Popular Post

Selasa, 25 Mei 2010

Sedikit Ulasan Peribadi; Buang Bayi...Prihatinkah Siswa? (Suara Siswa,25 Mei 2010)



Salam kesejahteraan buat yang kurang sihat, salam kehebatan buat yang sihat2, salam kegembiraan buat yang kesedihan & salam kasih sayang buat yang rasa diri kurang disayangi... Apapun perasaan kita tika ini, saya mengharapkan masih ada satu sinar buat kita semua menikmati hidup ini dengan cara yang terbaik yang kita semua harapkan.

Saya amat bersimpati apabila mendengar, membaca, menonton & pelbagai2 "men" lagi berkaitan permbuangan bayi. Insan lemah yang tak berdosa diperlaku sedemikian kejam. Manusia zaman ini telah kembali kembali menjadi seperti manusia zaman Jahiliyah yang menanam anak hidup. Namun, kini lebih dahsyat apabila sanggup membiarkan bayi kerdil longlai di gigit serangga, malah di lahap anjing liar. Nauzubillah... Semakin hari, semakin tipis iman kita yang sedia maklum senipis kulit bawang. Amat menyedihkan.

Malam tadi, tanpa dirancang saya telah tertonton satu rancangan yang saya tidak pernah menontonnya sebelum ini (jujur) itupun kerana ibu saya yang memilih siaran TV pada malam itu. Saya tertarik mendengar perbincangan antara 3 orang Penal yang terdiri dari siswa/siswi, bersesuaian dengan tajuk rancanagn tersebut (Suara Siswa) & seorang dari kementerian. Rancangan ini dihostkan oleh Dr.Fazley (penyanyi Asmara ini)

Pelbagai pendatan dan idea yang dilontar setiap daripada mereka yang diajukan soalan. Namun, pada saya kebanyakannnya kurang memuaskan hati. Mereka seolah hanya cakap di bibir, bukan dari hati. Tidak mengapalah, mungikin mereka juga asing dengan perbincangan tersebut; maksud saya, perkara tersebut tidak dilalui sendiri, jadi jawapannya juga seolah ragu-ragu dan tidak tuntas.

Tapi dari jawapan yang diberikan Hjh Amni, dari sebuah jabatan kerajaan, amat tenang dan bersahaja, namun cukup padat. Terfikir saya, amat terbiar siswa-siswi kita kerana tiada 1 pun organisasi @ badan NGO yang mengambil berat secara langsung urusan mereka. Mereka ini seperti "anak tiri" yang dibarkan tanpa kasih sayang yang cukup menyebabkan mereka menjadi liar. Ditambah dengan sifat semulajadi remaja itu sendiri yang sering ingin mencuba, membuatkan mereka mudah terjebak dalam apa jua yang mendekati hidup mereka. Jika yang datang itu baik, maka baiklah mereka. Jaka yang datang itu buruk, maka busuklah jadinya.

Di akhir rancanngan, Dr.Fazley ada mengajukan soalan, "bagamanakah pula bagi mereka yang menjual anak..." jawapan dari salah seorang dari ahli Panel mengatakan itu juga perbatan terkutuk sama seperti yang membuang bayi. Namun pada saya, lebih baik melihat bayi itu "dijual" dari dimakan binatang! Si ibu mungkin ada beberapa sebab melakukan sedemikian. Untuk menjaga dan memelihara bayi itu, sudah tentu tidak, kerana mungikn malu pada orang disekelilingnya, tidak mampu dari segi kewangan untuk membesarkan anak tersebut dll. Jangan terus menghukm orang, jika kita tidak tahu apakah hasrat disebalik tindakan yang dilakukannya.

Ada 1 kisah yang saya dengar sendiri. Seorang remaja perempuan mengandung anak tak sah taraf. Namun, dia tidak pernah berhajat untuk menggugurkan kandungannya kerana yakin bahawa bayi itu berhak untuk hidup, dan semuanya bukan salah bayi, tapi salahnya sendiri. Cukup tempoh 9 bulan, bai dilahirkan. Namun sebelum dilahirkan, anak tersebut telah dipersetujui untuk diserahkan kepada orang lain yang lebih layak untuk menjaganya. Jadi, pihak ketiga ini telah bertindak sewajarnya dengan membiayai segala kos perubatan hospital dan segala kelengkapan bayi tersebut. Pihak ketiga ini adalah sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah Si Ibu melahirkan bayinya, mereka terus menjaga bayi itu seperti anak kandung sendiri.

Bukan itu sahaja, mereka telah memberikan sejumlah wang kepada Si Ibu untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. niat Si Ibu adalah agar Si Anak dapat hidup lebih sempurna dan membesar dalam suasana yang lebih baik. Hinakah niat suci seorang ibu ini? TIDAK. Malah perbuatan ini tidka termasuk dalam golongan "jual beli" seperti yang dianggapkan oleh Panel tersebut. Wang tersebut adalah sekadar hadiah kepadanya serta ehsan pihak ketiga yang ingin memelihara anaknya itu, bukan tujuan membeli bayi. Dia telah bertindak dengan betul sekali, berbanding dia membunuh anak tesebut dengan kejam dan zalim. Atau menjual anak tersebut untuk tujuan keji seperti untuk hidangan eksotik di restauran, untuk tujuan yang tidak elok dll. Pihak ketiga yang bertanggungjawab tersebut juga tidak memisahkan Si anak dan Si Ibu, kerana mereka masih menghubungkan antara keduanya. Adakalanya, dihanrat gambar-gambar anak kepada Ibunya, agar terlerai rindu seorang Ibu. Ibu manalah tidak rindukan anak yang pernah diusung 9bulan dalam perutnya.

Jadi, jangan terus menyalahkan seseorang atas tindakan yang diambilnya, kerana itu sudah pasti untuk kebaikan. Melainkan apa yang dilakukannya itu terus terang menyalahi norma-norma adat & hukum agama. Marilah kita sama-sama menjaga isi rumah kita, agar perkara sedemikian tidak terjadi. Jika isi rumah baik & bahagia, maka masyarat yang terbentuk adalah masyarat yang harmoni & tenteram. sayangilah umat kita yang semakin dhaif akhlak & miskin iman ini, semoga kita dapat membina semula apa yang hampir luput itu.

Salam Muhasabah Buat Semua,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan