Popular Post

Khamis, 18 November 2010

Ceritera de Hari Raya Korban



Selamat hari raya kepada semua yang menyambut raya Aidil Adha. Walaupun tidak ramai yang dapat cuti pulang ke kampung halaman masing-masing, saya pasti sambutan di mana jua anda berada pasti masih meriah dengan adanya korban di serata tempat. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melakukan amal jariah tersebut. Tahniah yea... :)

Adik beradik saya pun tak ramai yang dapat balik beraya bersama sebab raya puasa yang lepas, kami semua dapat berkumpul jadi raya haji ini, "turn" rumah mertua lah pula.. Lagipun masih ada sekolah yang akan menyambung sesi persekolahan pada esok hari, jadi ralat jika mereka pulang hanya untuk sehari kemudian pulang ke rumah masing-masing dan kembali semula ke kampung, itu hanya akan meningkatkan kos kehidupan. Jadi bersabarlah untuk 2 hari, lusa baliklah kampung dan bercuti sepuas hati... :D

Bagi saya, raya tidak banyak bezanya dengan hari-hari biasa. Hanya berkisar di dalam rumah, hanya 1@2 buah saja rumah jiran yang akan saya pergi, kemudian "bertapa" di dalam bilik atau membasuh pinggan mangkuk di dapur. Maklumlah anak dara.. ;p

Raya korban tahun ini, di tempat saya ramai juga yang mengorbankan lembu. Namun, kami sekeluarga masih belum mampu untuk melaksanakan ibadat korban tersebut. Walaupun begitu, syaa sering berharap moga tahun akan datang kami dapat menunaikannya.

Anak buah yang pulang beraya kali ini pun hanya 6orang, kurang meriahlah rumah keluarga besar arwah Tok Wan Murad ini. Seronok berbual, Athirah cakap nak jadi "kecik kenet" sebab semua orang sibuk dengan badan dia yang bagai dipam-pam... Biasalah berbadan besar diusia 5-12 tahun. Badan tengah semangat nak membesar, jangan ditegur-tegur... Sebab saya pun dulu begitu! Tapi sekarang??? tidak lagi.. ;) Mungkin sedikit terasa dihatinya, malu juga bila menjadi buah mulut yang lain. Tapi tekadnya bersungguh-sungguh. Itu satu dari cabang pengorbanan :) Tahniah Tiyah, moga besar jadi kurus macam model dalam tV! (^^)

Apa pun, semoga semangat korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Anaknya dalam peristiwa korban dapat memberi kite suntikan semangat, pengajaran, pengalaman, dan panduan untuk kehidupan mendatang. Setiap yang kita ingin capai pasti ada pengorbanan. Jika tidak banyak, sedikit. Jika tidak sedikit maka sebaliknya.


Korban Jiwa demi Agama,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan