Popular Post

Jumaat, 12 November 2010

Bila motivasi diri merosot

Saya masih tercari-cari kenapa dan mengapa saya tiba-tiba jadi begini. Motivasi diri yang lemah dan semangat hilang. Menghadapi hari ini tidak seperti hari-hari yang sebelumnya. Hambar sekali.

Musykil... tiba-tiba rasa hendak menangis semahu-mahunya, tapi sebab apa??? keliru difikirkan... mustahil tanpa sebab, tapi sebabnya saya sendiri tidak tahu menahu... setahu saya tidak ada apa-apa yang membuatkan saya sedih semalam, tambahan pula sampai membuat saya menangis. Dimarah emak> tidak mungkin, semalam baru saja saya dan mak bergurau senda... Kami sama-sama menyiapkan tempahan kek di bengkel... saya teman emak sampai petang, walaupun saya tidur setelah selesai semua tugas, emak menunggu pak cik yang membuat tempahan datang. Cuma yang saya rasa; penat... bukan nak marah dan bukan nak menangis.... hmmmmmm

Baru pagi semalam saya memberitahu kawan saya bahawa "hari ini, hari yang best dan bersemangat", tapi kenapa ini yang terjadi petang hari??? Tiba-tiba motivasi saya hilang.. entah ke mana... fikiran saya kosong, berfikir tentang sebab musabab semua ini, tapi saya gagal menemui jawapan pasti. Adakah sekadar kerana motivasi diri yang kurang? atau saya terlalu penat sehingga ingin menangis? atau saya sakit yang membuatkan saya menangis??? entah... saya tidak tahu.

Kelmarin saya baru menerima kad jemputan perkahwinan kawan baik, saya cukup gembira. Tiada tanda-tanda saya sedih atas berita tersebut. Malah, saya menyatakan kepada dia bahawa saya sangat-sangat seronok sebab kawan saya mahu mendirikan masjid. Tak mungkin itu sebabnya???

Semalam, di sekolah juga saya tidak begitu berseronok dan berguarau seperti hari-hari lain,, kurang kedengaran gelak tawa dan gurauan saaya kepada teman guru yang lain. Jadi kenapa saya bersedih? bukankah orang-orang tua cakap, kalau ketawa lebih-lebih, orang itu akan menangis nanti.. tapi bukankah saya tidak ketawa dan gembira lebih-lebih semalam??? hmmmm

Semangat, cepatlah datang. bertandang dalam jiwaku yang murung duka ini. Aku tidak betah begini, aku tidak tegar terusan dalam keadaan ini. aku hanya akan mengundang sedih yang lebih parah jika begini lagi... Kembalilah warna-warna yang sering memenuhi ruang hidupku. Warnailah mindaku, warnailah kalamku, warnailah pandanganku lagi... agar aku segar sesegar daunan di dahan utuh. Sebugar seperti dedaun yang melambai dek tiupan angin. seindah panorama yang terbentang menjadi permaidani alam... Oh Tuhan yang Maha Mengetahui, kembalikanlah kenikmatan hidupku, hapuskanlah duka yang menerpa kalbuku, cernakanlah lara agar ia tandus dan sirna dari diriku... Ya Allah Rabbul Alamin, perkasakanlah jiwaku, cekalkanlah jiwaku, kentalkanlah sanubariku, agar bisa aku tempuhi mehnah hidup ini. Agar bisa aku tangani sedikit ujian ini... Duhai Allah, janganlah Engkau lemahkan aku dalam memperjuangkan hidupku ini. Janganlah Engkau bebankan aku ke atas yang lain. Janganlah hal itu terjadi, melainkan itu yang terbaik untuk ku... Aku berserah diri...

Pergilah duka,

2 ulasan:

  1. Wah...template baru sepatutnye mesti dengan mood yang happy. Kita ni manusia biasa, kdg2 mood Ok dan kadang tidak OK. InsyaAllah, semuanya akan berlalu.. Busykan diri dan lupakan mood yang tidak OK itu, atau pergi shopping hilangkan stress !! Hehe

    Jangan sedih :P

    BalasPadam
  2. yelah,tq atas cadangan yang bernas 2,,,
    saye dah pegi shopping...mood dah semakin best!hohoho
    jadi,kepada sesiapa yang rasa mood dah down, lakukan apa saja yang bisa buat anda happy kembali. selamat mencuba! =)

    BalasPadam