Semoga kita sihat2 dan rasa berbahagia selalu. Moga rasa bahagia kita itu menjadi pahala buat kita, seterusnya menjadi bekalan di akhirat sana. Eh boleh ke bahagia jadi bekalan di akhirat? Boleh, jika bahagia kita itu mampu membahagiakan orang lain, sama ertinya kita telah membuat orang lain bahagia. :)
Saya ingin menyentuh sedikit perihal peluang. semua orang tahu peluang, setiap yang memberi kita ruang dan jalan untuk lebih maju ke depan bernama "PELUANG" tapi ramai juga orang yang melepaskan peluang yang datang. membiarkan ia pergi tanpa disapa sedikit pun. Kenapa mesti begitu? Anda pastikah bahawa ada satu peluang yang lebih baik menanti anda? atau mungkin tiada lagi peluang yang datang? Tidak merasa rugikah anda bertindak sedemikian. Ingatlah, bahawa peluang tidak selalu datang. Terkadang ia datang dengan mudah dan lancar kepada kita. Terkadang ia tidak pernah mahu menyapa kita, sedangkah bertahun-tahun kita menunggunya. Lihatlah, masih ramai insan yang ingin diberikan peluang, tapi Allah telah memilih kita untuk diberikan peluang tersebut. Maka, bersyukurlah dengan cara memanfaatkannya dan menggunakannya dengan sebaik yang boleh.
Sedarkah kita, bahawa orang yang tidak sedar peluang sedang mendekatinya, inginkan peluang datang lagi, justeru memohon peluang kedua. Tapi, hal itu tidak sering terjadi. Namun, amat menghairankanbagi insan yang telah diberikan peluang pertama, kedua juga yang ketiga, hanya mensia-siakannya begitu saja. Tidak ada rasa bersalahkah yang bertandang dirangkai jantungnya? sudah bolehkah dia memastikan bahawa dengan melepaskan peluang tersebut, dia mampu membawa haluan hidupnya dengan lebih baik lagi? Tidak sedarkah dia bahawa dia insan terpilih untuk menikmati peluang yang ada di muka bumi ini? Tidak tahukah anda, masih ramai lagi yang menanti peluang?
Peluang adalah rezki. Jika kita menolaknya, bererti kita sombong dengan anugerah Allah. Mungkin juga peluang yang kita perolehi itu bukan untuk kita, tapi untuk orang lain melalui tangan kita. Kita adalah jambatan orang tersebut mendapatkan sesuatu melalui peluang yang kita dapat.
Saya amat terkilan apabila melihat dan berdepan dengan insane yang mensia-siakan peluang. Sungguh! Peluang keemasan! Tidak datang selalu, malah amat sukar untuk mendaptkannya. Tapi, dia membiarkan ia pergi begitu saja. Alasannya cuma kerana perasaan takut yang menguasai diri. Tidak wajar. Kenapa tidak dikawal perasaan itu demi menggapai peluang itu? Saya terkilan dengan sikap manusia yang sebegitu. Jika hanya kerana perasaan begitu sudah sanggup melepaskan peluang, mungkinkah banyak lagi peluang yang akan disia-siakan? Bagaimanakah orang itu menyelesaikan permasalahan hidup dengan baik jika “takut” yang tidak berupaya mengapa-apakan kita itu pun sudah menjadi penghalang besar kepadanya? Sedangkan Allah lah yang berkuasa mengapa-apakan segala di langit dan di bumi. Manusia kadang-kadang menjadi penyebab datangnya peluang. Adakah wajar mereka ini diberi peluang buat kesekian kalinya? Mungkin, tidak. Agar mereka mengambil pengajaran di atas kesilapan yang pernah mereka lakukan. Akibat kesombongan mereka sendiri.
Moralnya, bertindak bijaklah demi mencapai sesuatu yang dihajati. Jika ada peluang yang datang saat itu, gunakan dan ambillah. Jangan dibiarkan peluang hampa dengan kita. Peluang datang dan pergi. Mungkinkah kita lagi yang akan mendapat peluang seterusnya? Fikirkanlah.
Saya tidak memberi peluang,
Sima Md Saad, 12 jun 2011
Popular Post
-
Salam sejahtera buat anda semua... Ceria-ceriakan diri agar kita menjana mood yang bertenaga & bersemangat sekali. Moga-moga kita menjad...
-
Hari ini saya begitu bersemangat untuk mengajar anda semua menjahit. Mengajar juga belajar dari anda yang lebih tahu juga. Bukanlah untuk me...
-
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli bait, sahabat-sahabiah, serta pejuang-pejuang Islam yang tak pernah luluh d...
-
Salam sejahtera peminat Cinderella semua. Saya tahu anda kerinduan apabila saya tidak mencatatkan sesuatu disini(sengaja angkat bakul rambut...
-
Salam keceriaan & kebahagiaan buat semua pembaca... Kita sering kali ditimpa pelbagai penyakit. Ada yang membuatkan kita tidak bisa tidu...
-
Assalamualaikum w.b.t... Semoga kita semua sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah; Tuhan Penguasa Alam. Bukan itu saja, malah kita amat...
-
Salam keceriaan buat anda semua yang setia mengikuti blog saya ini. Walaupun ia tidaklah se-gah blog-blog lain, namun saya amat berharap, bl...
-
Rata-rata manusia yang hidup di alam maya ini ingin diri dihargai. Namun, bukan semua insan dapat merasakannya. Ini kerana terkadang kita s...
-
Salam kasih sayang dari saya buat semua. Semoga hari ini kita terus berusaha meingkatkan pemahaman dan pengetahuan kita dalam apa sahaja ilm...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan