Popular Post

Selasa, 12 Mei 2009

Sejarah pasti berlalu


Bile dah semakin besar ni,banyak perkara waktu kecil2 dulu yang kita lupai….Kita berfikiran bahawa “yang lepas biarkan berlalu,yang sedang dihadapi haruslah dinikmati habis2an”….dahsyat betul 2….

Tapi bagi aku,apa yang tersemat sebagai sejarah dalam hidup aku akan terus segar dan mekar sampai bila2…Kita membesar atas dasar pengalaman lalu jua…Kalau tidak kita tak akan merasai apa yang kita nikmati hari ini..So,kita perlu juga pandang ke belakang!Bukan untuk berundur dan mengalah,tapi mengambil apa yang patut kita ambil sebagai pengajaran dan pedoman….Prosessor minda aku akan sentiasa memainkan pelbagai memory yang aku hampir2 lupa…Bukan sahaja yang manis,malah yang pahit,payau,tawar,kelat semuanya terus menjadi lagu favorite dalam hidup aku…


Aku masih teriyang2 ditarik di atas upih kelapa yang jatuh dekat tepi rumah kami….Setiap petang kami selalu main konda-kondi…best!!!Entah masih wujud pada generasi sekarang aku pun kurang pasti….Aku ada 1 parut di hujung kening sebab terkena kayu yang dipukul 2….huhuhu budak degil….kenangan…

Jerit pekik mak yang memanggil nama ku semasa aku sedang asyik dengan “dangau2” di bawah rumah papan Felda masih segar di ingatan…Perut kosong terasa sentiasa penuh dengan tawa dan fantasi kanak-kanak waktu itu…Pokok duit2,bunga siantan,bunga kertas semuanya menjadi mangsa kami….Lepas main mesti mak membebel panjang sebab halaman jadi berselerak tarak tak terurus…kami pula,larikan diri…masing2 tak mahu kemas,main je nak!hahaha kesian mak time 2 terpaksa melayan karenah anak2 yang macam2 ragam…Tapi mak tetap ibu yang terhebat kat dunia ni!!!tabik spring!hemmmm….indah sungguh memory 2…


Aku ni antara anak yang paling ganas + nakal + buas dan macam2 lagi…Pokok mane yang tak ditawanku?Tak ada!…Semua telah ku tawan sejak kecil lagi…hehehe Bila dah besar ni, apabila benakku memutarkan pitanya,aku malu sendiri dan hampir tak percaya semua 2 aku yang buat!!!Sekarang ni aku dah “ayu”…hihihi

“Merahnye jambu 2…” aku tak pernah berfikir banyak bila dipinta memanjat…Dalam fikiranku tidak pernah memikirkan aku akan ‘jatuh’, senang cerita…tiada istilah jatuh dalam kamus hidup aku…Malang tidak berbau, aku tersalah langkah…dan aku terus terjunam macam helang nak sambar ayam!Habis semua jambu yang aku dah kumpul dalam baju tadi…bertaburan di bumi…Ya Allah,,,,ape yang terjadi…Aku terkaku dan membisu seribu kata….Aku Cuma nampak kepala2 yang sedang memandang aku dari atas…Aku terjatuh atas kyu api getah yang masih keras…Entah siapa yang angkat, aku tak sedar, yang pasti aku dah berada di dalam rumah dan emak sedang menguru2 pinggang aku….Tapi,aku tak kenal erti “serik”, petang itu aku dah berlari2 nak buat aktiviti yang lebih kurang sama…Tapi mak marah…Aku pun merajuk…huhuhu


Perkara yang paling aku suka buat dulu,bila dah kena marah @ aku merajuk,aku akan habiskan masa berjam2 di atas pokok jambu batu dekat rumah Mak Andak; jiran yang paling aku rapat….aku rasa tenang je….angin pula sepoi2 terkadang kencang aku akan berpaut kuat2…sambil mengunyap buah jambu yang memanjang melekat di tangan….hehehe

Indahnya saat 2…

Bila aku di alam remajaku….aku pernah saksikan sendiri macam mana ayah tempeleng pipi kakak aku….Air mata dia jatuh berguguran di pipi,aku terkaku….Tapi masa 2 macam tak adil,dia tak sempat nak menegakkan dirinya….kesian sangat pada kakak…aku turut rasa nak menangis….Tapi alhamdulillah, aku tapi pernah kena sampai aku dah besar panjang ni….Mungkin ayah juga ada sebab dan alasannya sendiri…

Hemmm… bilelah kite nak rase lagi semua perkara macam 2…


Sekarang hati aku ni ayik teringat pada datuk je…

Aku pon tak pasti kenape, sedangkan aku pernah jumpe datuk 2 kali je seumur hidup ni…

Aku berdoa moge2 die sihat walafiat selalu…

Tapi aku RINDU SANGAT!!!!

Aku ada belajar dulu, kalo rindu pada orang,

Kite send rindu 2…dengan pejam mate dan ingat pada orang 2…hehehe

Insya-Allah rindu 2 akan sampai pada die…

May be die pon rase perasaan yang same yang kite rase pada die 2…fuhhhh…

Ajaib betul hidup yang Allah ciptakan untuk kita ni…


i +bersyukur jadi insan bersyukur(^^,)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan