
Tapi, di sini saya tertarik untuk berbicara mengenai " sehari tanpa kerja". Pernahkah anda semua alaminya? Bagi saya amat jarang untuk saya mendapat peluang sedemikian rupa. Alangkah seronoknya kalau hidup berlenang-lenangan sepanjang masa. Eh, betulkah? Jawapan yanag mampu saya beri; TIDAK! Mengapa?
Hmmm, kerana apabila kita telah membuat "setting" minda supaya berkerja setiap hari, maka kita tidak akan gembira apabila hanya bersenang-senangan sepanjang masa. Tetapi tidak pula bermaksud kerja tanpa rehat. Kita bukanlah mesin @ robot yang berkerja tanpa had. Sedangkan jika mesin beroperasi sepanjang masa pun boleh rosak, inikan pula manusia yang punya naluri kepenatan dan perlukan kerehatan badan yang cukup. Sekiranya kita tidak memberikan hak tubuh yang sepatutnya, kita sendiri yang harus menanggung padahnya.
Membuat kerja bukan semestinya melakukan sesuatu yang berat & membebankan. Namun, kerja merangkumi semua aspek yang memerlukan tindakan & tenaga untuk melakukannya. Sebagai contoh; menulis, memasak, kerja-kerja berfikir, merumput dll. Lihat, adakah kerja-kerja ini amat berat? Tidak bukan, jadi meluangkan masa untuk melakukannya setiap hari akan memberikan kelebihan kepada diri kita juga.
Jangan biarkan diri "sehari tanpa kerja" kerana ia akan membuatkan minda berehat dari aktiviti berfikir. Apabila otak kurang berfikir, ia akan cepat tua. Otak yang tua tidak mampu melakukan banyak kerja-kerja berfikir yang baik, kritis & kreatif. Minda yang aktif akan membuatkan kita tampak lebih muda dari usia! Percayalah... Jadi, biasakan diri untuk membuatkan minda berkerja dengan proaktif setiap hari.
Selain dari itu, kita sering melihat orang-orang tua bukan? Ada diantara mereka yang masih sihat & masih larat melakukan kerja-kerja berat. Hal ini kerana mereka telah menbiasakan minda, tulang-tulangan & seluruh bahagian badan mereka untuk membuat kerja. Inilah buktinya, keaktifan diri bisa menjadikan kita sihat walaupun usia semakin meningkat.
Sekali-kali kita tidak perlu merasa menbazir masa @ merasa rugi meluangkan masa untuk sedikit aktiviti sihat ini. Berkerja walaupun kadang kala memenatkan, tapi ia akan menyegarkan. Manakala, tidak berkerja seperti menyeronokkan, tapi ia lah bahana masa depan. Banyak faedah yang bakal kita perolehi dari apa yang kita lakukan. Bukankah setiap yang kita lakukan itu pasti ada imbalannya?
Rakan baik Kerja,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan