Popular Post

Isnin, 3 Mei 2010

Menbesar Dengan Sihat



Salam sihat & membesar dengan yang baik-baik. Anda semua pasti tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk ini untuk diperkatakan pada hari Selasa yang damai ini. Pagi ini, sejurus terjaga sahaja saya dari tidur yang panjang sepanjang malam tadi, minda saya merembes keluar semangat untuk bertani @ berkebun pada pagi ini. Lantaran cuaca juga redup, akan membuatkan saya lebih selesa berada di kebun nanti.

Sebenarnya, saya baru sahaja selesai membaja pokok-pokok jagaan di kebun yang tidak jauh dari rumah saya. Semasa membaja pelbagai perkara yang terlintas di fikiran saya untuk melihat pokok-pokok tersebut membesar dengan sihat & cepat sekali. Namun begitu, saya bukanlah seorang yang boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada tanaman tersebut atas sebab urusan & tanggungjawab saya yang lain.

Tetapi, sepanjang berada di kebun tadi saya tidak putus-putus berdoa agar pokok-pokok tersebut akan membesar dengan baik. Saya telah taburi baja tahi cacing dan baja daun di sekeliling lingkaran batang setiap pokok yang telah saya gemburkan. Dengan harapan baja yang saya berikan itu dapat meresap ke dalam tanah seterusnya diserap oleh akar pokok, saya membuat tanah gemburan seakan berbenteng sedikit agak air tidak membawa baja mengalir terus keluar dari kawasan yang sepatutnya.

Terfikir saya berkenaan diri manusia sendiri. KIta memberikan baja terbaik untuk melihat tanaman kita sihat seterusnya membesar. Begitu juga manusia, seandainya kita inginkan anak-anak yang sihat dan membesar dengan baik, kita tidak boleh tidak memberikan makanan & suapan yang terbaik kepada mereka. Terbaik bukan sahaja dari sudut formulanya makanan tersebut, tapi lebih kepada sumber makanan itu diperolehi, terhindarnya dari sebarang was-was & ragu-ragu, tiada berkait dengan unsur-unsur syubhah dll yang seangkatan dengannya.

Sekali sahaja kita memasukkan bahan yang tidak "suci" ke dalam ruang mulut anak-anak kita, ia akan bersemadi buat selama-lamanya di dalam badan & membentuk daging-daging yang "busuk". Peribadi anak-anak akan pincang. Akhlaknya tidak indah, bicaranya kurang sopan, adabnya biadab, hormatnya gawat. Malah tercipta insan yang biadabnya terhebat, lidahnya cantas, maruahnya terjual beli. Nauzubillahi min zalik.

Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam menentukan pemakanan sedari kecil. Jika sudah terjadi yang tidak-tidak kepada anak keturunan kita, penyesalan tiada lagi gunanya. Marilah kita sama-sama mewujudkan keindahan peribadi bermula dari pemakanan. Bukan itu saja, malah (biah solehah)iaitu persekitaran yang Solehah juga dapat kita terapkan dengan lebih mudah.

Menberi makan si anak kancil,
Hinggap di hidung si rama-rama,
Beri makan si anak kecil,
Mesti junjung ajaran agama.

Mengidam si ibu hati garuda,
Menburu dengan keris pusaka,
Berhati-hati serta waspada,
Menyesal tidak di hari muka.

Minda Sihat, Minda Hebat,

2 ulasan:

  1. Wah bagusnya dia hari ni..tp jangan tak tau tuan puteri pun turun padang hari ni..Mcm tak percaya je...hahaha

    BalasPadam
  2. Itu lah pasal, terkejut juga... Tapi bagus melakukan sesuatu yang baru dalam hidup ini kan? Teruskan usaha anda itu... Semoga berjaya,Puteri Anggun! :)

    BalasPadam