 takot juga bila difikir2kan.

Apa pun, itu semua memang dah ditetapkan. Kalau bukan sekarang, lambat laun keluar juga gigi2 2... Semoga kesakitan 2 tak menghalang dan mengganggu tugas saya seharian.

Selamat Hari Lahir, giGI adIK!