Popular Post

Jumaat, 7 Mei 2010

Mengapa dihalang Air mata mengalir?


Salam sejahtera buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli bait & seluruh sahabat & sahabiah yang diredhai Allah. Selautan syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bermadah & mencoret selembaran nukilan minda di sini.

Saya tertarik untuk mencungkil rahsia disebalik air mata yang mengalir keluar dari kelopak yang sayu, menitis ke pipi tanpa dipaksa. Mungkin sukar meluah rasa jika bukan diri yang melalui saat duka yang mengguris jiwa. Namun, adakalanya hati tersentuh tatkala bibir berbicara hiba. Tapi, ada juga yang gembira hingga mengalirkan air mata girang ceria. Sifat air mata duka, hangat dan menghangatkan. Tapi, air mata

Jangan dilarang mata yang ingin menangis kerana ada kebaikan disebalik tindakan tersebut. Salahkan jika kita menangis? Sudah tentu tidak. Kerana air mata juga memerlukan terapi semulajadinya; air mata! Ya, air mata amat berguna kepada kesihatan mata kita. Tanpa air mata, ia akan rengsa & kering. Hal ini bisa mebuatkan mata( retina) luka.

Perbuatan menangis juga tidak dilarang dalam Islam. Malah kita digalakkan menangis dari lebih ketawa & gembira. Mengapa kita dianjurkan sedemikian? Kerana untuk mengingatkan kita bahawa jangan terlalu suka, mungkin ada saat duka yang kita tidak mampu menanggungnya kemudian hari. Bukan itu saja, malah sentiasa mengingatkan kita tentang azab & hisab. Apakah masih mampu kita bergembira disaat dipalu di akhirat sana? Tidak, azab yang maha dahsyat; daging-dagingan kita tidak tegar melekat ditubuh, hancur luluh segalanya. Oleh itu, janganlah terlalu gembira di saat kita sihat, tika kita bahagia dll. Walaupun begitu, bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang seketika cuma itu.

Apakah khasiat di sebalik tangisan? Mari kita lihat...

> Untuk membersihkan mata dari segala dosa mata yang telah kita lakukan sepanjang hari itu. Makin banyak air mata keluar, makin terhapus dosa-dosa kecil mata.

> Menyegarkan mata dari habuk-habuk yang telah menyapa mata.

> Membersihkan mata dari selaput yang menghalang penglihatan yang baik.

> Dapat mengelakkan mata dari kerengsaan yang sangat.

> Membantu memelihara kecantikan mata agar terus bersinar & bermaya.

> Walaupun air mata keluar dari kelopak mata, namun ia mampu memberi kesan besar kepada kecergasan minda kita.

> Membantu menenangkan hati & fikiran.

> Mengawal diri untuk membuat keputusan dengan tenang & rasional.

> Melegakan tekanan & stress yang membelenggu jiwa.

> Membina jiwa & rohani orang-orang yang resah gelisah.

> Mendidik diri agar sentiasa tabah & tidak bertindak terburu-buru.

> Menangis sifat orang-orang yang sabar.

Lihatlah, betapa banyaknya yang bakal kita perolehi dari satu perkara kecil yang diperkecilkan ramai orang. Sedangkan cekalnya jiwa-jiwa juang dahulu kerana hasil disebalik tangisan yang berkualiti kepada Pencipta. Nabi S.A.W. jua menangis; bukan bererti lemah @ simbol kemanjaan tapi ia adalah sumber kekuatan jiwa yang halus.

Jadi, menangislah! Janganlah rasa malu menangis kerana anda seorang lelaki, kerana bimbang digelak cengeng (keanakan), janganlah rasa lemah menangis kerana tangisan itu sumber kegagahan jiwa. Namun, sebaik-baik tangisan adalah kerana Allah & untuk Allah, hanya mengharapkan kekuatan dari-Nya. Serahkan diri pada Allah, Dia akan mengaturkan yang terbaik buat kita.

Tangisan Sumber Kekuatan Jiwa,

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas artikel yg sungguh bermakna...I really love it...Di saat terasa air mata ingin mengalir keluar, jd tak perlu ditahan2 lagi kan?

    BalasPadam
  2. Yup,jangan tahan...lets it be...

    BalasPadam