Popular Post

Khamis, 23 September 2010

Membaca Meningkatkan Keupayaan Minda


Salam kasih sayang dari saya buat semua. Semoga hari ini kita terus berusaha meingkatkan pemahaman dan pengetahuan kita dalam apa sahaja ilmu pengetahuan. Satu darinya ialah dengan "MEMBACA".

Terdidik amalan membaca ini bermula dari ibubapa. Benarkah? YA!
Ibu berperanan semenjak bayi dlaam perut lagi. Bapa pula, perlulah menjadi pendorong ibu kepada amalan mulia ini.

Seperti maksud hadis Nabi S.A.W: " Jika sekiranya kamu mahukan dunia, maka kamu perlukan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, kamu perlukan ilmu. Jika mahukan kedua-duanya, kamu perlukan ilmu".

Jelas sekali, bahawa Islam amat mementingkan amalan membaca, sekaligus menuntut ilmu dengan cara membaca. Begitu juga dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tahukah anda semua, dengan tabiat baik ini, kita juga dapat menakluki orang lain, seterusnya dunia! Percayalah. Kerana itulah, kita amat disarankan dan dituntut untuk mengamalkannya.

Olehhal yang demikian, marilah kita sama-sama menjana pemikiran kita dengan amalan membaca. Bukan sekadar membaca apa yang kita sedang pelajari, tapi bacalah semua perihal agar kita menjadi seorang yang luas pandangan, luas pengetahuan, serta luas pengajaran dan pengalaman. Tidak rugi walaupun satu, malah untungnya berlipat ganda.

Jadi, marilah kita memilih untuk menjadi orang-orang yang beruntung, dari menjadi mereka-mereka yang rugi lagi pendek fikirannya.

Selamat menanam pohon membaca dalam diri kita semua. Sudah pasti ia akan sentiasa berbuah lebat dan merimbun sehingga menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan yang melintasinya. Jika mati satu hari nanti, dahannya tetap berguna untuk menjadi kayu api yang dapat memanaskan badan mereka yang kesejukan, menjadi kayu untuk dibuat kapal kelasi berlayan di laut luas, menjadi papan untuk berlindung sekeluarga.

Marilah kita fikirkan, banyak kebaikan dari keburukannya.

Umat Membaca, Umat Cemerlang;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan