Popular Post

Ahad, 18 September 2011

Seronoknya Family Day (^^)


Sudah lama tidak meluangkan masa bersama seisi keluarga. Bila dapat bersama seronok dan ceria dunia ini. Saya dan keluarga bercuti sambil Family Day di Pangkor pada 2Sept 2011 yang lalu (hari raya ke-2)




Perjalanan yang lancar bermula seawal pagi. Kami mengambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah saudar mara di sebelah Utara Perak. Setelah menziarahi mereka sambil beraya, kami meneruskan perjalanan yang menyeronokkan itu ke Pulau Pangkor. Terbayang keindahan pulau itu. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa bila berdiri di tepian pantai, menikmati cahaya mentari yang terbenam di kaki gunung, sambil kedengaran suara gelak ketawa anak-aank berlarian di gigi ombak.... Sungguh mengujakan jiwa (^^)







Walaupun kami cuma dapat menginap di Hotel yang tidak seberapa sempurna, namun cukuplah untuk berlindung dari hujan panas selama 1hari 1 malam. Malam itu, saya agak kepenatan setelah habis seharian dalam perjalanan ke sana. Seusai solat, saya tertidur. Bila terjaga, saya dapati jam telah melewat jam 10. Saya sedikit hampa kerana tidak dapat berjalan menghirup udara malam yang pasti mendamaikan. Tetapi, saya punyai 2 orang kakak yang amat memahami :P... Mereka sedia menemani saya keluar dan bersiar-siar. Disamping itu, kami membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang...



Keesokan pagi, kami keluar mencari sarapan. Kepadatan pelanggan di sebuah gerai Melayu yang menjual sarapan membuatkan kami terpaksa menunggu agak lama. Kami memenuhi masa itu dengan berjalan dan membeli pakaian yang memikat hati :) Dapat juga satu sebagai kenangan dari pulau indah itu... sukanya.. ;) Sebelum kami berangkat pulang, sempat juga kami roung island. Apa yang dahsyatnya, laju sangat-sangat teksi van itu dipandu. Macam nak terkeluar otak. Tak sempat nak menghela nafas. Seperti samseng jalan raya lagak pemandu itu. Kecut-kecut perut semua di dalam van. Kami sekadarnya sahaja menyaksikan permandangan sekeliling, apa yang lebih difokuskan adalah "keteroran" pemandu itu memandu dalam keadaan jalan yang mencuram dan bukit yang mendaki tinggi, malah bersimpang siur dan jalan yang sempit. Demikianlah situasi yang boleh digambarkan. "Practice be parmenent" :)

1 ulasan:

  1. Kena plan next trip yang lebih proper supaya boleh jalan gile2..HEHE :)

    BalasPadam