Popular Post

Rabu, 3 Ogos 2011

Dari Happy, Jadi Muddy

Bukanlah saya ini orang yang amat bersabar. Namun, di bulan Ramadhan yang mulia ini saya sedaya mungkin meningkatkan kesabaran di dada. Tetapi pagi ini, saya sudah tidak dapat menahan lagi berang yang sudah lama membeku di otak. Mana tidaknya, kemarahan dihamburkan kepada saya. Sebelum marah, fikir dulu siapa yang salah! Saya telah menjalankan tugasan saya seawal pagi. Sekarang masa saya ke kelas untuk sesi pembelajaran anak murid saya. Salahkah saya jika saya tidak mengambil kertas-kertas yang telah di fotostat di pejabat hanya kerana saya baru sahaja turut dari kelas? Adakah saya tidak punya waktu sendiri yang saya pilih untuk melakukannya? Sedangkan dari pagi tadi orang tersebut masih belum datang. Kemudian menuduh saya tidak menjalankan tugas yang telah ditaklifkan di jembala saya. Saya tidak boleh menerima situasi tersebut.

Saya memang tidak mahu memaafkannya, kerana dia tidak mengaku kesilapan dirinya sendiri. Itu bukan salah saya dan bukan silap saya. Kalau kena pada anda juga, saya pasti anda akan terkesima dan terkejut. Culaskah saya dalam menjalankan tugas? Saya masih banyak pilihan lain. Itu bukan pilihan hati saya. Ambillah tugas tersebut jika dia memang seorang yang menjalankan tugas dengan baik. Benarkah? Tepuk dada, tanya iman. Bila-bila masa saya memang berlapang dada untuk melepaskan jawatan saya. Bukan saya kebulur sangat dengan semua ini.

Emosi masih tidak stabil. Saya mahu pulang dan bertenang di rumah. Doakan saya menjadi kembali bersabar. Saya berharap saya kembali normal. Ya Rabb, bantulah hamba-Mu ini. aminn

11.43 a.m, Jumaat, 5 Ogos 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan