Popular Post

Selasa, 25 Mei 2010

Sedikit Ulasan Peribadi; Buang Bayi...Prihatinkah Siswa? (Suara Siswa,25 Mei 2010)



Salam kesejahteraan buat yang kurang sihat, salam kehebatan buat yang sihat2, salam kegembiraan buat yang kesedihan & salam kasih sayang buat yang rasa diri kurang disayangi... Apapun perasaan kita tika ini, saya mengharapkan masih ada satu sinar buat kita semua menikmati hidup ini dengan cara yang terbaik yang kita semua harapkan.

Saya amat bersimpati apabila mendengar, membaca, menonton & pelbagai2 "men" lagi berkaitan permbuangan bayi. Insan lemah yang tak berdosa diperlaku sedemikian kejam. Manusia zaman ini telah kembali kembali menjadi seperti manusia zaman Jahiliyah yang menanam anak hidup. Namun, kini lebih dahsyat apabila sanggup membiarkan bayi kerdil longlai di gigit serangga, malah di lahap anjing liar. Nauzubillah... Semakin hari, semakin tipis iman kita yang sedia maklum senipis kulit bawang. Amat menyedihkan.

Malam tadi, tanpa dirancang saya telah tertonton satu rancangan yang saya tidak pernah menontonnya sebelum ini (jujur) itupun kerana ibu saya yang memilih siaran TV pada malam itu. Saya tertarik mendengar perbincangan antara 3 orang Penal yang terdiri dari siswa/siswi, bersesuaian dengan tajuk rancanagn tersebut (Suara Siswa) & seorang dari kementerian. Rancangan ini dihostkan oleh Dr.Fazley (penyanyi Asmara ini)

Pelbagai pendatan dan idea yang dilontar setiap daripada mereka yang diajukan soalan. Namun, pada saya kebanyakannnya kurang memuaskan hati. Mereka seolah hanya cakap di bibir, bukan dari hati. Tidak mengapalah, mungikin mereka juga asing dengan perbincangan tersebut; maksud saya, perkara tersebut tidak dilalui sendiri, jadi jawapannya juga seolah ragu-ragu dan tidak tuntas.

Tapi dari jawapan yang diberikan Hjh Amni, dari sebuah jabatan kerajaan, amat tenang dan bersahaja, namun cukup padat. Terfikir saya, amat terbiar siswa-siswi kita kerana tiada 1 pun organisasi @ badan NGO yang mengambil berat secara langsung urusan mereka. Mereka ini seperti "anak tiri" yang dibarkan tanpa kasih sayang yang cukup menyebabkan mereka menjadi liar. Ditambah dengan sifat semulajadi remaja itu sendiri yang sering ingin mencuba, membuatkan mereka mudah terjebak dalam apa jua yang mendekati hidup mereka. Jika yang datang itu baik, maka baiklah mereka. Jaka yang datang itu buruk, maka busuklah jadinya.

Di akhir rancanngan, Dr.Fazley ada mengajukan soalan, "bagamanakah pula bagi mereka yang menjual anak..." jawapan dari salah seorang dari ahli Panel mengatakan itu juga perbatan terkutuk sama seperti yang membuang bayi. Namun pada saya, lebih baik melihat bayi itu "dijual" dari dimakan binatang! Si ibu mungkin ada beberapa sebab melakukan sedemikian. Untuk menjaga dan memelihara bayi itu, sudah tentu tidak, kerana mungikn malu pada orang disekelilingnya, tidak mampu dari segi kewangan untuk membesarkan anak tersebut dll. Jangan terus menghukm orang, jika kita tidak tahu apakah hasrat disebalik tindakan yang dilakukannya.

Ada 1 kisah yang saya dengar sendiri. Seorang remaja perempuan mengandung anak tak sah taraf. Namun, dia tidak pernah berhajat untuk menggugurkan kandungannya kerana yakin bahawa bayi itu berhak untuk hidup, dan semuanya bukan salah bayi, tapi salahnya sendiri. Cukup tempoh 9 bulan, bai dilahirkan. Namun sebelum dilahirkan, anak tersebut telah dipersetujui untuk diserahkan kepada orang lain yang lebih layak untuk menjaganya. Jadi, pihak ketiga ini telah bertindak sewajarnya dengan membiayai segala kos perubatan hospital dan segala kelengkapan bayi tersebut. Pihak ketiga ini adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah Si Ibu melahirkan bayinya, mereka terus menjaga bayi itu seperti anak kandung sendiri.

Bukan itu sahaja, mereka telah memberikan sejumlah wang kepada Si Ibu untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. niat Si Ibu adalah agar Si Anak dapat hidup lebih sempurna dan membesar dalam suasana yang lebih baik. Hinakah niat suci seorang ibu ini? TIDAK. Malah perbuatan ini tidka termasuk dalam golongan "jual beli" seperti yang dianggapkan oleh Panel tersebut. Wang tersebut adalah sekadar hadiah kepadanya serta ehsan pihak ketiga yang ingin memelihara anaknya itu, bukan tujuan membeli bayi. Dia telah bertindak dengan betul sekali, berbanding dia membunuh anak tesebut dengan kejam dan zalim. Atau menjual anak tersebut untuk tujuan keji seperti untuk hidangan eksotik di restauran, untuk tujuan yang tidak elok dll. Pihak ketiga yang bertanggungjawab tersebut juga tidak memisahkan Si anak dan Si Ibu, kerana mereka masih menghubungkan antara keduanya. Adakalanya, dihanrat gambar-gambar anak kepada Ibunya, agar terlerai rindu seorang Ibu. Ibu manalah tidak rindukan anak yang pernah diusung 9bulan dalam perutnya.

Jadi, jangan terus menyalahkan seseorang atas tindakan yang diambilnya, kerana itu sudah pasti untuk kebaikan. Melainkan apa yang dilakukannya itu terus terang menyalahi norma-norma adat & hukum agama. Marilah kita sama-sama menjaga isi rumah kita, agar perkara sedemikian tidak terjadi. Jika isi rumah baik & bahagia, maka masyarat yang terbentuk adalah masyarat yang harmoni & tenteram. sayangilah umat kita yang semakin dhaif akhlak & miskin iman ini, semoga kita dapat membina semula apa yang hampir luput itu.

Salam Muhasabah Buat Semua,

Khamis, 13 Mei 2010

Harapan Yang Belum Pasti


Salam sayang saya buat semua yang masih sedia untuk membaca segala yang saya luahkan di sini. Beberapa hari tidak menurunkan idea dan kata-kata dari minda ini, terasa bagai membeku segalanya di benak, kaku jari jemariku tanpa menaip sebarang coretan di sini.

Pada malam yang dingin dan diselangi suara cengkerik di belukar belakang rumah, teringin saya untuk berkat tentang harapan yang belum pasti. Mungkin ia tidak begitu bermakna kepada anda semua, namun ia amat bererti buat diri saya sendiri. Saya lebih suka memperkatakan apa yang berkaitan dengan diri ini, kerana tidak berhaklah untuk berbicara hal orang lain yang saya pun tidak pasti kesahihannya. Lagipun, sekurang-kurangnya dapat juga saya mengurangkan beban tekanan yang saya rasai. Bukan itu saja, tidaklah saya menambahkan lagi "saham" di bahu kiri saya yang telah mengunung tinggi tidak mampu saya tanggung lagi.

Tahukan anda semua, berapa ramaikah manusia terutamanya( kerana kita hidup dan berinteraksi dengan manusia) yang menuruh harapan yang tinggi kepada kita? dan berapa peratuskah harapan mereka yang mampu kita tunaikan? Persoalan tersebut sering berlegar-legar di angkasa minda yang sedang sarat. Namun, jarang sekali kita mengambil berat dan jarang jugalah harapan-harapan tersebut yang dapat kita tunaikan. Sudah pastilah Sang Pengharap amat berduka dan bersedih kerena harapannya tidak dapat dicapai oleh orang yang diharap-harapkannya.

Walaupun begitu, tidakkah mereka tahu betapa harapan tinggi yang mereka pertaruhkan itu boleh membebankan & menyusahkan orang lain? Setidak-tidaknya, kita semua perlulah memebrikan ruang disebahagian otak kita untuk merasa kasihan & belas kepada orang yang kita ingin harapkan. Janganlah sehingga membebankannya pula. Hidup biarlah menyenangkan orang lain. Tetapi, bagi yang sudah tua & tidak berdaya tidak salah mereka mengharapkan seseorang yang amat mereka percayai untuk bergantung harap. Itu sudah sepatutnya berlaku. Yang menjadi masalah adalah mereka yang masih berdaya tetapi malas & tidak berdaya usaha.

Lagi menyedihkan apabila orang yang diharapkan itu gagal dalam usahanya membantu Si Pengharap, Mereka kadang kala diseranah & dimaki pula atas kegagalan tersebut, alangkah tidak patutnya ianya terjadi. Si Pengharap sering terlupa lumrah hidup ini " kita merancang, nammun Allah yang menentukan". Bertawakkal setelah berusaha. Mana tidkanya, rancang yang kita anggap mega & hebat itu, rupanya jauh ketinggalan dari rancangan Sang Pencipta Teragong, masya-Allah...

Sedarkah kita, masalh percintaan dikalangan anak muda kini sudah menjadi kebiasaan & tidak kekok dipandang mata lagi. Namun, disebalik perilaku mereka, mereka tidak menyedari bahawa, mereka meletakkan harapan pada yang belum pasti... Harapan yang setinggi Everest, sedalam lautan biru, selunak gemersik angin, sekencang taufan membadai, seharum kelopak melor, sehebat 7 keajaiban dunia...

Semuanya hanya menjadi dusta semata seandainya tiada doa & pengharapan pada yang Satu. Layakkah kita berharap kepada yang tiada daya & kuasa? selayaknyalah kita berharap kepada yang Menciptakan Sang pengharap yang lemah tiada apa ini. Dia yang mentadbir segala tingkah yang terjadi, segenap tutur yang berbicara, juga serelung hati yang berbisik. Maka, berharaplah kepada yang selayaknya.

Masih boleh diharap,

Isnin, 10 Mei 2010

Pelik Sungguh Hidup Ini

Masa aku kecil-kecil:

>Bila aku takut; aku selalu selubung dalam selimut, sedangkan lagi susah nak lari kalau ada apa-apa yang menakutkan.


>Kalau mak cubit@apa-apakan aku, aku menangis tetap aku sebut "mak" bukan ayah. Sedangkan mak yang buat aku bagi sakit. Mana mungkin orang yang buat kita akan tolong kita; ikut lumrahnya alam. Tapi dia mak, lain dari yang lain... =)

Kenapa ini terjadi?haaa... :)

Kerana adanya ikatan pertalian yang utuh antara anak & ibu. Bagaimana? Melalui penyusuan semasa mula lahir, hingga berusia 2tahun. Lihatlah betapa berkesannya apa yang telah di & haajarkan dalam Islam. Betapa berhikmah & halusnya cara penyatuan jiwa ibu & anak.

Malah, dengan cara inilah, Si anak dapat mengenal ibunya. Selagnya telah diatur rapi oleh Pencipta manusia. Pencipta yang Maha Hebat.

Apa pun, saya tetap kagum & kaajub dengan kehidupan ini, banyak yang kadang kala sukar diungkap oleh kata-kata, sukar disingkap dengan minda, sukar ditafsir dengan mata, sukar ditanggap oleh pemikiran yang biasa-biasa, kerana Penciptanya yang Luar Biasa.

Insan kagum,

Jumaat, 7 Mei 2010

Mengapa dihalang Air mata mengalir?


Salam sejahtera buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli bait & seluruh sahabat & sahabiah yang diredhai Allah. Selautan syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bermadah & mencoret selembaran nukilan minda di sini.

Saya tertarik untuk mencungkil rahsia disebalik air mata yang mengalir keluar dari kelopak yang sayu, menitis ke pipi tanpa dipaksa. Mungkin sukar meluah rasa jika bukan diri yang melalui saat duka yang mengguris jiwa. Namun, adakalanya hati tersentuh tatkala bibir berbicara hiba. Tapi, ada juga yang gembira hingga mengalirkan air mata girang ceria. Sifat air mata duka, hangat dan menghangatkan. Tapi, air mata

Jangan dilarang mata yang ingin menangis kerana ada kebaikan disebalik tindakan tersebut. Salahkan jika kita menangis? Sudah tentu tidak. Kerana air mata juga memerlukan terapi semulajadinya; air mata! Ya, air mata amat berguna kepada kesihatan mata kita. Tanpa air mata, ia akan rengsa & kering. Hal ini bisa mebuatkan mata( retina) luka.

Perbuatan menangis juga tidak dilarang dalam Islam. Malah kita digalakkan menangis dari lebih ketawa & gembira. Mengapa kita dianjurkan sedemikian? Kerana untuk mengingatkan kita bahawa jangan terlalu suka, mungkin ada saat duka yang kita tidak mampu menanggungnya kemudian hari. Bukan itu saja, malah sentiasa mengingatkan kita tentang azab & hisab. Apakah masih mampu kita bergembira disaat dipalu di akhirat sana? Tidak, azab yang maha dahsyat; daging-dagingan kita tidak tegar melekat ditubuh, hancur luluh segalanya. Oleh itu, janganlah terlalu gembira di saat kita sihat, tika kita bahagia dll. Walaupun begitu, bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang seketika cuma itu.

Apakah khasiat di sebalik tangisan? Mari kita lihat...

> Untuk membersihkan mata dari segala dosa mata yang telah kita lakukan sepanjang hari itu. Makin banyak air mata keluar, makin terhapus dosa-dosa kecil mata.

> Menyegarkan mata dari habuk-habuk yang telah menyapa mata.

> Membersihkan mata dari selaput yang menghalang penglihatan yang baik.

> Dapat mengelakkan mata dari kerengsaan yang sangat.

> Membantu memelihara kecantikan mata agar terus bersinar & bermaya.

> Walaupun air mata keluar dari kelopak mata, namun ia mampu memberi kesan besar kepada kecergasan minda kita.

> Membantu menenangkan hati & fikiran.

> Mengawal diri untuk membuat keputusan dengan tenang & rasional.

> Melegakan tekanan & stress yang membelenggu jiwa.

> Membina jiwa & rohani orang-orang yang resah gelisah.

> Mendidik diri agar sentiasa tabah & tidak bertindak terburu-buru.

> Menangis sifat orang-orang yang sabar.

Lihatlah, betapa banyaknya yang bakal kita perolehi dari satu perkara kecil yang diperkecilkan ramai orang. Sedangkan cekalnya jiwa-jiwa juang dahulu kerana hasil disebalik tangisan yang berkualiti kepada Pencipta. Nabi S.A.W. jua menangis; bukan bererti lemah @ simbol kemanjaan tapi ia adalah sumber kekuatan jiwa yang halus.

Jadi, menangislah! Janganlah rasa malu menangis kerana anda seorang lelaki, kerana bimbang digelak cengeng (keanakan), janganlah rasa lemah menangis kerana tangisan itu sumber kegagahan jiwa. Namun, sebaik-baik tangisan adalah kerana Allah & untuk Allah, hanya mengharapkan kekuatan dari-Nya. Serahkan diri pada Allah, Dia akan mengaturkan yang terbaik buat kita.

Tangisan Sumber Kekuatan Jiwa,

Selasa, 4 Mei 2010

Selamat Hari Lahir Ke-24, Sima


Doaku,
Agar apa yang diimpikan berjaya digapai,
Agar semakin dirimu berusaha memperbaiki diri,
Agar tak goyah iman di dadamu,
Agar kau tabah hadapi cabaran & mehnah hidup,
Agar kau makin teguh & kuat semangat rintangi rintangan yang datang,
Agar kau menjadi Muslimah yang solehah,
Agar kau dapat memberikan yang terbaik,
Agar kau tidak kecewa & putus harapan...

Kerana ingatlah,
Pengharapan terhebat & teragong hanya pada Allah yang Maha Khaliq,
Jadikan DIa sahaja pengharapanmu,
Agar kau menjadi rela,
Agar kau redha dengan segala yang terjadi,
Agar kau tak patah harap,
Agar kau tak berduka sedih,
Kerana kau tahu,
Dia bersamamu...

Selamat Hari Lahir, Sima...
Semoga umur yang meningkat ini,
Akan berlaku sesuatu peningkatan diri yang baik,
Kematangan dalam menbuat keputusan hidup,
Keberanian & kecekalan hati yang mantap,
Juga,
Tercapai segala impian,
Merialisasikan keinginan diri & orang lain...

Cita-cita saya?
INGIN MENJADI SEORANG USAHAWAN YANG BERIMAN & JUTAWAN.
BISA MENYUMBANG KEPADA AGAMA ISLAM DARI SUDUT METARIAL.
MENJADI PEMANGKIN EKONOMI UMAT ISLAM YANG UNGGUL.
SMART DALAM MENGURUSKAN HARTA.

Saya YAKIN & PASTI,
Saya akan BERJYA mencapai & merialisasikannya
Ameen...

Salam Kemenangan Jiwa,

Isnin, 3 Mei 2010

Menbesar Dengan Sihat



Salam sihat & membesar dengan yang baik-baik. Anda semua pasti tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk ini untuk diperkatakan pada hari Selasa yang damai ini. Pagi ini, sejurus terjaga sahaja saya dari tidur yang panjang sepanjang malam tadi, minda saya merembes keluar semangat untuk bertani @ berkebun pada pagi ini. Lantaran cuaca juga redup, akan membuatkan saya lebih selesa berada di kebun nanti.

Sebenarnya, saya baru sahaja selesai membaja pokok-pokok jagaan di kebun yang tidak jauh dari rumah saya. Semasa membaja pelbagai perkara yang terlintas di fikiran saya untuk melihat pokok-pokok tersebut membesar dengan sihat & cepat sekali. Namun begitu, saya bukanlah seorang yang boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada tanaman tersebut atas sebab urusan & tanggungjawab saya yang lain.

Tetapi, sepanjang berada di kebun tadi saya tidak putus-putus berdoa agar pokok-pokok tersebut akan membesar dengan baik. Saya telah taburi baja tahi cacing dan baja daun di sekeliling lingkaran batang setiap pokok yang telah saya gemburkan. Dengan harapan baja yang saya berikan itu dapat meresap ke dalam tanah seterusnya diserap oleh akar pokok, saya membuat tanah gemburan seakan berbenteng sedikit agak air tidak membawa baja mengalir terus keluar dari kawasan yang sepatutnya.

Terfikir saya berkenaan diri manusia sendiri. KIta memberikan baja terbaik untuk melihat tanaman kita sihat seterusnya membesar. Begitu juga manusia, seandainya kita inginkan anak-anak yang sihat dan membesar dengan baik, kita tidak boleh tidak memberikan makanan & suapan yang terbaik kepada mereka. Terbaik bukan sahaja dari sudut formulanya makanan tersebut, tapi lebih kepada sumber makanan itu diperolehi, terhindarnya dari sebarang was-was & ragu-ragu, tiada berkait dengan unsur-unsur syubhah dll yang seangkatan dengannya.

Sekali sahaja kita memasukkan bahan yang tidak "suci" ke dalam ruang mulut anak-anak kita, ia akan bersemadi buat selama-lamanya di dalam badan & membentuk daging-daging yang "busuk". Peribadi anak-anak akan pincang. Akhlaknya tidak indah, bicaranya kurang sopan, adabnya biadab, hormatnya gawat. Malah tercipta insan yang biadabnya terhebat, lidahnya cantas, maruahnya terjual beli. Nauzubillahi min zalik.

Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam menentukan pemakanan sedari kecil. Jika sudah terjadi yang tidak-tidak kepada anak keturunan kita, penyesalan tiada lagi gunanya. Marilah kita sama-sama mewujudkan keindahan peribadi bermula dari pemakanan. Bukan itu saja, malah (biah solehah)iaitu persekitaran yang Solehah juga dapat kita terapkan dengan lebih mudah.

Menberi makan si anak kancil,
Hinggap di hidung si rama-rama,
Beri makan si anak kecil,
Mesti junjung ajaran agama.

Mengidam si ibu hati garuda,
Menburu dengan keris pusaka,
Berhati-hati serta waspada,
Menyesal tidak di hari muka.

Minda Sihat, Minda Hebat,

Ahad, 2 Mei 2010

Jom Belajar Menjahit!

Hari ini saya begitu bersemangat untuk mengajar anda semua menjahit. Mengajar juga belajar dari anda yang lebih tahu juga. Bukanlah untuk menunjuk pandai, sekadar untuk berkongsi ilmu secalit yang saya ada. Setidak-tidaknya sama-sama kita perolehi manfaatnya. Namun, saya lebih suka membicarakan tentang jahitan baju yang paling popular bagi wanita melayu Islam; baju kurung.

Sukakah anda menjahit? Tidak berpeluang mempelajarinya? Tiada masa untuk menghadiri kelas? Tidak menjadi masalah lagi, di sini saya sedia untuk berkongsi ilmu menjahit dengan anda semua yang ingin tahu.

Mula-mula, anda boleh membuat pilihan samada untuk mengukur badan atau mengukur melalui baju yang sedia ada. Bagi yang inginkan baju berpotongan elok-elok badan, sebaiknya mereka memilih untuk membuat sukatan terus pada badan. Namun, bagi yang inginkan potongan longgar @ ingin mengikut baju yang mereka selesa pakai, buatlah pilihan untuk sukat pada baju yang telah siap.

Mari kita mulakan pembelajaran kita. Moga-moga nada semua berpuas hati. Ini adalah ukuran melalui sukatan pada badan:


Bahu; Dari tulang bahu kiri ke tulang bahu kanan.
Dada; Kelilingkan tali tape pada dada, kemudian tambahkan 1inci. Untuk baju yang lebih longgar tambahkan 2inci.
Leher ; Lingkarkan tape pada leher dalam keadaan longgar.
Labuh baju; Letakkan tape pada bahagian bahu yang tengah,kemudian sukat hingga ke bawah pada labuh yang dikehendaki.
Panjang tangan; Luruskan tangan kehadapan. Sukat tape dari tukang bahu ke hujung tangan yang dikehendaki.
Bahu dada; Sukat dari atas bahu ke atas dada.
Bahu pinggang; Sukat dari atas bahu terus ke pinggang,melalui atas dada.
Keliling ketiak; Lilit ketiak dengan tali tape, kemudian kepitkan ketiak. Pastikan dalam keadaan selesa dan longgar sedikit.
Gelang tangan; Gelangkan tape pada pergelangan tangan. Sukat mengikut kesukaan.
Pinggang; Kelilingkan tape pada bahagian pinggang dalam keadaan selesa. Jangan kempiskan perut, supaya tape tidak menjadi terlalu ketat atau terlalu longgar.
Punggung; Lingkarkan tape pada bahagian punggung dalam keadaan selesa, kemudian tambahkan 1inci.
Labuh kain; Sukat dari tepi. Letakkan awal tape pada pinggang, sukat ke paras yang di kehendaki.

Mudah bukan? :)
Seterusnya, sukatan menngikut ukuran baju yang telah siap:
Bahu;
Mula pada pertemuan antara badan baju dengan tangan. (untuk basi, 1/2 inci sahaja setiap sisi)
Dada;
Sukat dari kekek yang bersambung pada pesak baju sebelah kanan hingga kepesak di sebelah kiri baju.
Tengkuk baju;
Ukur keliling lubang tengkuk baju.
Labuh baju;
Dari atas bahu baju hingga ke hujung baju di bahagian pertemuan pesak,badan.
Panjang tangan;
Dari pertemuan bahu badan dengan tangan hingga kehujung tangan.
Bahu dada;
Kebiasaannya,bahu dada ialah 8-9 bagi orang yang kurus dan 10-13 bagi yang berisi.
Bahu pinggang;
Bagi kurung biasa: tidak perlu.
Kurung Moden: sukat dari tengah bahu baju hingga ke pinggang baju (bahagian yang sedikit melengkuk pada sisi badan baju)
Kurung Pahang: dari atas bahu hingga ke hujung pesak atas (yang bertemu dengan pesak bawah)
Keliling ketiak;
Mula pada atas bahu ke ketiak baju (bertemu dengan pesak)
Kurung Moden: sukat secara menyerong dari bahu ke ketiak.
Gelang tangan;
Letakkan baju. Sukat gelang dari hujung ke pertemuan jahitan gelang tangan. Jumlah akan di darab 2.
Pinggang;
Hamparkan kain. Sukat getah pinggang kain tersebut. Tidak perlu keliling, nilai akan di darab 2. tapi, tolak 3@2 inci dari sukatan tersebut kerana getah akan memeri (boleh ditarik lagi)
Punggung;
Ukur punggung pada bahagian hujung zip kain. Lintangkan tape di tengah-tengah kain. (sekurang-kurangnya di bahagian hujung bawah zip kain)
Labuh kain;
Sukat dari kain bahagian atas hingga ke hujung kain di bawah. Perlu di tambah 1 1/2 inci untuk  lipatan getah, 1/2 inci lipat bawah kain.

Selamat mencuba.

Salam Tailor,




Sabtu, 1 Mei 2010

Sehari Tanpa Kerja?

Hai semua... Mudah-mudahan hari ini kita telah melakukan sesuatu yang begitu bermanfaat terutamanya buat diri kita sendiri. Itu sudah cukup baik. Malah, tentu ada yang sudah keluar untuk meneruskan urusan yang tergendala semalam mungikn disebabkan hujan @ masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Maklumlah, sekarang cuaca tidak menentu; terkadang hujan lebat sepanjang hari, ada pula panas hingga ke malam... Dunia sudah sukar untuk diramalkan.



Tapi, di sini saya tertarik untuk berbicara mengenai " sehari tanpa kerja". Pernahkah anda semua alaminya? Bagi saya amat jarang untuk saya mendapat peluang sedemikian rupa. Alangkah seronoknya kalau hidup berlenang-lenangan sepanjang masa. Eh, betulkah? Jawapan yanag mampu saya beri; TIDAK! Mengapa?

Hmmm, kerana apabila kita telah membuat "setting" minda supaya berkerja setiap hari, maka kita tidak akan gembira apabila hanya bersenang-senangan sepanjang masa. Tetapi tidak pula bermaksud kerja tanpa rehat. Kita bukanlah mesin @ robot yang berkerja tanpa had. Sedangkan jika mesin beroperasi sepanjang masa pun boleh rosak, inikan pula manusia yang punya naluri kepenatan dan perlukan kerehatan badan yang cukup. Sekiranya kita tidak memberikan hak tubuh yang sepatutnya, kita sendiri yang harus menanggung padahnya.

Membuat kerja bukan semestinya melakukan sesuatu yang berat & membebankan. Namun, kerja merangkumi semua aspek yang memerlukan tindakan & tenaga untuk melakukannya. Sebagai contoh; menulis, memasak, kerja-kerja berfikir, merumput dll. Lihat, adakah kerja-kerja ini amat berat? Tidak bukan, jadi meluangkan masa untuk melakukannya setiap hari akan memberikan kelebihan kepada diri kita juga.

Jangan biarkan diri "sehari tanpa kerja" kerana ia akan membuatkan minda berehat dari aktiviti berfikir. Apabila otak kurang berfikir, ia akan cepat tua. Otak yang tua tidak mampu melakukan banyak kerja-kerja berfikir yang baik, kritis & kreatif. Minda yang aktif akan membuatkan kita tampak lebih muda dari usia! Percayalah... Jadi, biasakan diri untuk membuatkan minda berkerja dengan proaktif setiap hari.

Selain dari itu, kita sering melihat orang-orang tua bukan? Ada diantara mereka yang masih sihat & masih larat melakukan kerja-kerja berat. Hal ini kerana mereka telah menbiasakan minda, tulang-tulangan & seluruh bahagian badan mereka untuk membuat kerja. Inilah buktinya, keaktifan diri bisa menjadikan kita sihat walaupun usia semakin meningkat.

Sekali-kali kita tidak perlu merasa menbazir masa @ merasa rugi meluangkan masa untuk sedikit aktiviti sihat ini. Berkerja walaupun kadang kala memenatkan, tapi ia akan menyegarkan. Manakala, tidak berkerja seperti menyeronokkan, tapi ia lah bahana masa depan. Banyak faedah yang bakal kita perolehi dari apa yang kita lakukan. Bukankah setiap yang kita lakukan itu pasti ada imbalannya?

Rakan baik Kerja,