Popular Post

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kaedah mudah menanam pokok bunga

Salam keceriaan buat anda semua yang setia mengikuti blog saya ini. Walaupun ia tidaklah se-gah blog-blog lain, namun saya amat berharap, blog kecil saya ini dapat menyumbang sedikit manfaat kepada perkembangan hidup anda semua (^^)

Apa fokus kita hari ini? Terlintas difikiran saya untuk berkongsikan kaedah menanam pokok bunga! Mungkin ia menarik, mudah dan senang sungguh untuk dilakukan...tapi, kita tidak terfikir pun sebelum ini (perasaan diri sebagai perintis cara) Mari kita ikuti cara yang ingin saya kongsikan bersama ini :)

Mula-mula, pastikan kita telah memilih pokok bunga yang ingin kita tanam... Tidak kiralah pokok berbunga atau hanya pokok berdaun. Anak pokok atau keratan batang, atau daun atau biji benih ataupun bebawang.Terpulang mengikut kegemaran anda. Ia juga berkait rapat dengan landskap atau susun atur yang kita rancangkan untuk tanaman dan taman bunga kita tersebut. Lagi bagus jika pokok bunga ini mudah didapati samada dengan cara membeli anak pokok, atau memotong sedikit dari pokok bunga yang sedia ada, atau mengambil anak pokok dari ibunya yang asal. Itu semua bergantung kepada kos dan budjet yang anda sediakan untuk perkara ini. Perkara yang turut penting di peringkat ini adalah KREATIF.

Sebaik-baiknya, pilihlah menanam pokok bukan pada musim hujan atau terlalu panas. Tapi, pada musim lembap tapi tidak hujan. dan panas dalam kadar biasa, tapi tidak terik dan kering.

Kemudian, sediakan tanah. Isikan tanah ke dalam poli beg, namun, jika anda tahu anda seorang yang kurang rajin atau tidak ada masa untuk melihat dan menjaga pokok itu dengan teliti di kemudian hari, tidak salah terus menggunakan pasu bunga cantik yang telah anda beli di nursery petang tadi (^^) malah, ia dapat menjimatkan masa anda untuk menguruskannya nanti... Pastikan tanih yang dipilih adalah dari jenis gambut (kerana ia mudah menyerap air) lagipun, anak pokok memerlukan air yang mencukupi untuk proses tumbesarannya. Namun, jika ia dari jenis orkid, tanah pasuan perlu digunakan (ia boleh didapati di nursery berdekatan anda) Walaupun tanah gambut baik untuk tanaman, namun tidak salah jika kita campurkan sedikit dengan pasir atau tanah hitam (tanah bakar) kerana ia memberikan nutrien tambahan kepada pokok anda. Sebaik-baiknya, elakkan dari menggunakan tanah liat, kerana ia tidak dapat menyerap air dengan baik dan menghalang air sampai ke bawah akar pokok.

Setelah tanah tersedia, tanamkan anak pokok ke dalam bekas tersebut. Pastikan juga, sekiranya ia dari keratan batang, duri atau arah tunas tidak berbalik ke bawah. Sekiranya hal ini terjadi, pokok bunga yang bakal diperolehi nanti adalah songsang arahnya. Kaedah mencucuk batang tersebut juga perlulah mengenget sedikit @ tidak tegak macam tiang eletrik. Kadang kala, ada kepentingannya mencari dahan pokok yang ada tunas, kerana kita dapat melihat perubahan dan pertumbuhan pokok itu dari hari pertama lagi.

Bagi penanaman melalui biji benih, pastikan tanah dikorek tidak terlalu dalam, dan letakkan biji benih. Tapi awas! jangan menekan kuat atau menutup dengan banyaknya tanah di atas biji tersebut. Hal ini akan melambatkan @ terus tidak tumbuh pokok yang kita harapkan itu. Cukup sekadar, benutup biji benih dengan tanah di sekelilingnya dengan menaburkan secara besahaja @ sopan (tidak perlu kasar-kasar atau menekan-nekan tanah diatas biji benih)

Bagi anak pokok pula, jangan potong akarnya sekiranya ia berjurai @ serabut. Biarkanlah,itulah seni pokok tersebut. Nanti besar, cantiklah ia (^^) Pastikan seluruh akar masuk ke dalam tanah, dan tidak perlulah tanam sebahagian dari batang pokok itu,nanti kita jadi tidak bersemangat kerana pokok kita kelihatan renek dan seperti tidak besar.




Selesai juga kita tanam pokok!Tahniah dari saya! (^^)  Jadi, jom kita siram sama-sama agar ia cepat besar di bawah jagaan kita. Tapi, untuk permulaan, janganlah siram terlalu banyak, bimbang akar @ batang dalam tanah akan memburuk@ lembik kerana terlebih air. Siram dalam kuantiti sederhana mengikut saiz anak pokok, tapi konsisten setiap hari, jika tidak hujan. Sekiranya anda ada wang lebih, jangan berkira-kira untuk memberikan baja kepada anak pokok kecil yang baru ingin membesar ini. Hati kita akan lebih puas dan gembira, bila melihat pokok bunga kita hidup subur.

Malah, mungkin ia boleh menjadi teman kita ketika kita ingin berkongsi rahsia, tapi malu orang lain mengetahuinya. Selamat menanam pokok buat anda semua... (^^)


_sima md saad_
29 Okt 2011, sabtu malam ahad








Tiada ulasan:

Catat Ulasan