Popular Post

Khamis, 16 Jun 2011

~aku~ part 2

Semalam rahang saya membengkak. Sebelah kanan terasa ngilu, sebelah kiri bengkak dan sakit. Saya seperti tidak mampu bertahan. Nak buka mulut pun payah.

Saya laratkan juga diri untuk ke sekolah. Tapi setelah sampai, saya cepat-cepat menyelesaikan tugas-tugas saya pagi itu. Kemudian saya menuju ke pejabat dan meminta kebenaran untuk ke klinik. Ustaz sarankan saya ke klinik panel sekolah. Saya bersetuju. Saya ditemani mazni, kawan sekerja saya menaiki kereta yang dipandu saya sendiri. Bukan apa, saya tidak mahu dia susah-susah atas urusan saya.

8.30 pagi
Kami telah sampai di klinik, namun hampa klinik panel sekolah tersebut tutup (doktor yusuf baru lepas menjalani pembedahan) kami berdua tidak tahu kerana sudah lama tidak ke sana. Terus kami bergegas ke klinik lain. Klinik zabidah tidak jauh dari situ. Saya pesakit kedua, namun 1jam lebih kami menunggu dr. Yang belum tiba. Masa terus berjalan. Rahang saya berdenyut-denyut.

Bila tiba giliran saya bertemu dr. Saya memberitahunya apa yang saya rasa. Dr. Mengesahka bahawa kelenjar di antara tulang rahang atas dan bawah mengalami radang dan memerah (bengkak). Menurut dr. Lagi, tulang rahang saya singkat dan sedikit sahaja yang bersangkut. Hal itu amat bahaya sekiranya saya menguap terlalu luas, atau membuka mulut dengan besar, kerana ada risiko tidak boleh ditutup semula. Dr. Menuliskan beberapa jenis ubat yang perlu saya terima bagi merawati sakit itu. Saya berharap sakit ini akan berakhir secepat mungkin. Kerana dalam keadaan sebegini, saya tidak dapat fokus dan mengajar dengan baik. Tambahan pula saya megajar kelas-kelas tingkatan 1; sukar dikawal tanpa suara yang lantang dan mereka tidak dapat mendengar suara saya. Dr. Memberikan mc 1 hari untuk saya berehat dirumah.

Pernah terjadi dulu, saya menguap agak luas (kurang sopan bila sendirian) tiba-tiba mulut saya tidak boleh ditutup semula. Panik saya. Macam nak menangis. Saya cuba bertenang, dan tidak lama kemudian, ia tertutup dengan baik. Alhamdulillah…. Kadang-kadang ia berbunyi seperti berlaga-laga antara tulang tersebut, terkadang ia ok. Cuma, sudah lama perihal itu tidak terjadi, dan saya telah melupakannya. Kali terakhir saya mengalaminya 3tahun yang lalu. Saya ingat ia biasa-biasa saja. Rupa-rupanya, saya masih dibelenggunya… ujian dari allah… semoga allah akan mempermudahkan urusan saya dan anda semua yang menghadapi hal yang sama seperti saya.

Semoga segala kesakitan yang dihidapi akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu, yang sedang berlaku dan yang akan datang.

Salam kesihatan dari saya,
Sima Md Saad
17 jun 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan